Friday, November 29, 2013

Pilihanraya Kecil Di DUN Penanti?

AIDCNews – 29/11/13 – Laman pro PAS, Tranungkite mendedahkan wanita PKR Pulau Pinang dilanda krisis dalaman apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, YB Dr Norlela Ariffin meletak jawatan sebagai ketua.

“ADUN PENANTI LETAK JAWATAN ….. Bukan … bukan… bukan …. bukan letak jawatan sebagai wakil rakyat Penanti, tapi sebagai Ketua Wanita PKR P.Pinang. Keputusan itu telah diumumkan dalam mesyuarat Wanita PKR Pusat yang dipengerusikan oleh ketuanya YB Zuraida Kamaruddin semalam.

“Dengan perletakan jawatan yang disandang oleh YB Norlela Ariffin selama beberapa bulan selepas dipilih sebagai Adun Penanti, jawatan itu kini dikembalikan kepada bekas ketua wanita negeri, Norhayati Jaafar sehingga pemilihan pada 2014 nanti.

“Sebab apa beliau letak jawatan ? Aku tau, tapi hangpa carilah sendiri …. Pada 22/11/2013 Satu ceramah di adakan di dalam DUN Penanti..YB Norlela menghilangkan diri…beliau..mungkin tidak berminat untuk menJADI YB KUT..SAMA sama kita tunguuuuuuuuuuuu..,”lapornya yang memetik sumber dari laman sosial Zul Mohamad.


Kenderaan Pacuan 4 Roda pun sudah tiada gambar Anwar ..ada apa ke ?
Zul Mohamad adalah nama ringkas kepada Zulkifli Bin Mohamad, Setiausaha Politik kepada YB Dato’ Abdul Malik Bin Abul Kassim, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Blog matkilaupenang mendedahkan perletakan jawatan Dr Norlela sebagai Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu berpunca daripada sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dimaklumkan beliau (Dr Norlela) amat tertekan dengan sikap Anwar yang cuba mempengaruhi setiap gerak kerja yang dilakukan oleh ADUN ini dari isu negeri hinggalah ke perlantikan JKKK.

“Dan yang terbaru telah dikhabarkan Dr Norlela telah dimarahi Anwar di khalayak ramai termasuk beberapa orang pemimpin DAP,”dakwa blog itu.

Hujah blog itu diperkukuh dengan pendedahan blog pro PKR, atsixty-zakriali yang mendedahkan Dr Norlela merajuk dengan sikap Anwar :

Anwar Ibrahim tidak memahami hati seorang wanita. Anwar tak faham naluri seorang ibu, Anwar tak faham jiwa seorang isteri. Anwar tak faham bahawa hati wanita mudah tersentuh, cepat merajuk. ( luahan segelintir wanita Penanti )

Adun Penanti, YB Norlela Ariffin dahpun merajuk gara-gara Anwar menegurnya tempoh hari. Hati Norlela dah terluka, rajuk membawa diri. Perkara yang hampir sama berlaku terhadap bekas Adun Penanti, Fairus Khairuddin.

Kedua-duanya bukan aktivis parti sebelum dipilih sebagai calon. Kedua-duanya ‘berkelulusan tinggi.’ Kedua-duanya tidak boleh ditegur,tidak makan nasihat.

Mereka belum lagi boleh diangkat sebagai orang perjuangan.Mereka belum dapat menghadam prinsip Anwar ” jika takut tanggung risiko, usah bicara soal perjuangan… ”

Semalam, Norlela sepatutnya berceramah sepentas bersama Anwar di Penanti, tapi Norlela menarik diri, rajuknya belum berakhir lagi. Katanya, dia hanya akan tumpukan khidmatnya sebagai ADUN Penanti, menghambakan diri kepada rakyat tanpa mahu melibatkan aktiviti parti.

Sekeras-keras hati wanita, ia hanya umpama keras kerak nasi, disiram air lembutlah ia. Selepas ni, rakyat Penanti khususnya aktivis parti kena hantar rombongan memujuk, membelai wakil rakyat mereka. Mereka kena jaga Norlela “umpama menatang minyak yang penuh ….”

sumber ..Zulkifli Mohamad P A .Exco Penang : Anwar pula perlu dihantar berkursus, ” Mengenali Hati Seorang Wanita….” Dicatat oleh atsixty di 8:00 PM


No comments: