>

Saturday, August 31, 2013

Video Cara ADUN BN Sungai Panjang Hayati Kemerdekaan Negara #Merdeka56

Hayatilah Mesej Dalam Video Kemerdekaan Negara Ini #Merdeka56

Inilah Contoh Mereka Yang Tidak Hormati Hari Kemerdekaan Negara #Merdeka56


Hujah daripada orang gila yang bernama Hishamuddin Rais. Malapetakalah bagi engkau wahai Hishamuddin Rais. 



Nampak benarlah sekarang apa sebenarnya agenda besar kumpulan kumpulan ini :

a) aktivis mahasiswa pro pembangkang 
b) kumpulan anti Lynas
c) kumpulan BERSIH - Hishamuddin Rais yang mengenakan baju kuning 

A. Samad Said hanyalah menjadi kuda tunggangan pihak pihak terbabit yang sebenar ada agenda besar untuk menjadikan negara ini sebuah republik.

Inilah sebenarnya yang mahu dibawa secara bersama oleh mereka. Gambar ini sudah jadi bukti yang kuat bahawa mereka ini sebenarnya berniat untuk menjatuhkan institusi beraja di negara ini.

Rakyat perlu bertindak menolak secara total fahaman republik ini.

Video Keberanian Seorang Lelaki Merampas Bendera Republik Pada Malam #Merdeka56



Ini bukan soal politik, jangan cuba politikkan bendera negara kita. Tindakan berani lelaki tersebut merampas bendera republik tersebut wajar dipuji. Sewajarnya lebih ramai lagi rakyat Malaysia tampil ke depan untuk menegah perbuatan khianat terhadap negara seperti itu.

Videp Persembahan VAT 69 Sempena Hari Kemerdekaan Negara #Merdeka56

Kuda Hampir Mati Di Sungai Batu Pahat, Apa Sudah Jadi Sebenarnya?


Berikut adalah gambar yang cukup menyayat hati. Seekor kuda kelihatan dalam keadaan "nyawa nyawa ikan" di kandang kuda Sungai Batu Pahat Perlis. 

Gambar tersebut didedahkan oleh seorang rakyat Perlis di Facebooknya. Jika gambar tersebut adalah benar dan begitulah keadaanya maka pihak terbabit perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya. 



Inilah Padahnya Bila DAP Terus Diberi Peluang Jadi Kerajaan Di Pulau Pinang

PEKIDA Sokong Penuh Tindakan Kerajaan Banteras Jenayah

Friday, August 30, 2013

#Merdeka56 Trending Di Twitter, Tertinggi Berbanding 1,013 Hashtag Lain Pada Malam Ambang Merdeka


Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku #Merdeka56


Marilah kita menyambut Hari Kemerdekaan negara dengan bersama sama menukarkan profile picture di Facebook dan Twitter menggunakan gambar di atas. Salam merdeka.



Wednesday, August 28, 2013

Akibat Takut Adegan Kencing Di Tiang Bendera, DAP Pulau Pinang Arah Pawagam Tidak Tayang Tanda Putera


Filem 115 minit mengisahkan pengorbanan besar dua orang pemimpin Melayu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia selepas peristiwa 13 Mei telah tidak dibenarkan untuk ditayang di Pulau Pinang. 

Adegan 13 Mei hanyalah 10 minit sahaja dalam filem tersebut. Keseluruhan cerita mengenalkan rakyat kepada watak sebenar Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. 

Bukankah filem itu baik bagi memupuk keharmonian kaum di negara ini? Bukankah filem itu juga baik untuk menceritakan bagaimana perpaduan itu dibina semula selepas peristiwa 13 Mei? Oleh itu, mengapa Guan Eng takut?

Takut kerana ada babak kencing dalam filem tersebut? Babak itu khabarnya adalah adegan semula bapa Lim Guan Eng kencing di tiang bendera rumah Dato' Harun. Namun dalam filem tersebut, orang yang melakukan watak kencing itu tiada pun pakai name tag bertulis "Lim Kit Siang".

Oleh itu, mengapa Lim Kit Siang terasa sangat? Orang termakan cili akan terasa pedasnya. Orang yang sudah kencing akan terasa hancingnya. Kalau tidak buat kenapa hendak takut?



Sikap tertutup dan tidak demokrasi kerajaan DAP Pulau Pinang untuk berdepan dengan fakta dari filem Tanda Putera amatlah mengecewakan. Parti yang mendakwa merekalah yang lebih demokratik rupanya takut dengan kebenaran.

Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana takutnya DAP bila kebenaran mahu dibawakan kepada rakyat. Tanda Putera akan memberikan jawapan kepada rakyat. Siapa sebenarnya yang memulakan peristiwa berdarah 13 Mei. 

Rakyat perlu cari kebenaran. Wajib tonton Tanda Putera.

Malaysiakini Hina Logo Kemerdekaan Negara #Merdeka56


Tindakan Zunar melukis kartun sebegini melambangkan pemikiran pembangkang yang tidak rasional dalam berpolitik di negara ini. Logo kemerdekaan negara pun dijadikan bahan politik. 

Sudah tidak ada modal lagi nampaknya pembangkang ini. Malaysiakini pun sudah kering modal. Elok tarik balik penghinaan yang dibuat sebegini terhadap logo kemerdekaan negara. 

Hormatilah hari kemerdekaan negara. Tidak wajar semua benda hendak dipolitikkan. 

Demokrasi Dalam Pakatan Pembangkang Dibidas, Sanggupkah Anwar Ibrahim Tonton Video Ini Sampai Habis?

Pihak Peguam Negara Patut Dakwa Mereka Yang Mahu Menukar Jalur Gemilang Ini #Merdeka56


Sekali lagi Khalid Ismath buat hal, bekas pelajar UiTM Shah Alam ini telah mula mengibarkan bendera baru Republik Malaysia (dalam gambar di atas). 

Dalam tulisan di Twitternya, Khalid Ismath (penyokong kuat Syiah) menyatakan niat untuk tukar cover photo kepada gambar bendera sang saka Malaya yang telah dipromosikan sebagai bendera baru republik Malaysia. 


Khalid Ismath dan Wan Ji dalam satu forum mengenai Mesir pada 8 Julai 2013.

Rupanya Khalid Ismath dan Wan Ji adalah dalam kumpulan yang sama. Idea mereka sama iaitu mahu menjadikan negara ini sebuah negara republik. 

Wan Ji pula mahu memansuhkan institusi beraja di negara ini (baca sini). Bukti bahawa mereka ini adalah berfikiran republik seperti Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya. Itu pun USM mahu terima lagi budak Syiah seperti ini? (baca sini).

Gelagat sebahagian penyokong BERSIH mahu tukar Jalur Gemilang dengan bendera baru.

Dalam sambutan Hari Kemerdekaan yang lepas, pihak yang sama turut menyebarkan propaganda dan melakukan beberapa aktiviti untuk mempengaruhi rakyat Malaysia agar menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera yang lain (baca sini). 


Pembangkang memang terbukti berniat untuk tukar Jalur Gemilang. Ini antara buktinya. Ketika Perhimpunan 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, maka syor tersebut telah dihebahkan kepada rakyat seperti dalam gambar di atas.

Jika begitu, memang benarlah tekaan Hasan Ali bahawa Anwar dan pembangkang memang berniat untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara republik (baca sini). 

Bukan setakat itu sahaja, idea republik ini sudah pun dikembangkan dan diolah dalam pelbagai bentuk agar ianya menjadi satu terminologi yang biasa pada rakyat (baca sini).



Ketika rakyat Malaysia sedang mengibar Jalur Gemilang untuk meraikan kemerdekaan negara, pihak pembangkang pula menggunakan NGO dan aktivis mahasiswa yang sudah hilang kewarasan akal untuk mempromosikan bendera baru Republik Malaysia. 

Di bawah ini adalah satu contoh forum awam yang dibuat untuk cuba menafikan sejarah. Malah Parti Komunis Malaya (PKM) turut sama dijemput untuk berada dalam forum berkenaan. Apa agenda sebenarnya kumpulan pembangkang ini? 

Nampaknya mereka sanggup hancurkan negara semata mata untuk mendapatkan Putrajaya. 


Mahukah kita melihat semua negara ini mengalami nasib yang sama seperti Mesir dan Syria semata mata untuk memuaskan nafsu mereka yang gila kuasa hendak ke Putrajaya?

Undang undang masih ada. Pihak peguam negara perlu bertindak segera untuk jaga identiti negara ini. Buatlah sesuatu.


