Friday, November 8, 2013

Majlis Syura Ulama PAS Bakal Dibubarkan ?



Benarkah kenyataan daripada AJK Kerja Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud bahawa melantik Presiden dan Timbalan Presiden daripada ulama bukanlah satu keputusan yang bijak?. 

Benar atau tidak persoalan tersebut sudah menjadi perkara kedua. Kerana pada asasnya, PAS memang sudah dikuasai oleh kumpulan Erdogan yang tidak menyukai pendirian kumpulan ulama.

Sudah ada satu gerakan sulit daripada kumpulan Erdogan untuk bukan sahaja menguasai kepimpinan PAS pada 22 November 2013 nanti dalam Muktamar PAS, tetapi mahu menghapuskan terus Majlis Syura Ulama. 

Majlis Ulama mungkin sudah dilihat sebagai "batu penghalang" untuk penyatuan syumul antara PAS, DAP dan PKR. Agenda pluralisme dan liberalisme PAS boleh tercapai jika sudah tiada lagi Majlis Ulama.

Mengapa sampai sudah ada cadangan hendak menghapuskan Majlis Syura Ulama?

Mungkin kerana, dalam beberapa isu misalnya seperti kalimah Allah, semua pemimpin PAS yang pro Erdogan bersetuju dengan Anwar Ibrahim dan DAP agar kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Yang menentang kuat hanyalah Majlis Ulama.

Dalam beberapa isu tentang Islam, akidah dan penyatuan Melayu, Majlis Ulama dilihat lebih suka mencari titik pertemuan untuk berkerjasama dengan parti Islam lain seperti UMNO untuk menyelesaikan masalah umat secara bersama sama. 

Inilah yang paling ditakuti oleh DAP sebenarnya. Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pun menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk mencabar Mat Sabu (Erdogan Syiah). Apakah ada tangan tangan halus yang meruntun Tuan Ibrahim agar memberi laluan selesa buat Mat Sabu?


Mat Sabu adalah proksi DAP dalam PAS?

Sebenarnya gaji Mat Sabu di salah sebuah syarikat di Penang masih lagi dibayar oleh DAP. Semua ahli PAS patut malu mempunyai seorang Timbalan Presiden yang merupakan proksi jelas kepada DAP. Dua penggal DAP perintah Penang, satu kerusi Exco pun tidak diberi kepada ADUN PAS. Tetapi kepada Mat Sabu, diberi gaji istimewa untuk menjadi Timbalan Presiden PAS.

Kesimpulannya, orang PAS kena faham bahawa sebenarnya Karpal Singh bukan menyuruh pendaftaran PAS secara keseluruhannya dibatalkan. Apa yang tersirat yang dimaksudkan oleh Karpal adalah memansuhkan Majlis Syura Ulama dalam PAS.  Apakah mesej ini masih gagal lagi difahami oleh perwakilan perwakilan PAS? 

Duduklah lagi dalam PAS, selagi itulah anda akan menjadi kelabu dengan permainan licik DAP dan PKR. Hanya tinggal nama Islam pada parti, tetapi perjuangan Islam itu sudah tiada lagi. Lebih baik perwakilan PAS berhijrah mencari parti yang benar benar boleh perjuangkan agama dan bangsa dengan lebih istiqomah lagi. Berhijrahlah.

No comments: