Wednesday, November 6, 2013

Drama Terbaru DAP-PAS : Tuan Ibrahim Tuan Man Bidas Kenyataan Karpal Singh



Sudah banyak kali DAP dan PAS bercakaran, namun akhirnya PAS yang meminta maaf dan menyembah di kaki DAP biarpun dengan jelas kesalahan itu dimulakan oleh DAP dahulu. 

Apa boleh buat, itulah parti PAS, mereka sudah tidak relevan lagi untuk berjuang demi kepentingan Islam dan Melayu. Yang mereka tahu adalah tunduk dan mengalah pada tekanan yang diberikan oleh DAP. 

Beranikah Nik Aziz dan Hadi Awang bersuara dalam isu ini? Sudah tentu tidak. Ini adalah episod lakonan terbaru PAS dengan DAP menjelang muktamar PAS pada 21 November nanti. 

Siapa yang hentak DAP lebih akan dilihat lebih popular untuk lawan DAP, lepas itu diam dan berbaik baliklah PAS dengan DAP. Tunggu tengok.

No comments: