>

Thursday, August 15, 2013

Nga Kor Ming Sengaja Cari Pasal Dengan Umat Islam Di Malaysia


Ketika pilihan raya kecil di Bukit Gantang pada April 2009, Nga Kor Ming dengan sengaja membuat terjemahan sendiri terhadap ayat ayat suci Al Quran atas pentas ceramah PAS (baca sini). 

Kini sesudah hampir 4 tahun, kelakuan yang sama diulang oleh Nga Kor Ming. Kali ini mempertikaikan pula kejadian yang berlaku di sebuah resort di Johor bila upacara Buddha diadakan dalam surau. 

Mengambil contoh kejadian tersebut, Nga seolah mahu membolehkan masjid digunakan pakai oleh agama lain bagi tujuan ibadat. Sekali lagi Nga pandai pandai membuat terjemahan sendiri. Tweet Nga Kor Ming di atas jelas sekali menampakkan sikap ingin cari pasal ahli parlimen DAP itu.

Mengapa Nga Kor Ming berani buat begini? Orang Melayu dalam PAS dan PKR sudah lupa apa yang Nga Kor Ming buat terhadap kedudukan Islam di negara ini. Mereka biarkan sahaja kerana terlalu takut pada DAP.


Empat tahun lalu juga, Nga Kor Ming itulah yang mempertikaikan mengapa masjid dibina di negara ini dalam parlimen (baca sini). Oleh itu, tanya balik jawapan ini pada Nga Kor Ming. Siapa sebenarnya yang lebih ekstrem? Jawapannya adalah DAP. 

1 comment:

anonymous said...

So malaysian (also including cina) must be mature to accept only sekolah satu aliran kebangsaan sahaja untuk memacu perpaduan negara. Are matured enough to accept this fact?