Saturday, September 21, 2013

Undi Calon No. 57, Angin Perubahan Untuk Pemuda UMNO Malaysia #Azrinizam4Exco




Salam Perjuangan, penulis telah selesai menyerahkan borang penamaan calon di PWTC pagi tadi. Alhamdulillah mendapat nombor 57. Nombor perjuangan dan angka ini amat bererti kerana ianya adalah nombor kemerdekaan rakyat.

Kemerdekaan yang dicapai hasil perjuangan perwira perwira bangsa yang terdahulu dalam UMNO. Kemerdekaan yang perlu dipertahankan untuk anak bangsa bagi masa depan agama, bangsa dan tanahair yang lebih baik pada hari esok.

Mengapa saya perlu terlibat sama dan bertanding dalam kepimpinan Pemuda UMNO ?

Semuanya adalah kerana semangat untuk bersama sama menyumbang bagi menghadapi PRU14 yang cukup getir buat kelangsungan bangsa. PRU yang BN tidak boleh tumpas kerana sekali keputusan bertukar belum tentu tanahair ini menjadi milik Melayu lagi. 

Kemerdekaan boleh terhapus jika dibiarkan kuasa itu dijajah oleh pihak yang ada agenda republik. Kemerdekaan itu boleh hancur di tangan pihak yang secara terang terang mahu menghapuskan institusi raja dan agama.

Di mana saya boleh menyumbang?


Saya bersama dengan Dato Razali Ibrahim (seorang lagi calon Majlis Tertinggi) dalam satu program Mahasiswa Turun Parlimen 1 pada 2011. Melatih dan menyiap sediakan pemimpin muda untuk menjadi pembantu pembantu ahli parlimen di seluruh negara. 

Pengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang latihan dan kaderisasi pemimpin muda boleh saya aplikasikan untuk menyuntik semula ideologi perjuangan dalam jiwa pemuda. Ada modul dan pendekatannya.

Politik ideologi yang selama ini dimainkan oleh pihak pembangkang hanya boleh dilawan kembali dengan politik ideologi. BN memang handal dalam menawarkan "politik khidmat" pada masyarakat, namun ianya tidak cukup jika jiwa itu tidak diisi dengan semangat perjuangan sebenar. 

Orang muda Melayu mesti faham asas utama mengapa mereka perlu menerima UMNO dan menolak parti lain dalam sistem demokrasi negara ini. Perkara ini perlu dikupas secara tuntas dan rasional sehingga anak muda itu faham dan mula menanam minat untuk mula mengenali apa itu perjuangan sebenar UMNO.



Saya juga mampu menyumbang dalam bidang kemahasiswaan di peringkat pengajian tinggi. Ketika zaman reformasi, hanya ada satu universiti tunggal di utara ketika itu yang berjaya keluar dari fenomena demonstrasi jalanan. Zaman itu siapa sangka ada seorang Presiden MPP mahu bersama sama dengan aspirasi kerajaan ketika arus perdana dilihat menolak kerajaan.

Formula itu diadun dan diusahakan di kesemua IPT hinggalah pasukan Aspirasi berjaya menawan kesemua IPT pada 2005 dengan keputusan 18-0. 

Pengalaman sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (99/2000) dan sebagai Ketua Editor Akhbar Mahasiswa (2005-06) membuatkan saya dekat dengan dunia kepimpinan kampus. Jaringan alumni Aspirasi yang kini sudah berusia 13 tahun mampu dijana kembali untuk memacu gerakan ketiga yang kuat bagi menghadapi PRU14.

Ada seni dan cara yang tersendiri untuk berpolitik di kampus. Mahasiswa ada idealismenya sendiri. Jika berjaya didampingi dengan betul, insyallah mereka akan terpikat pada UMNO.


Ketika membentangkan usul pertama tentang media sosial dalam Konvensyen Pertama Media Sosial di PWTC pada 2011. 

Selain daripada itu, saya mampu memberikan sumbangan di alam maya untuk menghadapi pembangkang pada PRU14. 

Media sosial dan teknologi maklumat adalah bidang pengajian saya sejak berada di universiti pada tahun 1997 lagi. Kemudian saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang strategik dan membuat kajian tentang kesan media sosial dan kejatuhan Hosni Mubarak dan Arab Spring pada 2011. 

Selain secara konsisten mengkaji perubahan media online yang berlaku di negara ini. Kajian - kajian berterusan ini sedang saya kumpul untuk dijadikan bahan bagi melanjutkan pengajian saya dalam bidang PhD pada awal tahun depan, insyallah. 

Bukan sahaja belajar namun saya sendiri terlibat secara langsung dalam bidang media online ini. Pengalaman dalam bidang ini sejak mencoret perjuangan di Idealis Mahasiswa pada tahun 2000 serta memulakan penulisan di blog sejak 2005 mampu saya kongsikan untuk membawa impak yang lebih besar kepada Pemuda UMNO Malaysia. 

Berdasarkan testimoni ini, saya dengan rendah dirinya ingin menawarkan diri berada dalam barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Saya dan Ustaz Fathul Bahri (calon no. 16) dalah calon yang sudah dipersetujui dari negeri Perlis. Saya mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada semua perwakilan dan juga calon calon Exco Pemuda yang lain. Angin Perubahan Untuk Pemuda. 

Undilah nombor 57.

Sekian, Wassalam.



3 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Salam Bro. Insyallah anak muda akan besama tuan memperjuangkan agama,bangsa dan Tanahair.

Anonymous said...

abg doakan azrinizam Berjaya ....insyaAllah...

abg tumpang blog angin perubahan lama juga dlm tahun 2008 dulu...

selalu tulis disini...

tapi lepas tu beralih ke unspin... kemudian ke gap...

abg tgk azrinizam ni konsisten punya pemikiran bagus... ada daya intellek.. analytical thinking pon bagus...

insyaAllah boleh pergi jauh kalau diberi peluang...

tapi dlm politik ni kita kena ada idealism yg baik..

org yg sokong kita pon berdasarkan idealisma kita, kalau nak sumbat duit ... x larat kita.. hehe

okay....abg doakan yg terbaik utk azrinizam..

spatial analyst
klia

Anonymous said...

salam,

saya akan undi anda.

untuk memudahkan saya yg baru boleh mengundi atau senang kata 'orang atas pagar' ini, saya rasa saudara memang mengatahui kebolehan pemimpin2 kita di peringkat atasan atau yg akan bertanding, saya mohon jasa baik tuan senaraikan calon2 yang berkualiti untuk memantapkan UMNO..