>

Sunday, November 24, 2013

Analisis Bahagian 2 : Propaganda dan Helah Kotor Cemari Muktamar PAS


Isu paling besar dalam muktamar kali ini adalah proses pemilihan dan pengiraaan undi. Sebagaimana yang ditulis oleh Zulhazmi di atas. Perwakilan PAS hanya sejumlah 1,129 orang sahaja berbanding demokrasi dalam UMNO sejumlah 150,000 ribu orang mengundi. 




Akibat kegagalan sistem pemilihan ini, maka Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS iaitu Asmuni Awi mengambil langkah untuk meletak jawatan. Apakah benar benar ada masalah teknikal atau masalah itu sengaja dibuat buat untuk membolehkan calon tertentu menang?

PAS perlu lantik sahaja Ambiga untuk jadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilih. Sudah pasti semuanya bersih dan telus. 

Jika wujud penipuan dalam pemilihan parti PAS maka senasiblah PAS dengan CEC DAP. Tidak ke mana demokrasi yang dicanangkan oleh kedua dua parti ini. Demokrasi apa kalau 1,159 orang pun gagal diurus sistem pemilihan  yang baik.

Malah, chai chai calon calon tertentu juga secara terbuka diedarkan di kalangan perwakilan PAS. Apakah ini bermakna ada beberapa nama yang tidak terpilih dapat masuk semula dalam senarai setelah masalah teknikal berlaku?



Dua kapal yang jelas dalam PAS, satu kumpulan ulama dan satu lagi adalah kumpulan dinamik (profesional). Bila sudah ada dua pasukan yang jelas begini, sudah tentu ada propaganda yang tidak sepatutnya berlaku mencemari proses muktamar.



Contoh yang terjadi adalah kepada Zulhazmi yang bukan team Ulama dan team Erdogan. Menjadi mangsa bila muka disamakan dengan anjing. "Saya ni bukan siapa-siapa. Saya hanya ahli Pas yang mahu melihat Pas maju dengan memberikan idea-idea untuk lebih memberi nafas baru.

"Mungkin ada yang tidak boleh menerima kelantangan saya memperbetulkan parti, kerana itu saya menjadi sasarannya,"
 ini komen calon Ketua Pemuda PAS, Zulhazmi bila mukanya di samakan dengan anjing.


Zainulfaqar yang dikatakan blogger upahan dalam pemilihan muktamar kali ini. 

Ada pihak pihak dalam PAS, menuduh pihak ketiga yang melakukan kerja kerja jahat untuk memburukkan Zulhazmi ini. Tetapi ada kalangan pemimpin PAS sendiri menuduh pihak PAS sendiri yang melakukan taktik jahat ini terhadap Zulhazmi (baca pendedahan ini). 

Gambar anjing tersebut dimuat naik dalam Facebook ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’. Ada satu lagi pendedahan dibuat tentang pemilik akaun Facebook tersebut yang dipercayai memburukkan Zulhazmi. (baca pendedahan berikut).

Zainulfaqar ini ada sejarah tersendiri, pada 20 Januari 2006, Zainulfaqar Yaacob (pelajar Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) telah bertindak menumbuk Kalam Azad Abu Bakar (pegawai Hal Ehwal Pelajar UM) ketika demonstrasi di Bangunan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. 

Dia adalah anak buah kepada Ramadhan Fitri (salah seorang calon AJK Pemuda PAS dari kumpulan Erdogan). Persoalannya sekarang, apakah tindakan yang PAS mampu ambil untuk memastikan mereka yang sudah terpilih sekarang ini adalah benar benar dipilih oleh perwakilan secara telus dan adil?

Apakah pula tindakan yang PAS berani lakukan terhadap individu yang didapati melakukan kerja kerja yang tidak sepatutnya dalam parti tersebut? PAS dilihat tiada kekuatan untuk tanggani masalah ini secara komprehensif. 

PAS akhirnya mengikut arus yang sudah dilakarkan oleh DAP dan PKR. Akan kekal parti PAS sebagai parti ketiga di belakang DAP dan PKR. Masih tidak nampak aura PAS seperti zaman arwah Ustaz Fadhil Noor dahulu. PAS masih lagi gagal tandingi parti UMNO dari segi amalan demokrasi dalam parti. 

Pemilihan semula Mat Sabu memang sudah dijangka dari awal lagi. Ada tangan tangan luar yang mahu Mat Sabu menang? 




No comments: