>

Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau : Video Dato Muhkriz Ini Buat PAS Tidak Senang Duduk




MB Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir kesal apabila PAS dilihat cuba mendapatkan kelebihan politik dengan ziarah mereka ke rumah ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang sakit angin ahmar sejak tiga tahun laludi Kampung Sedaka, semalam.

Menurutnya, timbul tanda tanya terhadap keikhlasan ziarah yang dilakukan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat apabila berita lawatan itu disiarkan serta-merta dan dilakukan dalam tempoh berkempen.

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya apa niat beliau apabila dia melawat ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi ambil gambar dan terus dimuat naik.

"Jadi hari ini kita tertanya-tanya tujuannya," katanya pada sidang media di bilik gerakan BN petang tadi.

Harakahdaily hari ini melaporkan Mahfuz dan Azam semalam menziarahi Baharom Ramli, 77 tahun yang telah sakit diserang angin ahmar selama tiga tahun.

Lidah rasmi PAS itu melaporkan Mahfuz memberitahu yang Baharom mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Bercakap lanjut dalam sidang media sama, Mukhriz berkata BN juga ada melakukan ziarah hormat kepada balu almarhum Tan Sri Azizan Razak namun mereka tidak pula cuba untuk mendapat sebarang liputan media yang meluas tentang tindakan itu.

"Kalau kita nak cakap ikhlas, malam sebelum penamaan calon (selepas pengumuman calon BN) saya dah bawa calon kita buat kunjungan kehormat ke rumah Puan Seri Faekah selama dua jam.

"Saya perkenal calon kita, maklumlah tempat ini tempat almarhum Tan Sri Azizan. Saya tak ada pula nampak gambar dari pertemuan itu dimuat naik. Tak ada pula saya gunakan itu sebagai modal kempen," katanya.

No comments: