>

Thursday, November 7, 2013

Muktamar PAS : Drama Karpal Mahu Untungkan Kumpulan Erdogan Dalam PAS


Mengapa tiba tiba Karpal Singh keluarkan kenyataan yang begitu pedas terhadap PAS?

Persoalan ini tidak dikaji dengan mendalam oleh perwakilan perwakilan PAS. Apa yang mereka tahu adalah Karpal Singh sebagai individu bukan sebagai suara dari parti DAP yang menghentam PAS. 

Itulah masalahnya perwakilan perwakilan PAS, tertipu dengan drama yang sedang dimainkan oleh kumpulan kumpulan Erdogan dengan Karpal Singh. 

Apakah ada kemungkinan Karpal sengaja buat begitu untuk memberikan populariti percuma kepada calon calon pilihan DAP dalam PAS? . Contohnya seperti calon ini (baca sini). 

Sudah diketahui umum, bagaimana baiknya hubungan antara Mahfuz dengan rakan rakannya dalam DAP. Ini satu wayang yang sengaja dicipta oleh Mahfuz selepas berakhirnya PRK Sungai Limau.

Yang paling tidak untung dalam kes ini adalah sahabat lama DAP iaitu Mat Sabu. Di Terengganu (gambar atas), pengaruh Mat Sabu hampir tiada. 

Sudahlah kalah dahulu di parlimen Kuala Terengganu, kemudian kalah lagi di Pendang dalam PRU13. Tidak terpilih pula sebagai calon PAS di Sungai Limau. Mat Sabu dijangka ditumpaskan dalam pemilihan muktamar nanti. 



Mat Sabu sudah menjadi liabiliti kepada PAS kerana pengaruh kuatnya tentang ajaran syiah. Bukan sahaja kepada PAS, namun kepada DAP, Mat Sabu dianggap sebagai kuda tua yang sudah tidak boleh dipakai lagi. 

Oleh sebab itulah, ada drama baru yang diarahkan oleh Karpal Singh untuk menaikkan Mahfuz sebagai hero baru dalam PAS. Esok lusa selepas Muktamar habis, baiklah semula Mahfuz dengan DAP.

No comments: