Tuesday, October 29, 2013

PERUBAHAN Tumpas Di UUM Angkara Kepentingan Peribadi




Akhirnya selepas 13 tahun, sejak tahun 2000, PERUBAHAN yang merupakan parti mahasiswa pro Aspirasi yang lama bertapak di UUM mengalami kekalahan mengejut. 

Biarpun menang 15 kerusi secara keseluruhan, namun kumpulan Pro M yang menamakan diri mereka sebagai Transfromasi (berwarna Ungu) di UUM telah menang 14 kerusi. Manakala selebihnya kerusi adalah milik kumpulan Hijrah, 6 kerusi dan Bebas 1 kerusi.

15 kerusi menang tetapi sudah dikira hilang majoriti mudah jika gabungan Transformasi, Hijrah dan Bebas akan membentuk sejumlah 21 kerusi secara keseluruhan. 

Transformasi yang diketuai oleh Bawani (seorang pelajar berfahaman sosialis) adalah proksi kepada kumpulan Pro M di luar kampus. Siapa Bawani ? Baca pendedahan lanjut ini. Kumpulan ini memang berpihak secara jelas kepada proksi pembangkang. 

Namun siapa pula yang menggelar diri mereka sebagai kumpulan Hijrah? Apakah mereka ini sama dengan motto Berani Berhijrah dalam Pilihan Raya Kecil yang sedang berlaku di Sungai Limau? 

Tidak, mereka bukanlah sama seperti motto yang dilaungkan oleh Menteri Besar Kedah tersebut. Kumpulan ini adalah serpihan kepada parti PERUBAHAN yang terdiri daripada bekas bekas MPP yang dulunya menang atas tiket parti PERUBAHAN.

Namun akibat terikut dengan persengketaan antara seorang individu dengan Naib Canselor dan pihak Hal Ehwal Pelajar, mereka keluar daripada parti dan menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Hijrah. Berikut adalah logo kumpulan Hijrah tersebut :


Jika dteliti dengan baik macam ada bentuk bendera PAS pada logo tersebut. Logo macam anai anai yang mahu merosakkan sesuatu. Ya, memang mereka sudah terbukti merosak dan mencemarkan nama parti PERUBAHAN. 

Mereka bakar kapal dan buat kapal lain. Yang untung dan ketawa besar adalah kumpulan Pro Mahasiswa (Transformasi) yang diketuai Bawani. Ini satu tindakan yang bodoh dan memalukan nama Aspirasi.

Mengapa jadi begitu? Apakah ada unsur PAS dalam kumpulan serpihan PERUBAHAN yang bernama Hijrah ini? 



Rupa-rupanya salah seorang penggerak kuat Hijrah bernama Jat Jenin adalah bekas aktivis PMIUM pada tahun 2005. Tulisan itu jelas terpapar dalam Facebooknya. Sudah didoktrin rupanya oleh PMIUM. Jat Jenin adalah salah seorang orang kuat Hijrah yang mempertahankan tindakannya untuk keluar dari PERUBAHAN dan buat kumpulan Hijrah.

Jika ada pihak kedua yang keluar dari jamaah dan buat sesuatu kumpulan baru, maka kumpulan yang kedua itu sudah boleh dianggap sebagai pengkhianat parti. PAS adalah serpihan dari UMNO, PKR serpihan juga dari UMNO, Semangat 46 juga serpihan dari UMNO. 

Yang perlu dipertahankan adalah parti bukan mengikut telunjuk individu tertentu,. Sayang sekali, pelajar UUM mudah terjebak dalam konflik peribadi salah seorang staff UUM dengan pihak pengurusan hingga mengalahkan pasukan Aspirasi di kampus Sintok. Pihak pengurusan perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Kesimpulannya, kumpulan Hijrah ini perlu dibubarkan segera untuk mencari jalan penyelesaian baik. Harapan yang sama diharapkan sebelum hari penamaan calon namun menemui jalan buntu. 

6 pelajar yang menang perlu akui jika perpecahan Hijrah dan Perubahan ini berterusan, maka kesannya perpecahan itu akan terkesan kepada generasi akan datang. Hijrah akan mewariskan perpecahan bukan penghijrahan seperti mana yang dilaungkan.

Sudah dua universiti secara rasminya dikuasai oleh pembangkang ini iaitu UUM dan UKM. Khabarnya, tragedi yang sama berlaku di UKM, perpecahan sesama sendiri. Perselisihan sesama sendiri ini bakal berlarutan ke UPM khabarnya. Perlulah dibuat sesuatu agar agenda kelompok yang besar diutamakan bukannya mengutamakan kepentingan individu.

Anwar Ibrahim seronok tengok apa yang terjadi di UUM. Puas hati pihak yang mahu perpecahan? Lihatlah siapa yang mahu buat untung dan siapa yang rugi akhirnya.


Kepada semua aktivis Aspirasi dari IPT lain, teruskanlah berjuang. Kisah di UUM dan UKM ini jadikanlah sempadan dan pedoman untuk mencipta kemenangan di kampus. Elakkan perpecahan sesama sendiri.

Selamat berjaya.


1 comment:

panglima perangcyber said...

Terima kasih atas info ini bro