>

Sunday, November 24, 2013

Mahasiswa Pro Pembangkang Bergaduh Sesama Sendiri Di UM, Puak Islamik Dengan Sosialis #PRKampus


Cerita pergaduhan yang sama seperti yang berlaku ketika demontrasi duduk membantah PTPTN di Dataran Merdeka. Ada kumpulan yang tidak bersetuju kumpulan sosialis bersekedudukan dalam khemah dan isu agihan tabung wang kutipan untuk demonstrasi. Isu ini difahamkan berulang dalam pilhan raya kampus kali ini. 

Seperti yang dijangka, Pro-M kini sedang berhadapan krisis dalaman yang serius yang dikesan berakar punca daripada masalah kepimpinannya di Universiti Malaya. Hal ini didedahkan sendiri oleh sumber yang dekat dengan bekas pimpinan utama Pro-M Nasional sidang lepas yang ternyata kecewa dengan gaya dan pendekatan kepimpinan sekarang.

Menurut bekas pemimpin Pro-M itu, kepimpinan sekarang dilihat gagal menampilkan kelainan serta tandus idea kreatif untuk menarik sokongan mahasiswa. Mereka lebih selesa mengulangi pendekatan kepimpinan lama berbekalkan sokongan aktivis sedia ada. Meskipun ada pertambahan sokongan daripada ahli baharu namun, jumlah yang berjaya dikumpul ternyata amat kecil. Hal ini secara tidak langsung meresahkan para penyumbang dana Pro-M yang ghairah mahukan Pro-M menawan kampus Universiti Malaya dalam PRK yang akan diadakan pada 28hb November ini.

Lebih menarik, Safwan Anang, salah seorang pemimpin utama Pro-M Nasional yang juga bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dilaporkan tertekan dengan beberapa keputusan yang diambilnya sebelum ini tetapi kini membawa masalah kepada kem mereka. Safwan Anang menjadi pemain utama yang menaikkan Bukhairy Suffian sebagai calon mewakili Gerakan Mahasiswa Untuk PRU-13 (GM13) menentang Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak di Parlimen Pekan sebelum mengarahkan beliau menarik diri bagi menghormati lawan Najib dari Pakatan Rakyat. (Baca lanjut)

No comments: