>

Tuesday, October 1, 2013

Pemilihan UMNO, Angin Perubahan Untuk Pemuda #Azrinizam4Exco



Salam, pemilihan Pemuda UMNO hanya tinggal lagi 11 hari sebelum hari pengundian diadakan. Kempen sudah masuk ke fasa ketiga bagi sesetengah calon. Menjelajah dari satu bahagian ke bahagian serta dari cawangan ke cawangan untuk bertemu mata dengan perwakilan. 

Saya sendiri amat kagum melihat kesungguhan dan komitmen tinggi calon calon yang bertanding untuk bersama sama berkongsi visi dan misi dengan sahabat sahabat pemuda. Kempen yang diadakan secara inklusif dan disulami dengan hujah hujah yang konstruktif.

Pemilihan kali ini menampakkan kelainan berbanding pemilihan sebelum ini. Pertamanya, 76,000 perwakilan pemuda boleh memilih sendiri siapa pemimpin mereka di peringkat pusat. 

Keduanya, bila tiada pencalonan dibuat di peringkat cawangan dan bahagian untuk jawatan jawatan dalam pemilihan, ini secara tidak langsung mengurangkan rasa tidak senang bila seseorang itu tidak dicalonkan di peringkat bahagian atau cawangan. 

Ketiganya, pemilihan UMNO ini membolehkan parti mengukur sejauh mana penerimaan rakyat di peringkat "grass root" terhadap seseorang calon yang bakal diketengahkan UMNO sebagai pemimpin masa hadapan. 

Keempat, sudah pasti pemilihan UMNO ini bakal menghadirkan rasa tercabar buat parti parti lawan yang juga akan mengadakan pemilihan selepas ini. DAP, PAS dan PKR tidak membuat sistem pemilihan dan demokrasi sebagaimana yang sedang dibuat oleh UMNO sekarang. 

Kelima, perwakilan UMNO di pelbagai peringkat harus melihat bakal pemimpin yang dipilih kali ini sebagai barisan hadapan parti untuk menghadapi PRU14. Pilihan raya yang UMNO tiada pilihan lain melainkan menang untuk survival bangsa. 


Untuk itu, UMNO memerlukan kombinasi kepimpinan dan jentera yang kuat dalam menghadapi PRU14. Kekuatan itu datang daripada kepelbagaian watak, ciri dan peribadi yang perlu dikombinasi dalam parti. Itulah yang perlu menjadi kriteria utama perwakilan sebelum membuat pilihan untuk mengundi.

Inilah parti yang demokrasi. Menawar bakti untuk pertiwi. Berjuang untuk memastikan maruah bangsa terus disanjungi. Agenda parti keramat ini perlu terus diwarisi. 

Saya mengucapkan selamat berkempen kepada sahabat sahabat lain yang turut menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO 2013. 

No comments: