Saturday, November 23, 2013

Analisis Bahagian 1 : Karpal Singh & Hudud, Siapa Yang Putar Belit Sebenarnya?

Karpal Singh masih tidak terusik sikit pun oleh PAS

Muktamar PAS yang berlangsung pada 22-25 November 2013 di Shah Alam boleh disifatkan sebagai pemilihan muktamar yang penuh dengan propaganda dan helah politik. 

Helah politik yang jelas ketara digunakan oleh PAS ketika menjelang muktamar adalah tentang dua perkara iaitu Karpal Singh dan isu hudud.


1) Drama pertikaian Karpal Singh untuk memansuhkan parti PAS dalam Pendaftar Pertubuhan.

Sudah terdapat bukti jelas penghinaan Karpal Singh tersebut (dengar audio ini). Pada 19 November 2013, Raja Iskandar, Naib Ketua Pemuda memberi Karpal tempoh lima hari untuk memohon maaf. 

Namun hingga kini (23 Nov), selepas habis tempoh tersebut, gertakan tersebut hanyalah tinggal helah politik semata-mata. PAS tidak berani langsung untuk usik Karpal Singh. Malah Dewan Ulamak sudah memaafkan Karpal terlebih dahulu pada 21 November (belum cukup tempoh lima hari) dengan alasan Karpal tidak faham Islam (lihat video ini). 

Bermakna, amaran Naib Ketua Pemuda PAS itu hanya sia sia sahaja. Hanya retorik politik untuk mendapatkan sokongan perwakilan ketika muktamar semata-mata. Paling memalukan dalam isu gertakan Karpal Singh ini adalah Mahfuz Omar. 


Ini kenyataan Mahfuz Omar dalam Harakahdaily pada 11 November, Mahfuz siap berterima kasih lagi kepada Karpal dan menyatakan bahawa kenyataan Karpal itu adalah putar belit media.

Kita lihat siapa yang sebenarnya putar belit? Di bawah ini adalah kenyataan Mahfuz dalam Malaysiakini pada 18 November 2013 (baca sini). Siapa putar belit? Malaysiakini dan Harakahdaily putar belit kenyataan Mahfuz ? Atau Mahfuz yang cuba putar belit perwakilan PAS dan rakyat?

Akhirnya dalam isu Karpal ini, Karpal menyalahkan kepimpinan PAS sebagai tidak faham Bahasa Inggeris. Anda sudah tahu siapa yang Karpal maksudkan itu. Ramai ramai lebai lebai PAS, tidak ada seorang pun yang benar benar berani lawan Karpal Singh. 

Bukan Karpal Singh yang mohon maaf, PAS pula yang tunduk memaafkan Karpal Singh. Jika begitu nampak sangat isu ini sengaja dicipta sebagai satu senjata propaganda untuk meneutralkan semula perwakilan perwakilan PAS yang mula goyang dengan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR. 

Mengapa PAS tidak mengadu pada Ketua Pembangkang untuk kenakan tindakan disiplin pada Karpal? Dulu Hassan Ali pertikai kepimpinan PKR, dikenakan tindakan oleh Ketua Pembangkang terbabit, kenapa tidak pada Karpal?


BN sedia dengar, namun kenapa tiada desakan atau usul agar wakil PAS dipilih untuk membahaskan usul ini ke parlimen dalam muktamar PAS?


2) Polemik perlaksanaan hudud di Kelantan.

Isu hudud mula dibawa bila Brunei membuat pengumuman mahu melaksanakan hudud pada 22 Oktober 2013. Mulalah kedengaran kembali perkataan hudud ini di bibir pemimpin pemimpin PAS. 

Isu ini menjadi semakin rancak pada 13 November bila Ketua Hakim Syarie Kelantan, menyatakan bahawa Kelantan sudah bersedia untuk laksanakan hudud. Kemudian pada 14 November, respon pertama yang dibuat oleh Nik Amar menyatakan Kelantan belum sedia laksanakan hudud. 



Kemudian ada lagi kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa agar semua negeri pakatan laksanakan hudud pada 18 November 2013. Macam Mahfuz Omar juga, akhirnya Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan pula gesaan beliau itu pada 20 November 2013. 

Siapa yang putar belit siapa ini? Kenapa Tuan Ibrahim tarik hand brake? Belum apa apa lagi sudah berundur dan nafi. Sewajarnya PAS bincang siapa yang bakal membawa usul hudud ini untuk dibahaskan di parlimen sebelum menuduh kerajaan pusat sebagai penghalang perlaksanaan hudud di Kelantan. Jangan salah orang lain, jika kenyataan sendiri pun ditarik balik.


Sebenarnya dalam isu hudud ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad sudah menyatakan pada 6 Oktober 2011 lagi bahawa :

"Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

"Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula,"

Teguran Hakim Syarie ini ada kebenarannya. Daripada bercakap soal peruntukan RM1 juta untuk prasarana, lebih baik PAS membetulkan teguran Hakim Syarie itu dulu. Apa yang pasti politik hudud hanyalah berbunyi ketika muktamar sahaja. Selepas ini diamlah. 

Kita lihat sejauh mana tindakan PAS tentang isu hudud ini. Jika PAS serius, sudah pasti dalam manifesto sudah ada perkara hudud ini. Mengapa tidak masuk dalam manifesto? Oh ya, mereka masih takut dengan orang yang bernama Karpal Singh. 

* Akan bersambung analisis ini dalam bahagian kedua.



No comments: