Thursday, November 21, 2013

Haron Din Tolak Campur Tangan DAP Dalam PAS





KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah masuk dalam kelambu DAP, eloklah Karpal Singh tidak masuk dan mencampuri urusan rumah tangga dan kelambu kami,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Beliau turut memberi amaran supaya Pengerusi DAP tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan jika Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu enggan dan tidak cuba memahami dasar parti berkenaan.

“Jika dia memahami perjuangan PAS, dia tidak akan membuka mulutnya untuk bercakap.

Kalau dia bercakap begitu, sahlah dia tidak faham, eloklah dia tidak campur tangan urusan PAS.
“Saya nasihatkan dia buat kerja dia, kitan akan buat kerja kita,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Dewan Muslimat baru-baru ini mendesak Karpal meminta maaf berhubung kenyataan beliau menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS dibatalkan kerana membahayakan negara.

Sehari sebelum itu, Dewan Pemuda tampil dengan bukti mendakwa Karpal berbohong apabila menafikan pernah membuat kenyataan itu.

Bukti yang didedahkan Naib Ketua Dewan Pemuda, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob itu terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Haron turut mempertikaikan tindakan Karpal yang dilihatnya sebagai usaha mengeluarkan PAS daripada pakatan pembangkang.

“Kalau betul itu kenyataan Karpal, adakah dia berkehendakkan PAS dibatalkan pendaftaran supaya dia nak kekalkan pakatan rakyat dianggotai DAP dan PKR saja?

“Kalau itu maksudnya, dia memang tidak faham dengan struktur parti politik di Malaysia yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang tidak menghalang penubuhan parti berasaskan agama,” katanya.


Katanya, PAS adalah parti berasaskan Islam dan Islam adalah cara hidup, malah politik adalah darah daging Islam dan tidak boleh berpisah daripada Islam.

Katanya, survival Islam dari dulu dan untuk selama-lamanya adalah dengan tidak memisahkan politik dengan agama.

“Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, ibarat gula dengan manisnya, apa gunanya gula kalau manisnya dipisahkan.

“Kalau itu dia faham, dia tidak akan membuka mulut untuk bercakap..bergantung kepada dirinya sama ada untuk memohon maaf atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib yang dihubungi berkata, kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul.

Mengakui PAS belum berjaya mendidik Karpal memhami Islam walaupun bertahun jadi rakan sekutu DAP, beliau berkata, PAS tidak akan berputus asa untuk berdakwa kepada pemimpin itu.

“Karpal berada dalam golongan yang belum memahami Islam, bila dia faham, dia tidak mungkin mengeluarkan kenyataan itu,” katanya sambil menegaskan PAS tidak berniat untuk keluar Pakatan disebabkan kegagalan pemimpin DAP memahami dasar dan perjuangan PAS.

1 comment:

Anonymous said...

Karpal Singh bukan nak masuk campur urusan PAS tapi bengali tu nak PAS di tutup atau tidak lagi bercakap mengenai islam. Karpal sememangnya benci pada islam dan orang melayu. Hanya melayu yang banggang sahaja yang bersekutu dengan karpal Bengali.Itu pun bukan bengali sejati tapi bengali murtad. Mungkin dia sejenis yang tidak percaya pada tuhan sebab selama dalam DAP dia diangap seperti tuhan bagi pengikut DAP.