>

Wednesday, August 14, 2013

Lelaki Yang Membelasah Isteri Dalam Lif Di Depan Anak Anaknya Ini Wajar Ditahan



Seperti sudah hilang pertimbangan, wanita dalam lif ini dibelasah. Disepak dan diterajang di depan kanak kanak yang masih lagi belum faham erti pergaduhan. 

Boleh membuatkan kanak kanak itu menjadi trauma melihat apa yang berlaku. Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan segera demi menjaga keharmonian institusi masyarakat di negara ini. 

Bukti sudah dikemukakan. Elak kan buat perkara sebegini, tunjukkanlah contoh yang baik untuk generasi akan datang.

3 comments:

Anonymous said...

Dlm kes sebegini polis hanya boleh bertindak bila ada laporan. Dlm kebanyakan kes, isteri tidak membuat laporan ataupun menarik balik laporan yg dibuat.

Jika laporan dibuat sekalipun, kes sebegini tidak terangkum dlm Penal Code sbg summary offence berbanding kekerasan menggunakan sesuatu objek.

Kecederaan yg dialami pula perlu dibuktikan dgn laporan doktor.

Inilah sebab ramai yg menarik balik laporan dan hanya menelan kepahitan sbg masalah rumahtangga.

Jika kita inginkan juga tindakan keras sbg pengajaran maka salurannya adalah melalui parlimen yg perlu menyemak beberapa fasal yg ada dlm Penal Code sekarang.

Anonymous said...

Apa? nak tunggu perempuan (mangsa) buat laporan polis baru nak siasat? Tah hidup ke mati si Ibu yang dibelasah depan "anak-anak" beliau tu!

Amir said...

Hari ni kawan saya baru saya paksa buat laporan polis dan dapatkan rawatn setelah dibelasah suaminya di dalam kereta...itupun dia macam tak mahu buat..takut malu keluarga katanya..