Thursday, November 21, 2013

Calon Pro Pembangkang "Ugut Diri Sendiri" Untuk Fitnah Kumpulan Pro Aspirasi di UMT



Berikut adalah petikan tulisan seorang rakan di UMT:

"Gong Badak RPT 4343/13.
Pengadu : Ahmad Syahid bin Mohd Rahim - Pelajar UMT/Bekas MPP (Pro Mahasiswa)

Pada 20 November 2013 jam lebih/kurang 0225 pengadu telah menerima pesanan ringkas dari kawannya Mohd Rahimi bahawa ada bungkusan seperti mayat di dalam raga motorsikal pengadu yg diletakkan di blok Asrama Kolej Siswa Sheikh Abdul Malek B1 UMT.

Pengadu melihat di dalam raga motorsikal terdapat bungkusan kain putih dilumuri warna merah dan sekeping nota yg berunsur ugutan 'tarik balik calon lue!!! kalau tidak...'.

Tetapi jam 0630 disedari bungkusan dan nota telah hilang. Laporan dibuat bimbang keselamatan diri.

Hasil siasatan Polis difahamkan perbuatan tersebut adalah dirancang oleh kelompok mereka (penyokong calon berkenaan) untuk memperlihatkan Pro Aspirasi cuba menakut-nakutkan pihak lain.

Perbuatan tersebut hanya untuk mengalih pandangan pelajar dan mendapatkan sokongan dengan memperlihatkan bahawa calon Pro Aspirasi berniat jahat selain ingin memburukkan reputasi kumpulan Pro Aspirasi".



Inilah contoh satu budaya politik tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku di universiti. Propaganda secara reverse psychology ini sudah acapkali dilakukan sebelum sebelum ini oleh kumpulan pro pembangkang ketika musim pilihan raya kampus tiba (baca sini). 

 Pelajar perlu menganalisa sebaik mungkin setiap peristiwa dan kempen yang berlaku dalam pilihan raya kampus. Jangan terus membuat kesimpulan tanpa melihat semua perkara dan memahami dengan baik situasi yang berlaku.

Jagalah nama baik universiti. Usah kotorkan kampus dengan taktik taktik yang tidak sepatutnya dibawa ke menara gading.






No comments: