>

Saturday, November 30, 2013

Friday, November 29, 2013

Penulis Lirik Awan Nano Belasah Khalid Ibrahim Di Twitter #IniKhalidLah





Gaji Naik Tetapi Takut Bincang Soal Ancaman Akidah & Islam Dalam Sidang DUN



Marah Pasal Naik Gaji: Azmin Ali Dipanggil Sarkas



Pilihanraya Kecil Di DUN Penanti?

AIDCNews – 29/11/13 – Laman pro PAS, Tranungkite mendedahkan wanita PKR Pulau Pinang dilanda krisis dalaman apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, YB Dr Norlela Ariffin meletak jawatan sebagai ketua.

“ADUN PENANTI LETAK JAWATAN ….. Bukan … bukan… bukan …. bukan letak jawatan sebagai wakil rakyat Penanti, tapi sebagai Ketua Wanita PKR P.Pinang. Keputusan itu telah diumumkan dalam mesyuarat Wanita PKR Pusat yang dipengerusikan oleh ketuanya YB Zuraida Kamaruddin semalam.

“Dengan perletakan jawatan yang disandang oleh YB Norlela Ariffin selama beberapa bulan selepas dipilih sebagai Adun Penanti, jawatan itu kini dikembalikan kepada bekas ketua wanita negeri, Norhayati Jaafar sehingga pemilihan pada 2014 nanti.

“Sebab apa beliau letak jawatan ? Aku tau, tapi hangpa carilah sendiri …. Pada 22/11/2013 Satu ceramah di adakan di dalam DUN Penanti..YB Norlela menghilangkan diri…beliau..mungkin tidak berminat untuk menJADI YB KUT..SAMA sama kita tunguuuuuuuuuuuu..,”lapornya yang memetik sumber dari laman sosial Zul Mohamad.


Kenderaan Pacuan 4 Roda pun sudah tiada gambar Anwar ..ada apa ke ?
Zul Mohamad adalah nama ringkas kepada Zulkifli Bin Mohamad, Setiausaha Politik kepada YB Dato’ Abdul Malik Bin Abul Kassim, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Blog matkilaupenang mendedahkan perletakan jawatan Dr Norlela sebagai Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu berpunca daripada sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dimaklumkan beliau (Dr Norlela) amat tertekan dengan sikap Anwar yang cuba mempengaruhi setiap gerak kerja yang dilakukan oleh ADUN ini dari isu negeri hinggalah ke perlantikan JKKK.

“Dan yang terbaru telah dikhabarkan Dr Norlela telah dimarahi Anwar di khalayak ramai termasuk beberapa orang pemimpin DAP,”dakwa blog itu.

Hujah blog itu diperkukuh dengan pendedahan blog pro PKR, atsixty-zakriali yang mendedahkan Dr Norlela merajuk dengan sikap Anwar :

Anwar Ibrahim tidak memahami hati seorang wanita. Anwar tak faham naluri seorang ibu, Anwar tak faham jiwa seorang isteri. Anwar tak faham bahawa hati wanita mudah tersentuh, cepat merajuk. ( luahan segelintir wanita Penanti )

Adun Penanti, YB Norlela Ariffin dahpun merajuk gara-gara Anwar menegurnya tempoh hari. Hati Norlela dah terluka, rajuk membawa diri. Perkara yang hampir sama berlaku terhadap bekas Adun Penanti, Fairus Khairuddin.

Kedua-duanya bukan aktivis parti sebelum dipilih sebagai calon. Kedua-duanya ‘berkelulusan tinggi.’ Kedua-duanya tidak boleh ditegur,tidak makan nasihat.

Mereka belum lagi boleh diangkat sebagai orang perjuangan.Mereka belum dapat menghadam prinsip Anwar ” jika takut tanggung risiko, usah bicara soal perjuangan… ”

Semalam, Norlela sepatutnya berceramah sepentas bersama Anwar di Penanti, tapi Norlela menarik diri, rajuknya belum berakhir lagi. Katanya, dia hanya akan tumpukan khidmatnya sebagai ADUN Penanti, menghambakan diri kepada rakyat tanpa mahu melibatkan aktiviti parti.

Sekeras-keras hati wanita, ia hanya umpama keras kerak nasi, disiram air lembutlah ia. Selepas ni, rakyat Penanti khususnya aktivis parti kena hantar rombongan memujuk, membelai wakil rakyat mereka. Mereka kena jaga Norlela “umpama menatang minyak yang penuh ….”

sumber ..Zulkifli Mohamad P A .Exco Penang : Anwar pula perlu dihantar berkursus, ” Mengenali Hati Seorang Wanita….” Dicatat oleh atsixty di 8:00 PM


Thursday, November 28, 2013

Hudud, Hanya Kedengaran Sewaktu Muktamar Sahaja, Benarlah Teguran Ketua Hakim Syarie Kelantan Ini


Teguran ini dibuat pada 6 Oktober 2011. Kita lihat sejauh mana PAS mengambil tindakan yang positif terhadap teguran Ketua Hakim Syarie Kelantan ini. Apakah isu hudud hanya untuk muktamar sahaja?

Video Jeff Oii Lari Umpama "Tikus" Dikejar Staff Majlis Perbandaran Pulau Pinang


Wednesday, November 27, 2013

Bengang Rafizi Ramli Jika Lihat Video Ini


Diam Tanda Anwar Ibrahim Turut Sama Sokong Tuntutan COMANGO?





KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tindak-tanduk diperlihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan Ketua Pembangkang itu seolah-olah menyokong tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sebagai pemimpin, Anwar sewajarnya menyatakan pendirian dengan jelas.

"Dalam Islam pun, jika kita berdiam diri berkenaan suatu isu, itu bermakna kita seperti reda atau bersetuju dengan perkara tersebut.

"Jika Anwar masih berdiam diri tanpa menyatakan pendirian, ini akan menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat dan juga penyokongnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yoong semalam yang mendesak Anwar mengumumkan pendiriannya berhubung tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Comango.

Menurutnya, amat wajar jika nama Comango ditukar sebagai 'Comangay' kerana mereka memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis. 

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah turut menggesa Anwar untuk tampil menyatakan pendiriannya.

"Saya harap Anwar tidak berdolak-dalik lagi dan jangan buat kenyataan tidak berasas seperti kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh ke negara ini sewaktu pilihan raya umum lalu.

"Tiada pilihan ketiga untuk Anwar kali ini. Dia hanya perlu nyatakan sama ada menyokong atau tidak sahaja kepada masyarakat supaya kita semua tahu dia berada di pihak yang mana," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, Anwar mungkin sengaja menggunakan 'jalan selamat' supaya tidak menimbulkan konflik dengan rakan-rakannya.

"Kita pun sudah tahu tuntutan Comango itu ada di antaranya yang melanggar Perlembagaan dan berkait dengan kepentingan negara. Mungkin Anwar takut akan menimbulkan konflik jika dia tidak memihak kepada tuntutan Comango.

"Kalau Anwar masih berdiam diri, ini menunjukkan dia hanya memilih isu yang memihak kepadanya lebih-lebih lagi dari sudut politik. Sebagai pemimpin, dia tidak boleh berat sebelah memilih sesuatu isu," katanya.

Anwar Ibrahim Tidak Lagi Relevan Di Sabah, Video Ini Menjadi Bukti


Pro Mahasiswa Bakal Tawan UPM Dalam PRK Kali Ini


Poster calon Aspirasi di Universiti Putra Malaysia.  
Mampukah Aspirasi bertahan di UPM?

Khabarnya pasukan Aspirasi UPM sudah berpecah kepada dua kumpulan dan keretakan itu adalah berpunca daripada wujudnya satu kumpulan baru yang dinamakan Siswa Penggerak Universiti (SPU).

Khabarnya, SPU mempunyai sumber kewangan yang kuat dan mahu membuat tawaran yang besar kepada calon calon Aspirasi yang bergerak menerusi Penggerak Mahasiswa Putra (PMP). Keretakan dan perpecahan kumpulan Aspirasi ini memungkinkan kemenangan mudah buat kumpulan Pro Mahasiswa di UPM.

Daripada segi poster dan cara kempen, didapati kumpulan Pro Mahasiswa sudah mula menggunakan teknik kempen yang lebih kreatif dan dekat dengan pelajar. Berbeza dengan strategi jahat mereka dulu sewaktu memecah pintu pejabat HEP dan strategi menarik simpati dengan bersolat di kawasan parking kereta.

Satu lagi kumpulan yang kuat yang dinamakan sebagai PEMBINA (pecahan kepada kumpulan PMI) dikatakan kumpulan yang paling kuat sekali di UPM. Lebih kuat berbanding SPU, PMP dan Aspirasi sendiri. Poster kumpulan ini adalah seperti calon bernama Lokman di atas. 

Amat pelik dan ajaib bila Pro Mahasiswa sendiri berkempen untuk calon PEMBINA di facebook mereka sendiri. Mana pergi semua calon Aspirasi?

Menanti nasib kekalahan yang sama macam di UKM? Akibat perpecahan dalaman maka peluang itu digunakan sebagai kekuatan pihak lawan untuk menang.

 




Ustaz Don Daniyal Sindir Pemimpin PAS?


Drama Simbah Cat Pula Berlaku Dalam Pilihan Raya Kampus UM, Siapa Sebenarnya Yang Simbah?

Nampaknya, drama dan plot propaganda untuk pilihan raya kampus di Universiti Malaya, begitu menarik dari tahun ke tahun. Namun subjek dan material propagandis masih lagi nampak sama. Cat, sabotaj dan mengecam pihak lain sebagai jahat.

Tidak banyak unsur intelek dan minda membangun yang cuba diketengah untuk dibawa bersama dalam idealisma pelajar. Masih dalam kepompong politik kebencian dan kepuak puak yang dilihat semakin tidak sihat dan ke belakang.

Kejadian di atas berlaku pada hari pertama PRK Kampus di UM pada 26 November 2013, namun yang awal memuat naik gambar ini sudah mula menuduh "sabotaj" dilakukan oleh pihak lain. 

Apa asas tulisan sabotaj itu ditulis sebenarnya? Apakah ada asas yang kukuh untuk menuduh ianya disabotaj? Siapa yang lihat dan mengesahkan kejadian itu?

Permainan tentang subjek cat ini sudah berlaku beberapa kali sebelum ini :

1)  Tulisan "OM" diconteng di surau Kolej Kediaman Ke 2 pada  2 Februari 2008. Material, cat warna merah

2)  Pejabat PMIUM diconteng dengan tulisan "Fxxx" pada 2008.
Material, cat warna merah

3) Pada 24 Jun 2009, sekumpulan mahasiswa pro pembangkang disyaki telah bertindak menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebagai tanda protes kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) ketika datang ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk merasmikan "Power of 10 Sen : Gaza Di Bela" (baca sini). Material cat berwarna hitam

4) 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS. Tulisan PAS menggunakan material cat warna hitam

5)  24 Oktober 2013, ketika hari penamaan calon diadakan untuk pilihan raya kampus UUM (baca sini). Material cat berwarna hitam

6) 22 November 2013, tulisan contengan kumpulan hippie di bangunan bangunan di UM, material cat warna hitam 

Kebetulan material yang sama turut digunakan dalam propaganda politik di luar kampus (baca sini).

Apakah idea dan strategi cat ini adalah strategi yang ditunjuk dan diajar oleh "abang besar" mereka di luar kampus?


Jika begitu, mahasiswa perlu menilai dan jangan cepat membuat analisa mudah terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Jangan terpedaya dengan jerat politik jahat sesetengah pihak yang mahu keuntungan politik dengan cara "mencederakan diri sendiri" bagi mendapat simpati.

Siapa yang simbah cat sebenarnya?

 

Pemandu Ahli Parlimen Pembangkang Rogol Pembantu Rumah?


Monday, November 25, 2013

Cadang Hadi Awang Jadi PM, Husam Musa Mula TIkam Belakang Anwar Ibrahim?


Husam dah mula tikam belakang Anwar?

"Satu hari, saya katakan pada diri saya, aku nak tengok Ustaz Hadi jadi Perdana Menteri Malaysia. Satu hari... (tegas Husam). Sebelum dia mati. 

Kalau kita katakan Presiden kita adalah pemimpin yang baik, tetapi kita tidak ada keyakinan langsung untuk membawa beliau ke Putrajaya, dan kita katakan kalau kita ke Putrajaya, kita akan tinggalkan Islam di pintu Putrajaya, ini adalah kalimat yang merosakan perjuangan kita" kata Husam Musa.


Mengapa sekarang baru bercakap mahu Hadi Awang jadi PM? Kenapa tidak ketika Husam bertanding di Putrajaya? Apakah Anwar Ibrahim sudah diyakini sebagai pemimpin yang tidak baik bagi Husam Musa? 

Siapa yang tinggalkan Islam di pintu Putrajaya kalau bukan DAP? Ini adalah satu ucapan retotik Husam Musa hanya untuk memancing undi dan perhatian perwakilan PAS. Paling menarik, Khalid Samad memandang dengan penuh sinis ucapan Husam Musa itu. 

Apakah ini bermaksud Husam Musa sudah mula tikam belakang Anwar Ibrahim? Tidak yakin Anwar boleh jadi PM? Husam jangan tuduh dan menafikan kenyataan yang beliau ucap sendiri selepas ini. 

Lebih baik dan praktikal, Husam dan perwakilan PAS cadang Ustaz Hadi jadi Ketua Pembangkang dulu sebelum jadi PM. Ini kerana Anwar Ibrahim sekarang bukanlah ketua yang sah dari segi perlembagaan PKR dan pakatan sendiri.


#PRKampus Di Universiti Malaya, Apa Lagi Helah Selepas Ini?



Sunday, November 24, 2013

Seronok DAP Bertepuk Tangan Bila PAS Tidak Berani Langsung Jentik Karpal Singh


Puas hati dan seronok DAP. Apa lagi yang boleh digambarkan bila team yang dimahukan DAP menang beberapa tempat yang penting dalam PAS. Malah sampai ke sudah, PAS tidak berani langsung menjentik kebiadapan Karpal Singh dalam muktamar mereka.

“Agenda utama perjuangan kita adalah untuk Malaysia yang lebih baik.
“PR akan terus mara ke hadapan menolak segala propaganda jahat dan tidak beretika Barisan Nasional (BN) yang sering dilihat sengaja mencetuskan kontroversi demi memecahbelahkan perpaduan kita,” Ketua DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong
Bukan BN yang pecah belahkan pakatan itu, ambil cermin lihat diri sendiri. Siapa lagi kalau bukan Karpal Singh yang sudah terang terang membelasah PAS. Pihak yang dibelasah yang boleh dianggap bacul, kerana sampai sekarang (sudah habis tempoh lima hari) tidak berani sedikit pun menjentik Karpal Singh.
Untuk perpaduan pakatan pembangkang, lebih baik lantik Karpal Singh sahaja jadi Presiden PAS. Dia nampaknya lebih ditakuti daripada Hadi Awang.

Video Masjid Dilanda Taufan Haiyan Di Filifina



Ahli Ahli PAS Perlu Baca Kenyataan Hadi Awang Ini, Dia Sudah Lupa Apa Yang Dia Cakap Dulu


Mahasiswa Pro Pembangkang Bergaduh Sesama Sendiri Di UM, Puak Islamik Dengan Sosialis #PRKampus


Cerita pergaduhan yang sama seperti yang berlaku ketika demontrasi duduk membantah PTPTN di Dataran Merdeka. Ada kumpulan yang tidak bersetuju kumpulan sosialis bersekedudukan dalam khemah dan isu agihan tabung wang kutipan untuk demonstrasi. Isu ini difahamkan berulang dalam pilhan raya kampus kali ini. 

Seperti yang dijangka, Pro-M kini sedang berhadapan krisis dalaman yang serius yang dikesan berakar punca daripada masalah kepimpinannya di Universiti Malaya. Hal ini didedahkan sendiri oleh sumber yang dekat dengan bekas pimpinan utama Pro-M Nasional sidang lepas yang ternyata kecewa dengan gaya dan pendekatan kepimpinan sekarang.

Menurut bekas pemimpin Pro-M itu, kepimpinan sekarang dilihat gagal menampilkan kelainan serta tandus idea kreatif untuk menarik sokongan mahasiswa. Mereka lebih selesa mengulangi pendekatan kepimpinan lama berbekalkan sokongan aktivis sedia ada. Meskipun ada pertambahan sokongan daripada ahli baharu namun, jumlah yang berjaya dikumpul ternyata amat kecil. Hal ini secara tidak langsung meresahkan para penyumbang dana Pro-M yang ghairah mahukan Pro-M menawan kampus Universiti Malaya dalam PRK yang akan diadakan pada 28hb November ini.

Lebih menarik, Safwan Anang, salah seorang pemimpin utama Pro-M Nasional yang juga bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dilaporkan tertekan dengan beberapa keputusan yang diambilnya sebelum ini tetapi kini membawa masalah kepada kem mereka. Safwan Anang menjadi pemain utama yang menaikkan Bukhairy Suffian sebagai calon mewakili Gerakan Mahasiswa Untuk PRU-13 (GM13) menentang Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak di Parlimen Pekan sebelum mengarahkan beliau menarik diri bagi menghormati lawan Najib dari Pakatan Rakyat. (Baca lanjut)

Analisis Bahagian 2 : Propaganda dan Helah Kotor Cemari Muktamar PAS


Isu paling besar dalam muktamar kali ini adalah proses pemilihan dan pengiraaan undi. Sebagaimana yang ditulis oleh Zulhazmi di atas. Perwakilan PAS hanya sejumlah 1,129 orang sahaja berbanding demokrasi dalam UMNO sejumlah 150,000 ribu orang mengundi. 




Akibat kegagalan sistem pemilihan ini, maka Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS iaitu Asmuni Awi mengambil langkah untuk meletak jawatan. Apakah benar benar ada masalah teknikal atau masalah itu sengaja dibuat buat untuk membolehkan calon tertentu menang?

PAS perlu lantik sahaja Ambiga untuk jadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilih. Sudah pasti semuanya bersih dan telus. 

Jika wujud penipuan dalam pemilihan parti PAS maka senasiblah PAS dengan CEC DAP. Tidak ke mana demokrasi yang dicanangkan oleh kedua dua parti ini. Demokrasi apa kalau 1,159 orang pun gagal diurus sistem pemilihan  yang baik.

Malah, chai chai calon calon tertentu juga secara terbuka diedarkan di kalangan perwakilan PAS. Apakah ini bermakna ada beberapa nama yang tidak terpilih dapat masuk semula dalam senarai setelah masalah teknikal berlaku?



Dua kapal yang jelas dalam PAS, satu kumpulan ulama dan satu lagi adalah kumpulan dinamik (profesional). Bila sudah ada dua pasukan yang jelas begini, sudah tentu ada propaganda yang tidak sepatutnya berlaku mencemari proses muktamar.



Contoh yang terjadi adalah kepada Zulhazmi yang bukan team Ulama dan team Erdogan. Menjadi mangsa bila muka disamakan dengan anjing. "Saya ni bukan siapa-siapa. Saya hanya ahli Pas yang mahu melihat Pas maju dengan memberikan idea-idea untuk lebih memberi nafas baru.

"Mungkin ada yang tidak boleh menerima kelantangan saya memperbetulkan parti, kerana itu saya menjadi sasarannya,"
 ini komen calon Ketua Pemuda PAS, Zulhazmi bila mukanya di samakan dengan anjing.


Zainulfaqar yang dikatakan blogger upahan dalam pemilihan muktamar kali ini. 

Ada pihak pihak dalam PAS, menuduh pihak ketiga yang melakukan kerja kerja jahat untuk memburukkan Zulhazmi ini. Tetapi ada kalangan pemimpin PAS sendiri menuduh pihak PAS sendiri yang melakukan taktik jahat ini terhadap Zulhazmi (baca pendedahan ini). 

Gambar anjing tersebut dimuat naik dalam Facebook ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’. Ada satu lagi pendedahan dibuat tentang pemilik akaun Facebook tersebut yang dipercayai memburukkan Zulhazmi. (baca pendedahan berikut).

Zainulfaqar ini ada sejarah tersendiri, pada 20 Januari 2006, Zainulfaqar Yaacob (pelajar Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) telah bertindak menumbuk Kalam Azad Abu Bakar (pegawai Hal Ehwal Pelajar UM) ketika demonstrasi di Bangunan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. 

Dia adalah anak buah kepada Ramadhan Fitri (salah seorang calon AJK Pemuda PAS dari kumpulan Erdogan). Persoalannya sekarang, apakah tindakan yang PAS mampu ambil untuk memastikan mereka yang sudah terpilih sekarang ini adalah benar benar dipilih oleh perwakilan secara telus dan adil?

Apakah pula tindakan yang PAS berani lakukan terhadap individu yang didapati melakukan kerja kerja yang tidak sepatutnya dalam parti tersebut? PAS dilihat tiada kekuatan untuk tanggani masalah ini secara komprehensif. 

PAS akhirnya mengikut arus yang sudah dilakarkan oleh DAP dan PKR. Akan kekal parti PAS sebagai parti ketiga di belakang DAP dan PKR. Masih tidak nampak aura PAS seperti zaman arwah Ustaz Fadhil Noor dahulu. PAS masih lagi gagal tandingi parti UMNO dari segi amalan demokrasi dalam parti. 

Pemilihan semula Mat Sabu memang sudah dijangka dari awal lagi. Ada tangan tangan luar yang mahu Mat Sabu menang? 




Apa Kaitan Mat Sabu Dengan Tuhan Harun?



Saturday, November 23, 2013

Analisis Bahagian 1 : Karpal Singh & Hudud, Siapa Yang Putar Belit Sebenarnya?

Karpal Singh masih tidak terusik sikit pun oleh PAS

Muktamar PAS yang berlangsung pada 22-25 November 2013 di Shah Alam boleh disifatkan sebagai pemilihan muktamar yang penuh dengan propaganda dan helah politik. 

Helah politik yang jelas ketara digunakan oleh PAS ketika menjelang muktamar adalah tentang dua perkara iaitu Karpal Singh dan isu hudud.


1) Drama pertikaian Karpal Singh untuk memansuhkan parti PAS dalam Pendaftar Pertubuhan.

Sudah terdapat bukti jelas penghinaan Karpal Singh tersebut (dengar audio ini). Pada 19 November 2013, Raja Iskandar, Naib Ketua Pemuda memberi Karpal tempoh lima hari untuk memohon maaf. 

Namun hingga kini (23 Nov), selepas habis tempoh tersebut, gertakan tersebut hanyalah tinggal helah politik semata-mata. PAS tidak berani langsung untuk usik Karpal Singh. Malah Dewan Ulamak sudah memaafkan Karpal terlebih dahulu pada 21 November (belum cukup tempoh lima hari) dengan alasan Karpal tidak faham Islam (lihat video ini). 

Bermakna, amaran Naib Ketua Pemuda PAS itu hanya sia sia sahaja. Hanya retorik politik untuk mendapatkan sokongan perwakilan ketika muktamar semata-mata. Paling memalukan dalam isu gertakan Karpal Singh ini adalah Mahfuz Omar. 


Ini kenyataan Mahfuz Omar dalam Harakahdaily pada 11 November, Mahfuz siap berterima kasih lagi kepada Karpal dan menyatakan bahawa kenyataan Karpal itu adalah putar belit media.

Kita lihat siapa yang sebenarnya putar belit? Di bawah ini adalah kenyataan Mahfuz dalam Malaysiakini pada 18 November 2013 (baca sini). Siapa putar belit? Malaysiakini dan Harakahdaily putar belit kenyataan Mahfuz ? Atau Mahfuz yang cuba putar belit perwakilan PAS dan rakyat?

Akhirnya dalam isu Karpal ini, Karpal menyalahkan kepimpinan PAS sebagai tidak faham Bahasa Inggeris. Anda sudah tahu siapa yang Karpal maksudkan itu. Ramai ramai lebai lebai PAS, tidak ada seorang pun yang benar benar berani lawan Karpal Singh. 

Bukan Karpal Singh yang mohon maaf, PAS pula yang tunduk memaafkan Karpal Singh. Jika begitu nampak sangat isu ini sengaja dicipta sebagai satu senjata propaganda untuk meneutralkan semula perwakilan perwakilan PAS yang mula goyang dengan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR. 

Mengapa PAS tidak mengadu pada Ketua Pembangkang untuk kenakan tindakan disiplin pada Karpal? Dulu Hassan Ali pertikai kepimpinan PKR, dikenakan tindakan oleh Ketua Pembangkang terbabit, kenapa tidak pada Karpal?


BN sedia dengar, namun kenapa tiada desakan atau usul agar wakil PAS dipilih untuk membahaskan usul ini ke parlimen dalam muktamar PAS?


2) Polemik perlaksanaan hudud di Kelantan.

Isu hudud mula dibawa bila Brunei membuat pengumuman mahu melaksanakan hudud pada 22 Oktober 2013. Mulalah kedengaran kembali perkataan hudud ini di bibir pemimpin pemimpin PAS. 

