Friday, October 18, 2013

Kalimah Allah SWT : Akhirnya Anwar Ibrahim Tunduk Pada Desakan Kristian



Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim dalam Sinar Harian berhubung isu pengunaan Kalimah Allah SWT. Memang sudah dijangka apa pendirian Anwar Ibrahim, memang tunduk dan tetap menyebelahi tuntutan paderi paderi Kristian untuk membolehkan kalimah Allah SWT digunakan. 

Hanya dua Haron yang tidak setuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian dalam PAS iaitu Harun Taib dan Haron Din. Keputusan mereka masih tetap dan sama dengan hujah dan nas Al Quran. Anwar Ibrahim hanya menggunakan bidalan logik dan contoh yang dangkal. 
                             

Anwar membenarkan penggunaan kalimah Allah selagi ianya tidak disalah gunakan. Siapa boleh bagi jaminan Kristian tidak akan menyalah gunakan kalimah Allah untuk tujuan tujuan yang lain?

Sekarang sudah banyak gereja gereja baru di Pulau Pinang dan Selangor dibuat di atas rumah rumah kedai. Sudah ada lambang salib besar di beberapa tempat. Jika kalimah Allah digunakan untuk nama gereja tersebut bagaimana? Contohnya seperti di bawah ini.


Di Indonesia, sudah dibenarkan penggunaan nama Allah dalam Al Kitab versi bahasa Indonesia. Namun siapa dapat menghalang jika pihak gereja mahu menggunakan kalimah Allah di nama gereja seperti dalam gambar di atas?



Kini kadar perkembangan Kristian di Indonesia (negara umat Islam terbesar) adalah pada jumlah 2 juta orang setahun. Dianggar pada 2035, jumlah penganut Kristian akan melebihi jumlah umat Islam di Indonesia, jika pengembangan agama itu masih berlaku seperti sekarang. Apakah kita mahu ancaman sebegini berlaku di Malaysia?

Inilah yang dimahukan oleh paderi paderi tersebut, iaitu untuk menyebarkan misionari Kristian secara halus kepada masyarakat. Strategi licik untuk murtadkan orang Islam ini wajar dibendung.


Semua umat Islam boleh menilai sekarang siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim dan apa agenda tersirat yang mahu dibawanya di negara ini. Masih lagi mahu ditipu oleh Anwar Ibrahim ini? Anwar hanya mahu misi politiknya untuk menjadi PM tercapai. 

Segala perkara mahu dijualnya kepada DAP selagi undi yang dimahukan didapatinya. Matlamat menghalalkan cara.

Kalimah Allah SWT bukanlah sesuatu yang boleh ditawar beli untuk mendapatkan kuasa. Ianya adalah satu amanah untuk semua umat Islam menjaga kesuciannya secara bersama. 





2 comments:

Anonymous said...

Mungkin lepas ini Anwar akan benarkan kristian baca bible dalam bahasa Arab pulak...jangan terkejut missionary sedang melaksanakannya...

Anonymous said...

Tunggu bila Allah SWT akan menurunkan bala/musibah kepada manusia yang mempersendakan namaNya.Di Indonesia berapa banyak bala yang Allah SWT yang telah turunkan, Tsunami, Gempa Bumi, banjir dan krisis ekonomi.Muhasabahlah diri banyak banyak.