Tuesday, August 27, 2013

Azlan Man Sudah Masuk Perangkap Budak Budak PKR & DAP Di Facebook?


Selepas pilihan raya umum ke-13, ada satu group baru bernama Republic of Anak Perlis (ROAPERS) diwujudkan di Facebook. Antara program pertama kumpulan ini adalah membuat jamuan hari raya di Kuala Perlis. 

Peliknya, jemputan pertama yang dibuat ke majlis tersebut adalah kepada Chan Ming Kai (ADUN PKR Indera Kayangan). Apa motifnya jemput YB PKR ini sedangkan ADUN Kuala Perlis (selaku tuan rumah) sendiri tidak dijemput pun? 

Bila ditanya mereka beri alasan R kerana nombor plat Perlis. Itu alasan yang dicipta untuk melindungi agenda tersirat Republik tersebut.

\

Azlan Man, MB Perlis yang baru pun turut dijemput sama hadir. Beliau hadir atas kapasiti Menteri Besar. Mungkin tidak sedar, group tersebut mempromosikan nama Republik. Mengapa nama Republik?

Republik ini bermaksud Ketua Negeri bagi Perlis adalah Presiden bukannya Raja sebagaimana yang ada sekarang. Ideologi yang sama cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim kini sudah mula dijaja di Perlis.

Perlis bukanlah sebuah negeri Republik kerana masih lagi bersultan dan beraja. Mengapa perlu promosikan idea Republik di Perlis? Apakah perkara ini disedari oleh Azlan Man sendiri?


Strategi pembangkang untuk mendekati anak muda sudah boleh dibaca. Mereka buat satu gerakan bertema dan bersimbol. 

Rakyat yang mengikut sesuatu simbol yang dicipta secara tidak sedar tidak tahu bahawa mereka sedang ditaksubkan dengan logo dan simbol tersebut. 

Begitulah gamaknya yang telah dibuat oleh "R" untuk Royalti Kelantan, kemudian tampal di belakang kereta. Perniagaan sticker Royalti Kelantan itu banyak memberi keuntungan kepada geng dan kroni Husam Musa yang berada di Kuala Lumpur. 

Apakah strategi yang sama digunakan oleh group Roapers? Majoriti admin Roapers bukannya berada di Perlis, tetapi di Kuala Lumpur.


Agenda group bernama Roapers mulai terbongkar bila turut sama membenarkan jemputan yang dibuat oleh  Ammar Ghazali (Ketua Pemuda AMK PKR Perlis). 

Bila ada orang komen mengatakan jemputan itu adalah bersifat politik, maka admin group tersebut iaitu Tok Ngulu (fake account) telah mula mempertahankan jemputan yang dibuat oleh Ammar Ghazali.

Lebih dahsyat lagi bila terus membuang komen komen yang cuba mendedahkan apa agenda sulit Anwar Ibrahim dan DAP di Perlis. Apakah Tok Ngulu itu berpihak pada PKR? 

Mengapa perlu gunakan fake account jika ROAPERS itu ada agenda yang baik untuk rakyat Perlis?


Bila terdapat komen yang cuba mendedahkan tentang agenda tersirat PKR dan DAP maka ada beberapa pengomen tegar dalam group ROAPERS cuba bertindak menjadi pembela. 

Antaranya yang bernama Mohammad Redzuan. Bila disemak, rupanya beliau adalah penyokong tegar PAS (gambar belakang berbaju hitam). Gambar dibawah ini bukti beliau adalah penyokong tegar PAS.



Oleh itu, apa sebenarnya agenda tersirat ROAPERS ini? Mempromosikan sticker untuk dipuja oleh anak muda dalam Facebook kemudian mengaut keuntungan politik dalam masa 5 tahun akan datang di Perlis ?

PRU13, PKR sudah bertapak di Perlis setelah sekian lama mencuba. Mereka mulai merancang untuk memaksimumkan sokongan pengundi muda dalam PRU14. 

Hari ini dia akan bercakap soal makan, kereta dan sebagainya. 5 tahun lagi dia akan promosi politik. 

Dalam tidak sedar ada unsur politik PKR dan DAP masuk. Bila ada menegur, mereka membantah ianya sebagai bukan politik. Apakah ini tidak disedari oleh Azlan Man? 

Rakyat Perlis perlu bijak menolak strategi politik halus PKR, DAP dan PAS ini. Mereka mahu meruntuh dan menawan Perlis sekarang ini di Facebook. 

MB sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak boleh tunggu dan lihat sahaja. Bertindaklah sebelum terlambat. Jangan terperangkap sama dengan strategi lawan.


21 comments:

Anonymous said...

apa punya bodoh la ko admin!!! fitnah dah semakin menjadi2...tak takut azab akhirat ke?bertaubat la sebelum menghembuskan lafaz yg terakhir...

Anonymous said...

haha ingatkan xde spe sedaq lg hal nie hahaha kerajaan negeri sponser tuuuu.. kes tu eden xberkenan dengan nama republic.. sbb tu mcam berteraskan sistem pemerintahan... so What dafuk with the word "Republic"

Anonymous said...

Group Forum Politik Perlis ... Tok Ngulu Bulu tu la admin... bukan main lagi die bidas kerajaan BN perlis... Maklumlah org konpom masuk sorga... Group tu die delete selepas PRU 13 die tkot kowt modus operandi die didedahkan .... Oh anak Perlis... diperdaya...

Anonymous said...

ini artikel main bantai ja ni. nak tergelak ada aku baca. kalau setakat nak tabur fitnah macam ni, baik tak payah la. orang perlis sendiri tahu apa yang terjadi dan berlaku. tak perlu nak tabur semua fitnah

Anonymous said...

hahaha kalau betul admin nih nak menegakkan kebenaran, mengapa nak set approval?..macam la orang lain tak pernah ada blog. Jadi penulis yang mempunyai akal fikiran, bukannya hanyan tau buat cerita bodoh..ohhhhh nak tarik trafik sebab dia ade nuffnang..patut lerr idup mengharapkan blog jer

Anonymous said...

Orang sudah ramai sedar, bukannya budak2 boleh digula2kan... kami sayang ulama... orang muda geng kita...

Anonymous said...

no politic.....kami x penah bincang hal politic pon dlm ni....sapa nk sokong sapa terpulang....jnji anak2 perligh ttp bersatu....

Anonymous said...

Bukan main marah lg si-anon 1:30... takut rahsia terbongkar ke?

Anonymous said...

LIMAU PEGHROT TIGA SERANGKAI.....BUTA PEGHROT XDAK AKAI.....

Anonymous said...

namapun republic...ini adalah agenda halus nak melenyapkan kuasa raja2 melayu..mereka sudah menyemai benih2 kehancuran..

agenda siapa disebalik semua ini??? semuanya berdasarkan permusuhan terhadap umat islam yg berselindung dan mengelirukan pengikut taksub parti politik pembangkang!!

Anonymous said...

Group ni x dak sapa sponser la... admin tak takut masuk neraka... buat fitnah sana sini... apa masalah pasal nama republik... republik tu sebab nak bagi kelainan... semua bangsa agama atau pon politik dialu alukan join group ni... asalkan anak perlis... moga moga allah buka hati dan perasaan orang orang yang buat fitnah... aminnn

Anonymous said...

nko sedar apa yang ko tulis tu bangang

Anonymous said...

Seronok nye tngok orang bodoh duk komen...

xtau cerita sebenaq...
x knal admin sapa...

xyah la duk cerita mcm2..
buat malu la sembang tanpa ilmu yang kukuh...

Anonymous said...

tahniah admin.. satu pendedahan yg baik. sy juga telah melihat sendiri di dalam group roapers mmg yg tegar tu semua anak2 muda puak pembangkang sahaja..

Anonymous said...

Orang Perlis ni adik beradik belaka.. jumpa lah sana sini macam jumpa adik beradik .. jadi tak salah kalu jumpa adik beradik nak tangkap gambaq ka.. nak berpeluk ka...

Takkan dengan adik beradik nak kena ikut fahaman , kufuan dan partian.. melainkan kalau bukan asai orang Perlis.. mungkin depa tak kenai adik beradik...

Anonymous said...

Astagfirullahalazim..
Blog ini adalah blog fitnah semata2..
Admin bersikap rasist & terlalu taksub dgn parti kerajaan barisan nasional..

Anonymous said...

artikel yang kurang bijak apabila semua hendak dikaitkan dengan politik. tepuk dada tanya selera.
:)

Anonymous said...

padan org kata org2 BN ni bangang botingkek-tingkek.....xtaw tanya...dasar macai

Anonymous said...

Haha,ni mesti macai Shahidan Kassim,puak Shahidan saja perangai macam ni.

Jai said...

wei blogger hang tak payah dok paranoid la.hang ada ka dlm grup tu?bagi akaun pesbok hg klo brani

Anonymous said...

Mungkin admin msh tdk brd dzmn yg kita dhri ini dimn mklmt semua blh dicari, dikaji dan difkrkn, jk admin brbuat dmkn pst tdk sbgn...merdklah dr pnjajhn mnd skali...asyk kn mohong ja, dah 50 thn lbh dah...itu pun dglpkn pjuang2 sbnr...