Thursday, October 31, 2013

Eksklusif #PRKSgLimau : Calon PAS Sungai Limau & Mahfuz Terbukti Gagal Laksana Amanah Ustaz Fadhil Noor & Ustaz Azizan Razak



“Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum (MDU) yang    sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulama yang mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan     dan mampu menangani pemasalahan ummah dan negara,” Ustaz Fadhil Noor, Pengasas MDU.

Namun, kini MDU (dikenali dengan nama baru KIDU) yang diasaskan sejak 1995 itu dalam keadaan yang tidak terurus dan agak daif. 


Beginilah keadaan bilik imam di Masjid KIDU yang dalam keadaan yang amat menyedihkan. Difahamkan seorang pelajar akan membayar sejumlah RM600 untuk masuk ke KIDU pada awal pendaftaran. Kemudian bayaran RM200 untuk setiap bulan. Ke manakah wang ini digunakan?


Syiling masjid yang runtuh dan tidak digantikan. Mengapa dibiarkan syiling ini jadi begini? Bukan sahaja bayaran RM200 setiap bulan yang terpaksa dibayar oleh 600 orang pelajar di situ, tetapi kutipan derma juga dibuat untuk mengisi tabung pihak Kolej. Jumlah kutipan yuran untuk sebulan sahaja adalah berjumlah RM120,000. 


Jika dijumlah semua sekali wang yang dianggar diterima KIDU adalah seperti berikut :

a) Yuran awal tahunan RM600 x 600 orang = RM360,000
b) Yuran bulanan RM200 x 600 orang x 12  = RM1,440,000
c) Anggaran derma setahun                         = RM1,000,000

Jumlah besar                                               = RM2.8 juta

Ini adalah anggaran pendapatan KIDU untuk setahun yang hanya diperolehi melalui kantung KIDU dan sumbangan derma sahaja. Sumbangan derma untuk setahun adalah dianggar sejuta setahun berdasarkan reputasi kolej tersebut sebagai kolej utama PAS di Malaysia. 

Dalam kompleks KIDU terletak sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU).

SMIDU tersenarai dalam sekolah bantuan
 geran kerajaan negeri.

Bukan sekadar itu sahaja, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) turut tersenarai sebagai salah sebuah sekolah dari 38 sekolah yang menerima bantuan geran tahunan daripada kerajaan negeri Kedah. Ke manakah dana geran itu dibelanjakan oleh pihak pengurusan KIDU dan sekolah?


Keadaan tandas untuk pelajar pelajar Muasasah yang dalam keadaan yang amat kotor dan memalukan. Apakah cara hidup begini baik untuk lahirkan golongan intelektual agama?


Inilah keadaan Pusat Asuhan Kanak - Kanak di KIDU yang dalam keadaan yang terbiar dan tidak terurus. Bukankah tadika ini sepatutnya di bawah pengurusan dan perhatian Calon PAS Sungai Limau selaku Ketua Jabatan TASKA PAS Kedah?

Bagaimana hendak jaga kebajikan rakyat Sungai Limau jika TASKA PAS pun gagal dijaga dengan baik?

Pendapatan untuk KIDU besar, namun prasarana dan kemudahan yang disediakan adalah amat menyedihkan. Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke KIDU perlu berfikir semula apakah ini tempat terbaik untuk pembelajaran anak anak mereka.


Difahamkan, Mahfuz Omar adalah pengerusi kepada Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dan juga ahli parlimen Pokok Sena di mana terletak KIDU. Sekarang Mahfuz menjadi Pengarah Pilihan Raya PAS di Sungai Limau.

Mahfuz dilihat lebih sibuk mempromosi dirinya bersama gambar arwah Ustz Fadhil Noor dan Ustz Azizan untuk program program KIDU. Hakikatnya, Mahfuz menghancurkan amanat dan harapan Ustz Fadhil Noor dan Ustz Azizan terhadap KIDU. 

Mahfuz Omar harus berasa malu kerana gagal melaksanakan harapan dua pemimpin agung PAS terhadap KIDU. Malah pusara dua orang pemimpin PAS tersebut juga terletak dalam KIDU. Juga tidak diurus dengan baik.


Tun Mahathir menziarahi pusara Azizan di KIDU

Jauh beza KIDU jika dibanding dengan pondok pondok moden yang ada di Sungai Limau. Malah TASKA PAS yang terletak di KIDU pun gagal diurus dengan baik oleh calon PAS yang merupakan Ketua Jabatan TASKA PAS Kedah.


Tidak hairanlah mengapa keputusan PRK Kecil Pendang pada tahun 2001 memihak kepada BN selepas ketiadaan Ustaz Fadhil Noor. Rakyat boleh mengubah keputusan demi persaudaraan sesama Islam. Mereka mahu pilih pemimpin yang boleh bawa penghijrahan kepada kehidupan rakyat.

Kini selepas 12 tahun, PRK Kecil Di Sungai Limau, rakyat akan kembali menilai siapa yang akan mereka pilih selepas ketiadaan Ustaz Azizan, belum tentu orang PAS memilih PAS sebagai ganti. Orang PAS Pendang berani berhijrah 12 tahun lalu, tidak mustahil orang PAS di Sungai Limau juga buat begitu.


Kedua duanya gagal laksana harapan Azizan & Fadhil Noor

Orang orang PAS perlu menghukum Ketua Jabatan TASKA PAS Kedah (Azam) dan Pengerusi KIDU (Mahfuz) dalam PRK Sungai Limau. Mereka terbukti gagal laksanakan harapan Fadhil Noor dan Azizan.

No comments: