Tuesday, August 20, 2013

Tindakan PTPTN Mahu CCRIS Peminjam Adalah Satu Tindakan Tidak Wajar


Tindakan PTPTN ini bakal mengundang lebih banyak kemarahan dan kegelisahan di kalangan generasi muda di Malaysia. Mereka bukannya marah pada PTPTN tetapi akan marah pada kerajaan BN. Ketika BN bertungkus lumus mendapatkan sokongan orang muda ada pula tindakan yang dilihat tidak berapa sesuai dengan keadaan.

Jika diletak bawah CCRIS, orang orang muda ini tidak boleh buka akaun bank, tidak boleh beli kereta, tidak boleh keluar negara. Bila ini sudah terjadi, sebenarnya tindakan PTPTN itu akan menutup peluang 418,094 orang muda sebelum mereka mendapat pekerjaan.

Jika anak muda itu datang dari keluarga yang susah dan miskin, bagaimana perasaan emak dan ayah mereka? Apa pula persepsi keluarga besar mereka terhadap tindakan PTPTN itu? Bukankah itu akan mengundang kemarahan rakyat yang lebih besar?

Bukan senang untuk menyelesaikan sesuatu, namun fikirkan cara yang berhikmah dan boleh dibawa berunding. Jangan sampai esok bila sudah tiada apa apa, baru kita hendak menyesal dengan tindakan kita yang silap.

5 comments:

Abd Razak said...

wajar tidak wajar segala hutang tetap kena bayar.nak masuk syurga pun kena bayar segala hutang kat dunia.jadiah seorang insan muslim sejati.pandai berhutang pandai2 lah cari jalan bayar balik hutang.

Anonymous said...

mmg tak wajar...ini yg bikin anak2 muda marah....siap la pru nnti

Anonymous said...

padan muka sapa suruh sokong umno bn..biar ank2 muda rasa

Anonymous said...

belajar berhutang,nk kahwin berhutang,nk kereta berhutang,nk rumah berhutang...kos hidup tinggi..hutang memang kena bayar tapi bagaimana?..ptptn..ambil jalan mudah ...mula mula saman..lepas tu sekatan luar negara lepas ni CCRIS....macamanan PR ada solution untuk menyelesaikan masalah...solution BN senang aje.......2014 confirm BN kalah

Anonymous said...

masalahnyer bukan PTPTN. tapi PEMINJAM tu. PTPTN dah berkali-kali kata peminjam/penghutang kena dtg jumpa PTPTN & sama-sama bincang jalan terbaik untuk settlekan masalah pembayaran balik tu.

dah kalu peminjam sendiri tak mau jumpa PTPTN pastu buat dek jer. so aper citer?