Isu ini menjadi semakin rancak pada 13 November bila Ketua Hakim Syarie Kelantan, menyatakan bahawa Kelantan sudah bersedia untuk laksanakan hudud. Kemudian pada 14 November, respon pertama yang dibuat oleh Nik Amar menyatakan Kelantan belum sedia laksanakan hudud. 



Kemudian ada lagi kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa agar semua negeri pakatan laksanakan hudud pada 18 November 2013. Macam Mahfuz Omar juga, akhirnya Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan pula gesaan beliau itu pada 20 November 2013. 

Siapa yang putar belit siapa ini? Kenapa Tuan Ibrahim tarik hand brake? Belum apa apa lagi sudah berundur dan nafi. Sewajarnya PAS bincang siapa yang bakal membawa usul hudud ini untuk dibahaskan di parlimen sebelum menuduh kerajaan pusat sebagai penghalang perlaksanaan hudud di Kelantan. Jangan salah orang lain, jika kenyataan sendiri pun ditarik balik.


Sebenarnya dalam isu hudud ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad sudah menyatakan pada 6 Oktober 2011 lagi bahawa :

"Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

"Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula,"

Teguran Hakim Syarie ini ada kebenarannya. Daripada bercakap soal peruntukan RM1 juta untuk prasarana, lebih baik PAS membetulkan teguran Hakim Syarie itu dulu. Apa yang pasti politik hudud hanyalah berbunyi ketika muktamar sahaja. Selepas ini diamlah. 

Kita lihat sejauh mana tindakan PAS tentang isu hudud ini. Jika PAS serius, sudah pasti dalam manifesto sudah ada perkara hudud ini. Mengapa tidak masuk dalam manifesto? Oh ya, mereka masih takut dengan orang yang bernama Karpal Singh. 

* Akan bersambung analisis ini dalam bahagian kedua.



Orang Ini Perlu Dicekup SKMM, Menghina Raja Raja Melayu Di Facebook



Agenda untuk mempertikai, menghapus dan menghina institusi raja di negara ini semakin menjadi jadi. Seorang demi seorang penghina tampil secara terbuka menghina khalifah Islam di laman sosial. 

Rasanya, sudah sampai masanya untuk satu langkah yang lebih progresif diambil untuk tangani isu ini secara konsensus. Akta dan undang undang yang sedia perlu diperkemas. Cara penguatkuasaan dan penangkapan individu seperti ini perlu ditegaskan lagi.

Perbuatan biadap sebegini tidak boleh dianggap sebagai sebahagian proses meraikan demokrasi. Kebiadapan ini harus dijawap dengan tindakan undang undang. SKMM dan pihak polis perlu ambil tindakan segera ke atas individu di atas.

Ada 40,000 Bangla Akan Mengundi Dalam Pilihan Raya Kampus UiTM?


Berikut adalah situasi semasa keadaan pilihan raya kampus di UiTM Shah Alam. Khabarnya pihak Pro Mahasiswa pembangkang tidak berpuas hati dengan pilihan raya kampus dan bakal meniru sikap 'abang besar' mereka di luar kampus dengan mengadakan boikot dan bantahan.

Kempen "Black UiTM" ini sama modus operandinya dengan kempan "Blackout 505" yang dibuat oleh parti pembangkang dalam pilihan raya umum yang lepas. 

Strategi yang sama macam "Blackout 505"

"Kempen berjalan lancar dan calon-calon juga bersemangat untuk bertanding. Kami di Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan pastikan tiada pihak luar terlibat dalam pilihan raya kampus kali ini," Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dalam pilihan raya kampus pada tahun lepas. 

Kalau dapat sokongan kuat di UiTM, mengapa tidak Pro Mahasiswa bertanding sama dalam pilihan raya kampus?

Hakikatnya, UiTM sejak bertahun tahun dahulu, sejak zaman selepas reformasi 1998, memang sudah dikuasai secara mutlak oleh kumpulan Pro Aspirasi universiti. 

Ada calon calon yang cuba ditaja oleh Pro Mahasiswa untuk masuk buat kacau di UiTM, tetapi akhirnya ditolak oleh majoriti pelajar. Contoh paling jelas adalah seperti budak Khalid Ismath, yang akhirnya entah ke mana hilang arah tuju pelajarannya. 

Jika hendak boikot pun pada 24 November 2013 (esok), puncanya hanya satu iaitu bertujuan untuk publisiti murahan media media pembangkang. Tidak ada niat lain, kerana perkara itu pernah dilakukan oleh mahasiswa pro pembangkang secara besar besaran pada tahun 2006, mereka boikot semua PRK di 18 IPT. 

Atau mahasiswa pro pembangkang mahu menuduh ada pengundi Bangla dalam pilihan raya kampus di UiTM? Sebagaimana tuduhan "abang besar" mereka dalam video di bawah ini. 

Ada Kelab Sosialis Wujud Di UiTM Shah Alam?


Khalid Ismath, aktivis sosialis yang juga pelajar UiTM Kampus Shah Alam dikesan semakin berani membawa masuk unsur-unsur sosialisme ke dalam kampus tersebut melalui penubuhan Kelab Sosialis UiTM.

Ketika ini kelab haram tersebut giat melancarkan kempen boikot pilihan raya kampus (PRK) UiTM yang dijangka akan diadakan pada 28hb November ini atas pelbagai alasan kabur dan penuh muslihat.

Khalid Ismath yang sedang menjalani tempoh penggantungan atas tiga kesalahan disiplin pernah mengumumkan penubuhan kelab tersebut melalui laman sosial twitter beliau baru-baru ini. Ia secara tidak langsung telah mendedahkan kesungguhan  kumpulan sosialis untuk menawan kampus-kampus UiTM yang sememangnya dipenuhi mahasiswa Melayu beragama Islam (baca lanjut)

Pro Mahasiswa Bakal Kalah Di UPSI Kerana Langgar Peraturan Teknikal



Jika ini dijadikan bukti dan sandaran, maka Pro Mahasiswa di UPSI boleh dikatakan bakal tumpas teruk di sana. Mereka sebenarnya sudah melanggar peraturan yang ditetapkan dalam pilihan raya kampus universiti tersebut. 

Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh blog Harapan Esok tentang bagaiman Pro Mahasiswa boleh tumbang awal di UPSI :

"Gambar pelajar perempuan memegang sepanduk di atas merupakan satu daripada beberapa puluh gambar diperolehi daripada laman Facebook menyokong Mahasiswa Pendidik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menunjukkan pelajar-pelajar di sana telah memulakan kempen provokasi Pilihanraya Kampus di sini.

Secara jelas mereka telah memulakan kempen awal sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) iaitu pada 25 Nov sehingga 27 Nov 2013". Baca lanjut 

Tangguh Pengundian Muktamar, PAS Patut Lantik Ambiga Jadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS


Jika benar dakwaaan Ustaz Abu Bakar ini, maka satu laporan polis dibuat untuk menyiasat siapa dalang sebenar yang menyebarkan sms tersebut. Jika tidak, maka apakah ini satu lagi reverse psychology yang sengaja dibuat oleh pihak terbabit untuk mencari simpati dan publisiti. 

Hanya 1,129 orang perwakilan yang memilih untuk mengundi kepimpinan PAS. Nampaknya demokrasi PAS lebih dalam kumpulan "syok syok sendiri" dan tidak holistik sebagaimana UMNO yang berani mengadakan pemilihan kepimpinan tertingginya di kalangan 150,000 orang ahli. Jauh beza demokrasi PAS dan UMNO.

Lebih memalukan, hanya 1,129 orang tetapi itu pun sistem pengundian terpaksa ditangguhkan kerana masalah berikut:

"(Ada) satu nama ulang dua kali (pada kertas undi). Jadi esok kita guna sistem lama iaitu satu kertas ada 61 orang calon,"

"Biar kita susah (untuk mengira). Kita tak nak berlaku lagi. Kita mengaku kesilapan dan kita nak pastikan semua pihak berpuas hati," Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi

Nampaknya sistem demokrasi ala PAS pun ada kesilapan dan kelemahan. Sedap sangat PAS mengata orang lain sebagai tidak telus, pengundi hantu, tidak cekap dan sebagainya. Bila kena pada pemilihan sendiri, 1,129 orang pun tidak boleh kendalikan dengan baik.

Pengundian muktamar PAS menyerlahkan praktikal demokrasi siapa yang lebih baik. Patut PAS lantik Ambiga utnuk jadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS. Boleh eksperimen, apakah demokrasi yang dikendalikan oleh Ambiga bersih sepenuhnya atau tidak. 


Pro Mahasiswa UTHM Memperlehkan Calon Aspirasi di Facebook Gaya Red Bean Army


"Mantan Pengerusi Kelab Iqra (Kelab Iqra Uthm Original) adalah tidak berintegriti dan tidak menghormati individu-individu yang bertanding didalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM tahun ini. Komen-komen yang dihantar pada bahan-bahan yang dikongsikan oleh penyokong calon menunjukkan ketidakmatangan dalam komunikasi"

ini adalah luahan seorang pelajar di UTHM pada kumpulan Pro Mahasiswa UTHM yang dilihat menggunakan "strategi budak budak" untuk meraih undi pelajar.

Bukan sekadar itu sahaja, taktik memperlekehkan orang lain, membunuh karakter dan mempersendakan calon lawan adalah satu perbuatan yang boleh dianggap tidak beretika dalam proses pilihan raya kampus di universiti. 

Di UMT, mereka buat reverse psychology untuk tarik simpati, di UPSI Pro Mahasiswa berkempen awal untuk tarik perhatian, di UM mereka conteng dinding lagi untuk kempen politik dan di UTHM mereka cuba memperlekehkan calon calon Aspirasi dalam Facebook.

Sekali imbas, apa yang cuba dipraktik oleh Pro Mahasiswa UTHM ini saling tidak tumpah seperti taktikal kumpulan Red Bean Army yang cuba mempersenda dan memperlekehkan pihak lain di Facebook dengan ayat ayat yang tidak sepatutnya.

Tidak ada taktik lainkah yang mahu dibuat Pro Mahasiswa. Bukankah lebih baik jika bertanding secara intelektual dan penuh semangat setiakawan? Apakah tidak akan menang kalau tidak menggunakan taktik kotor? 


PAS Sajikan Konsert Black Metal Ketika Muktamar?


Video ADUN PKR Naik Angin Bila Diasak Dengan Soalan Dalam Dewan Undangan Negeri Selangor



ADUN Seri Setia PKR, Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor telah menampilkan perwatakan sebenarnya bila memegang mikrofon. Bila berhadapan dengan ADUN Sungai Burung yang lebih tua daripadanya beliau menampilkan sikap kurang hormat (boleh ditonton dalam video di atas). 

Pertamanya, mikrofon dipadamkan oleh Nik Nazmi ketika ADUN Sungai Burung hendak bercakap. Apakah ini demokrasi dan keadilan yang mahu ditampilkan oleh PKR dalam perbahasan DUN? 

Mengapa takut sangat hendak memberi peluang kepada orang lain bercakap dan berbahas? Paling tidak pun, beri peluang kepada ADUN Sungai Burung bercakap dulu. Bukannya masa yang diambil tersebut lama sangat. Sedangkan masa yang diambil oleh Nik Nazmi untuk menafikan suara ADUN Sungai Burung bercakap adalah lebih lama dari yang dipinta.

Keduanya, Timbalan Speaker dari segi moralnya tidak perlu meninggikan suara kepada orang yang lebih tua daripadanya. Inilah yang rakyat perlu tonton dan menilai. 

Ketiganya, apakah salah bertanyakan soalan untuk membela nasib rakyat Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang katanya dinaikkan sewa dalam sidang DUN? Soalan itu tidak bermaksud dan berniat jahat kerana ianya datang daripada rakyat. Sebagai ADUN, YB Kota Damansara berhak untuk bertanyakan soalan itu dalam Dewan Undangan Negeri. Apakah salah bertanya soalan rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor?

Tatkala DAP dan PKR (yang bukan Islam) sedang seronok mengaut hasil dan harta harta di Selangor, orang Islam dibiarkan bergasak sesama sendiri dalam Dewan Undangan Negeri. Yang bersorak dan bertepuk tangannya adalah adalah musuh musuh Islam. 

Video di atas menceritakan segalanya. Kita tunggu penafian dan putar belit seterusnya daripada pihak PKR, DAP dan PAS. 

Idea Gila DAP, Mahu Halau Semua Orang Keluar Dari Pulau Pinang?


Ya begitulah bunyinya. Amat gila benar idea yang dipaparkan dalam blog Lim Kit Siang ini. Jika tidak percaya boleh baca di sini. Antara idea yang paling gila adalah idea yang ketiga iaitu menghalau semua rakyat di Pulau Pinang keluar dan menjadikan Penang sebagai zoo dan taman tema. 


USM juga akan ditukar menjadi zoo dan taman tema?

Selain itu, idea dalam blog Kit Siang itu juga mahu mengawal populasi penduduk di Pulau Pinang. Bukankah ini satu cadangan yang akhirnya akan membangkitkan kemarahan semua rakyat di Pulau Pinang? DAP mahu kawal populasi Melayu di Pulau Pinang?

Satu lagi cadangan jahat DAP adalah untuk mengambil semua tanah tanah yang ada di Pulau Pinang dengan menggunakan kekerasan dan paksaan. Memang ada cadangan DAP untuk mengambil tanah di Balik Pulau (baca sini). Nampaknya bukan sekadar di Balik Pulau sahaja, DAP ada rancangan yang lebih dahsyat dari itu.

Semua cadangan cadangan ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Tidak selari langsung dengan nama parti yang membawa idea demokratik. Rakyat Pulau Pinang perlu bangun menentang kerakusan DAP ini. Jangan sampai segalanya habis tergadai baru hendak menyesal. 





Friday, November 22, 2013

Pandangan Lim Guan Eng Terhadap Cadangan Hudud PAS




Dalam pilihan raya yang lepas PAS tidak berani langsung cakap pasal hendak laksanakan hudud. Namun menjelang pemilihan dalam muktamar PAS, ada dua isu besar yang sengaja  dibangkitkan kembali untuk menjadi isu dalam muktamar 

1) Isu kritikan terbuka Karpal Singh terhadap PAS

2) Isu perlaksanaan hudud oleh PAS.

Sebenarnya dua perkara ini sudah lama diperbincangkan dalam PAS dan ianya akan berbalik pada jawapan yang sama iaitu Karpal Singh tetap tidak bersetuju dengan PAS dan DAP juga tidak bersetuju hudud dilaksanakan oleh PAS.

Video di atas menjelaskan apa pandangan sebenar DAP terhadap hudud. Biarpun Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar hudud dilaksanakan di negeri Selangor, Pulau Pinang juga, namun cadangan itu hanya tinggal satu retorik muktamar semata mata.

Yang tinggal selepas muktamar adalah perkara ini iaitu semua yang diperkatakan tentang hudud dan Karpal Singh adalah satu sandiwara dan putar belit pihak media. PAS akan menyalahkan media. Situasi sama macam isu Bangla 40,000, itulah jalan keluar untuk PAS mematikan dua isu diatas selepas muktamar selesai.

Apakah ini masih tidak disedari oleh perwakilan perwakilan dan ahli ahli PAS di bawah? Mereka sebenarnya sedang ditipu berulang kali menggunakan taktik yang sama. Taktik pembohongan Anwar Ibrahim.