Wednesday, November 20, 2013

40,000 Ribu Bangla, Anwar Ibrahim Sudah Lemah Ingatan Agaknya


Hari ini Anwar Ibrahim membuat satu kenyataan yang amat melucukan bila menafikan bahawa beliau sendiri yang menuduh angka 40,000 sebagai pengundi hantu dalam PRU13 yang lepas.

Tuduhan terbaru Anwar Ibrahim tersebut disiar oleh Malaysiakini, (baca sini). Menariknya, Anwar menyatakan bahawa "kita dah buat kajian, ada tak kenyataan begini? Tidak ada".

Maka selepas itu, Anwar terus buat kesimpulan rambang dan menuduh blogger UMNO sebagai punca tanpa menyatakan sumber tuduhan tersebut.  Tuduhan Anwar itu tidak benar.

Ini sebenarnya hanyalah satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Hakikatnya, Anwar lupa mengkaji atau pegawai pegawai penyelidiknya yang malas mencari tentang sumber kenyataan Anwar sebelum ini.

Kenyataan Anwar itu berbunyi begini "Ini bermakna 40,000 individu ada dan masih memasuki KLIA..." yang dimaksudkan adalah bangla seperti dalam gambar. Berikut adalah sumber ayat Anwar itu (baca sini).

Malah warga bangla turut menjadi sasaran ketika proses pengundian berlaku pada PRU13. Ada rakyat Malaysia yang dituduh bangla oleh "macai macai" Anwar ketika hari mengundi. Kasihan penyokong penyokong pakatan pembangkang, mereka akhirnya ditipu hidup hidup oleh Anwar Ibrahim.



Yang bergaduh di bawah adalah rakyat biasa. Dilaga lagakan dengan taktik tuduhan Anwar Ibrahim. Akibat terlalu taksub dan percaya pada propaganda yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. 

Akhirnya, Anwar Ibrahim sendiri tidak mengaku dengan propaganda yang beliau sendiri cipta. Nilaikanlah sendiri perangai orang yang mahu sangat jadi Perdana Menteri ini. Kemaruk kuasa hingga sanggup cipta cerita yang tidak benar.

1 comment:

anti-LGBT said...

Setiap apa yang keluaq dari mulut Anwar Ibrahim @ Bapak Peliwat Negara @ Bang Non Aj-Juburi Wal-Liwati adalah bohong dan tidak lain semata-mata bohong belaka.