Friday, November 22, 2013

Majlis Raja Raja Perlu Bertindak Tegas, Lucut Gelaran Dato Seri Anwar Ibrahim


Mengapa perlu sampai lucut gelaran tersebut ? Ini kerana Anwar Ibrahim sudah bersekongkol dengan Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang secara jelas sekali mempertikaikan institusi raja di negara ini. 

Dalam buku terbarunya bertajuk "The Malay Rulers: Regression or Reform?" yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 3 November 2013 di Dewan Ilmu, Petaling Jaya Community Library, 389, Jalan Selangor, 46000 Petaling Jaya. 

Lihat perincian buku tersebut di sini. Jangan pula suatu hari nanti buku ini mudah didapati di MPH, Popular, Borders dan kedai kedai buku lain di negara ini.


Lihat video Syed Husin ini.



Syed Husin secara jelas mempertikaikan maksud perkataan "patik" yang dikatakan bermaksud "anjing" oleh Syed Husin. Manakala ayat "menjunjung duli" pula dikatakan sebagai "menjunjung tapak kaki". 

Apabila disemak dalam Kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud "patik" adalah seperti berikut. Tidak ada pula maksud seperti yang diperkatakan oleh Syed Husin Ali. Kamus sosialis mana yang disemak oleh Syed Husin?

Apabila disemak perkataan "menjunjung duli" dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka tidak ada juga maksud yang diperkatakan oleh Syed Husin Ali. Ini bermakna Syed Husin Ali berniat jahat dan cuba mempertikaikan bahasa bahasa yang digunakan di istana untuk tujuan politik jahat pembangkang.


Pihak Majlis Raja Raja Melayu perlu mengadakan satu sidang khas untuk membincangkan tentang buku yang ditulis oleh Syed Husin Ali ini dan tindakan yang sesuai untuk pihak yang cuba menghina raja raja Melayu. Politik jahat pembangkang ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akhirnya ianya akan menjadi virus yang boleh meracuni pemikiran rakyat dan generasi akan datang.


Majlis Raja Raja juga perlu bertindak tegas dengan menarik balik gelaran Dato Seri yang sudah diberikan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Secara jelas, Anwar Ibrahim adalah dalang di belakang penulisan buku ini yang antara lain turut mempertikaikan institusi raja dan perkara perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Lucut gelaran Anwar dan ambil tindakan pada Syed Husin.
 

4 comments:

Anonymous said...

Dia ni nak kata pandai tapi kurang pandai sebenarnya. Perbezaan antara patik dan patek. Patik ganti nama saya apabila bertutur dengan Rja_raja manakala patek (Bahasa Bawean) bermaksud anjing. 9 Raja dijadikan 1, Malaysia adalah Negara yang unik dalam sistem BerRaja, jangan bandingkan dengan Negara-negara Monarki yang cuma ada 1 Raja. Baca balik sejarah-sejarah Raja-Raja Melayu, kalau nak dijadikan satu, memang dah lama dipraktikkan, Yang DiPertuan Agong so infuture kaji dulu sebelum meluahkan pandangan.

Ghazali said...

Memang dari dahulu sejak beliau menjuarai PSRM atau Partai Sosialis Rakyat Malaysai, yang berlambangkan kepada lembu, beliau sememangnya telah berpandangan serupa. Tetapi pada masa itu beliau belum berani menyatakannnya secara terbuka. Memandangkan kini beliau merasakan nilai masyarakat Melayu telah sedikit berubah, beliau secara terang-terangan melancarkan buku itu. So faham-faham sendirilah....siapakah sebenarnya beliau.

Anonymous said...

anwar ni mcm setan pn ade

Anonymous said...

Memang sejak lama dulu lagi aku dah syorkan agar gelaran tersebut ditarik balik oleh Raja_raja Melayu. Anwar memang tidak layak diberi gelaran kerana kurang ajarnya dia memburukkan negara diluar negara. Mengenai Syed Husin pula, seorang melayu yang berfahaman sosialis. Malanglah melayu yang mengangkat orang sosialis sebagai pemimpin. Bodoh lagi bahalullah orang tersebut.