Wednesday, November 27, 2013

Drama Simbah Cat Pula Berlaku Dalam Pilihan Raya Kampus UM, Siapa Sebenarnya Yang Simbah?

Nampaknya, drama dan plot propaganda untuk pilihan raya kampus di Universiti Malaya, begitu menarik dari tahun ke tahun. Namun subjek dan material propagandis masih lagi nampak sama. Cat, sabotaj dan mengecam pihak lain sebagai jahat.

Tidak banyak unsur intelek dan minda membangun yang cuba diketengah untuk dibawa bersama dalam idealisma pelajar. Masih dalam kepompong politik kebencian dan kepuak puak yang dilihat semakin tidak sihat dan ke belakang.

Kejadian di atas berlaku pada hari pertama PRK Kampus di UM pada 26 November 2013, namun yang awal memuat naik gambar ini sudah mula menuduh "sabotaj" dilakukan oleh pihak lain. 

Apa asas tulisan sabotaj itu ditulis sebenarnya? Apakah ada asas yang kukuh untuk menuduh ianya disabotaj? Siapa yang lihat dan mengesahkan kejadian itu?

Permainan tentang subjek cat ini sudah berlaku beberapa kali sebelum ini :

1)  Tulisan "OM" diconteng di surau Kolej Kediaman Ke 2 pada  2 Februari 2008. Material, cat warna merah

2)  Pejabat PMIUM diconteng dengan tulisan "Fxxx" pada 2008.
Material, cat warna merah

3) Pada 24 Jun 2009, sekumpulan mahasiswa pro pembangkang disyaki telah bertindak menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebagai tanda protes kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) ketika datang ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk merasmikan "Power of 10 Sen : Gaza Di Bela" (baca sini). Material cat berwarna hitam

4) 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS. Tulisan PAS menggunakan material cat warna hitam

5)  24 Oktober 2013, ketika hari penamaan calon diadakan untuk pilihan raya kampus UUM (baca sini). Material cat berwarna hitam

6) 22 November 2013, tulisan contengan kumpulan hippie di bangunan bangunan di UM, material cat warna hitam 

Kebetulan material yang sama turut digunakan dalam propaganda politik di luar kampus (baca sini).

Apakah idea dan strategi cat ini adalah strategi yang ditunjuk dan diajar oleh "abang besar" mereka di luar kampus?


Jika begitu, mahasiswa perlu menilai dan jangan cepat membuat analisa mudah terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Jangan terpedaya dengan jerat politik jahat sesetengah pihak yang mahu keuntungan politik dengan cara "mencederakan diri sendiri" bagi mendapat simpati.

Siapa yang simbah cat sebenarnya?

 

1 comment:

Anonymous said...

Ini semua perbuatan konco2 Aljuburi Laknatullah... si peliwat celaka itulah yg membawa pengaruh negatif ke negara ini...