Wednesday, September 11, 2013

Ayuh Berjuang Demi Alif Ba Ta #Azrinizam4Exco




Salam, setelah mendapat persetujuan daripada ahli cawangan dan sahabat sahabat di Bahagian, saya dengan ini menawarkan diri untuk bersama sama dalam perjuangan sayap parti bagi menggalas misi yang besar yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam PRU14. 

Mengapa perlu terlibat sama?

Pilihan raya yang bakal diundi oleh bakal 20 juga pengundi, 6.7 jutanya adalah pengundi baru. Saya ingin membawa kembali ideologi alif ba ta sebagai roh perjuangan dalam setiap hati anak muda UMNO. 

Inilah sahaja jawapan dan penyelesaian sebenar jika UMNO mahukan meneruskan kelangsungan kuasa yang ada demi masa depan anak bangsa. Sebagai bekas kepimpinan pelajar, saya bersama rakan rakan pernah melawan arus reformasi 99 dengan ideologi dan semangat aspirasi. Alhamdulilah, gelombang reformasi itu perlahan lahan terpadam di tiup angin perubahan aspirasi.

Ada cara dan pendekatan yang diambil jika mahu menawan hati dan minda anak muda. Jangan hanya persalahkan mereka semata semata jika gagal memikat pengaruh mereka. 

Kini pengundi muda bakal menentukan nasib masa depan negara. Peluang harus diberikan kepada orang muda di segenap lapisan umur untuk bersama sama berjuang mempertahankan UMNO dalam PRU14. Semangat sukarelawan dan ideologi perjuangan harus ditanam kembali agar mereka faham dan menjiwai apa sebenarnya perjuangan asal UMNO.

Piilhan raya yang bakal menentukan segala-galanya. Tidak guna berkokok di luar gelanggang lagi jika tanah dan maruah agama sudah mahu digadai. Musuh utama umat Islam sedang berkomplot untuk menjayakan agenda besar pada 2018 nanti. Ayuh kita berjuang bersama sama. 

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan,

Insya Allah saya akan undi tuan pemilihan kali ini dan saya akan turut berkempen di Bahagian Rembau.

Saya juga bertanding bagi mengisi slot AJK Pemuda Bahagian Rembau.

Bekas pemimpin pelajar macam kita perlu diramaikan dalam Pemuda UMNO.

Sahabat lamamu,
Nur Hafidzan Bin Idris
Mantan Presiden PMUKM 2004/2005

km said...

gud luck abg azri..

km said...

gud luck

Anonymous said...

Gud luck bro.