Friday, November 1, 2013

Kenyataan ini Jelas Paparkan Sifat Tidak Matang Mahfuz Omar #PRKSgLimau


Mahfuz Omar dakwa banting BN kelirukan pengundi. Nampak sangatlah ketidak matangan Mahfuz.

“Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim? “Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz,” kata Mahfuz Omar 

Paling tidak, banting BN itu bukannya satu gambar superimpose . Apakah Mahfuz baru hari ini sedar bahawa selama ini PAS tidak menggunakan gambar Nik Aziz dan Hadi Awang untuk setiap pilihan raya kecil? 


Lebih memalukan, dalam mendakwa BN mengadakan banting yang mengelirukan kononnya, PAS lebih teruk bila mengambil gambar calon PAS bersama dengan MB Kedah itu. 

Nampak sangat selaku Ketua Jentera PRK Sungai Limau, Mahfuz Omar memang lemah dalam merancang propaganda hingga terlepas pandang dalam isu gambar superimpose atau pun tidak. 

Jika kalah dalam PRK Sungai Limau ini, Mahfuz sudah pasti mengalami kesukaran untuk mempertahankan jawatannya selaku Naib Presiden PAS dalam muktamar nanti.



1 comment:

Anonymous said...

Isu ini telah pun diperkatakan dan dijawab oleh SPR seperti di PRK Tenang, Johor dulu, jadi tak payah dilayan otak suku mamposss bean omar tu

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar sebelum ini telah memberi taklimat kepada kakitangan dan wakil parti-parti bertanding di Pejabat Majlis Daerah Labis bagi persiapan menghadapi pilihanraya kecil Tenang. Di dalam taklimat ini, SPR sekali lagi menegaskan pihaknya tidak membenarkan sebarang lambang parti dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding di pasang semasa tempoh berkempen.

Oleh yang demikian, sekiranya calon PAS, Normala Sudirman menjadi wakil Pakatan Rakyat(PR) dalam pilihan raya kecil Tenang selepas penaman calon pada 22 Januari nanti, ini bermakna lambang parti DAP dan PKR serta gambar Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Sing tidak dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut.

Lambang dan gambar yang dibenarkan hanyalah lambang parti PAS dan gambar-gambar pemimpin PAS seperti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sahaja yang dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut.

PR berpendapat memasang lambang dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya (Akta 5). Perkara 24B(4) Akta Kesalahan Pilihanraya menyatakan bahawa “ Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan, memberikan atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia –

a) memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihanraya Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pegawai Pilihanraya Negeri itu; dan

b) telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.