Lagu Negaraku Di Pawagam, Laporan Salah Malaysiakini Dibidas #Merdeka56 @Shaberyc

Mengapa DAP Takut Kemukakan 500 Surat Salinan Asal Yang Ditandatangani Ahli Kepada ROS? #DAPenipu




Ketika ditanya kepada Anthony Loke Siew Fok, beliau enggan komen dan memberikan alasan yang lain. Ini bukti DAP menyembunyikan sesuatu kepada rakyat. 

Parti tersebut tidak layak lagi mendabik dada sebagai parti yang berasaskan demokratik jika enggan menunjukkan ketelusan dan keberanian untuk kemukakan salinan surat asal tersebut. 

ROS jangan benarkan DAP menggunakan nama demokratik lagi. Mereka salahkan gunakan nama itu sahaja, praktikalnya tidak buat pun.

Tuesday, August 27, 2013

Alvin dan Vivian Kembali Ke Media Sosial, Apa Sudah Jadi Sebenarnya?


25 Julai 2013, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pasangan “bak kut teh” yang memprovokasi terhadap Umat Islam semasa bulan Ramadan untuk diikat jamin hari ini.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.
Beliau juga mengarahkan passport kedua-dua pasangan itu juga ditahan dan mereka dihalang untuk memuat naik sebarang artikel menyinggung, komen memprovokasi dan gambar pornografi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Hakim juga menghalang kedua-dua pasangan daripada menggunakan sebarang alat komunikasi seperti telefon pintar untuk membangkitkan ketegangan kaum dan agama.
Kemudian didapati pada 27 Ogos 2013, pasangan tersebut sudah mula kembali ke media sosial. Apakah pasangan itu sudah melanggari syarat mahkamah? (baca seterusnya).


Modus Operandi Red Bean Army Sudah Menyerap Masuk Di Perlis?


Sebuah blog menulis tentang kebimbangan beliau bahawa ada Facebook Group yang sudah diresapi pembangkang di Perlis (baca sini). Kebimbangan blogger di atas adalah berdasarkan apa yang didedahkan oleh Angin Perubahan dalam artikel sebelum ini

Artikel pendedahan tentang agenda ROAPERS itu disambut secara negatif dan telah mendapat 535 komen. Majoritinya adalah troll yang dibuat macam modus operandi Red Bean Army. Lihat di bawah ini. 



Di bawah ini adalah antara troll yang dibuat. Jika dilihat pada account profile bernama Amin Ahmad, beliau adalah bekas calon PKR di Kuala Perlis (lihat profile). 

Ramai yang troll di bawah ini pun bukannya menetap di Perlis tetapi berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Apa yang memotivasikan mereka untuk komen sampai ke siang hari? 

Tidak bekerjakah mereka ? Apa hubungan calon PKR itu dengan semua pengomen tersebut? Mengapa perjumpaan ROAPERS yang pertama perlu dibuat di Kuala Perlis ? Siapa yang hendak bertanding di Kuala Perlis pada PRU14? Sudah tentu Chan Ming Kai dan Amin Ahmad.

Sewajarnya jangan memalukan nama guru guru Sekolah Derma. 


Apa pun ulasan dan komen mereka, ROAPERS kelihatan sudah tergugat dengan pendedahan yang dilakukan. Satu closed group baru telah dibuka. 

Di bawah ini adalah pengakuan jelas daripada Tok Ngulu (admin Roapers) bahawa beliau adalah penyokong PAS. Jadi jelas lah sudah apa sebenarnya agenda ROAPERS. 

Beritahulah pada semua rakyat Perlis yang lain agar mereka jangan tertipu dengan dakyah halus yang cuba dibawa oleh AMK PKR dan DAP. 



Azlan Man Sudah Masuk Perangkap Budak Budak PKR & DAP Di Facebook?


Selepas pilihan raya umum ke-13, ada satu group baru bernama Republic of Anak Perlis (ROAPERS) diwujudkan di Facebook. Antara program pertama kumpulan ini adalah membuat jamuan hari raya di Kuala Perlis. 

Peliknya, jemputan pertama yang dibuat ke majlis tersebut adalah kepada Chan Ming Kai (ADUN PKR Indera Kayangan). Apa motifnya jemput YB PKR ini sedangkan ADUN Kuala Perlis (selaku tuan rumah) sendiri tidak dijemput pun? 

Bila ditanya mereka beri alasan R kerana nombor plat Perlis. Itu alasan yang dicipta untuk melindungi agenda tersirat Republik tersebut.

\

Azlan Man, MB Perlis yang baru pun turut dijemput sama hadir. Beliau hadir atas kapasiti Menteri Besar. Mungkin tidak sedar, group tersebut mempromosikan nama Republik. Mengapa nama Republik?

Republik ini bermaksud Ketua Negeri bagi Perlis adalah Presiden bukannya Raja sebagaimana yang ada sekarang. Ideologi yang sama cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim kini sudah mula dijaja di Perlis.

Perlis bukanlah sebuah negeri Republik kerana masih lagi bersultan dan beraja. Mengapa perlu promosikan idea Republik di Perlis? Apakah perkara ini disedari oleh Azlan Man sendiri?


Strategi pembangkang untuk mendekati anak muda sudah boleh dibaca. Mereka buat satu gerakan bertema dan bersimbol. 

Rakyat yang mengikut sesuatu simbol yang dicipta secara tidak sedar tidak tahu bahawa mereka sedang ditaksubkan dengan logo dan simbol tersebut. 

Begitulah gamaknya yang telah dibuat oleh "R" untuk Royalti Kelantan, kemudian tampal di belakang kereta. Perniagaan sticker Royalti Kelantan itu banyak memberi keuntungan kepada geng dan kroni Husam Musa yang berada di Kuala Lumpur. 

Apakah strategi yang sama digunakan oleh group Roapers? Majoriti admin Roapers bukannya berada di Perlis, tetapi di Kuala Lumpur.


Agenda group bernama Roapers mulai terbongkar bila turut sama membenarkan jemputan yang dibuat oleh  Ammar Ghazali (Ketua Pemuda AMK PKR Perlis). 

Bila ada orang komen mengatakan jemputan itu adalah bersifat politik, maka admin group tersebut iaitu Tok Ngulu (fake account) telah mula mempertahankan jemputan yang dibuat oleh Ammar Ghazali.

Lebih dahsyat lagi bila terus membuang komen komen yang cuba mendedahkan apa agenda sulit Anwar Ibrahim dan DAP di Perlis. Apakah Tok Ngulu itu berpihak pada PKR? 

Mengapa perlu gunakan fake account jika ROAPERS itu ada agenda yang baik untuk rakyat Perlis?


Bila terdapat komen yang cuba mendedahkan tentang agenda tersirat PKR dan DAP maka ada beberapa pengomen tegar dalam group ROAPERS cuba bertindak menjadi pembela. 

Antaranya yang bernama Mohammad Redzuan. Bila disemak, rupanya beliau adalah penyokong tegar PAS (gambar belakang berbaju hitam). Gambar dibawah ini bukti beliau adalah penyokong tegar PAS.



Oleh itu, apa sebenarnya agenda tersirat ROAPERS ini? Mempromosikan sticker untuk dipuja oleh anak muda dalam Facebook kemudian mengaut keuntungan politik dalam masa 5 tahun akan datang di Perlis ?

PRU13, PKR sudah bertapak di Perlis setelah sekian lama mencuba. Mereka mulai merancang untuk memaksimumkan sokongan pengundi muda dalam PRU14. 

Hari ini dia akan bercakap soal makan, kereta dan sebagainya. 5 tahun lagi dia akan promosi politik. 

Dalam tidak sedar ada unsur politik PKR dan DAP masuk. Bila ada menegur, mereka membantah ianya sebagai bukan politik. Apakah ini tidak disedari oleh Azlan Man? 

Rakyat Perlis perlu bijak menolak strategi politik halus PKR, DAP dan PAS ini. Mereka mahu meruntuh dan menawan Perlis sekarang ini di Facebook. 

MB sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak boleh tunggu dan lihat sahaja. Bertindaklah sebelum terlambat. Jangan terperangkap sama dengan strategi lawan.


Monday, August 26, 2013

Cardiff Menang Lawan Manchester City, Tetapi Kenapa Terbalikkan Bendera Malaysia?


Ini satu tindakan yang biadap.

Sertai Pertandingan Gambar & Video Kreatif Sempena Hari Kemerdekaan #Merdeka56 #IM56


Awas Dengan Taktik Pencuri Maybank2u Ini


Kisah kali ini merupakan kisah benar yang berlaku ke atas jiran BB. Bukan berniat nak menakut-nakutkan pengguna maybank2u apatah lagi untuk memburuk-burukkan perkhidmatannya, cuma sekadar membuka mata para pengguna supaya lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak berulang. (baca seterusnya di sini)


Video Ini Mendedahkan Mengapa Kalimah Allah SWT Mahu Digunakan Di Malaysia #SaveMaryam




Ayuh Letak Logo #Merdeka56 Untuk Raikan Hari Kemerdekaan Negara




5 hari kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negera yang ke-56. Nyatakan sokongan dan cintakan Negara kita dengan menukar logo Merdeka 56 tahun Malaysia (di atas) profile BlackBerry, Facebook, Twitter, Instagram, We Chat, WhatApps, Kakao Talk, Tag, Friendster dan Keek.

Selain itu, rakyat juga berpeluang untuk menyumbang sesuatu pada negara di media sosial dengan menyertai pertandingan Instagram Merdeka menggunakan #IM56. Memuat naik rakaman gambar gelagat rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan negara dalam Instagram. 




Saturday, August 24, 2013

Thursday, August 22, 2013

Kalimah Allah : Permohonan Gereja Ditolak






PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE

Video Ini Mendedahkan Syiah Cuba Menyebarkan Fahaman Itu Pada Kanak Kanak Di Lembah Klang




Video Umat Islam Berselawat Di Mahkamah Rayuan Untuk Halang Gereja Guna Kalimah Allah



Selepas penghakiman pada 2009, kerajaan membuat rayuan. Gereja memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan itu dan inilah kes yang akan didengar di Mahkamah Rayuan. Umat Islam berkumpul seramai 220 orang. Wakil gereja sejumlah 20 orang.

Nasharuddin Mat Isa hadir sama di mahkamah. Namun tiada seorang pun wakil dari Parti Islam Semalaysia (PAS). Moga permohonan gereja itu ditolak. Selamatkan umat Islam Malaysia daripada rancangan sulit golongan golongan kufar ini. Lihat gambar seterusnya di sini.


Wednesday, August 21, 2013

Blogger PAS, Wan Ji Sudah Buat U Turn Tentang Perancangannya Untuk Hapus Sistem Beraja



Blogger Pro PAS, Wan Ji akhirnya membuat kenyataan U Turn. Tidak mahu mengaku dan menyalahkan pihak lain. Taktik yang sama ditiru dari Anwar Ibrahim. 

Mereka yang cuba menentang kesultanan Melayu seperti Wan Ji ini boleh dikenakan tindakan keras. Jangan dilayan orang sebegini. (baca seterusnya di sini). Bukti jelas Wan Ji adalah penyokong kuat PAS.

Apakah ideologi ini yang cuba dibawa sama oleh sesetengah pengikut PAS?

Tuesday, August 20, 2013

Polis Diraja Malaysia Wajib Tangkap Mamat Dalam Video Ini, Dia Merancang Untuk Menghapuskan Sultan Di Malaysia

Tindakan PTPTN Mahu CCRIS Peminjam Adalah Satu Tindakan Tidak Wajar


Tindakan PTPTN ini bakal mengundang lebih banyak kemarahan dan kegelisahan di kalangan generasi muda di Malaysia. Mereka bukannya marah pada PTPTN tetapi akan marah pada kerajaan BN. Ketika BN bertungkus lumus mendapatkan sokongan orang muda ada pula tindakan yang dilihat tidak berapa sesuai dengan keadaan.

Jika diletak bawah CCRIS, orang orang muda ini tidak boleh buka akaun bank, tidak boleh beli kereta, tidak boleh keluar negara. Bila ini sudah terjadi, sebenarnya tindakan PTPTN itu akan menutup peluang 418,094 orang muda sebelum mereka mendapat pekerjaan.

Jika anak muda itu datang dari keluarga yang susah dan miskin, bagaimana perasaan emak dan ayah mereka? Apa pula persepsi keluarga besar mereka terhadap tindakan PTPTN itu? Bukankah itu akan mengundang kemarahan rakyat yang lebih besar?

Bukan senang untuk menyelesaikan sesuatu, namun fikirkan cara yang berhikmah dan boleh dibawa berunding. Jangan sampai esok bila sudah tiada apa apa, baru kita hendak menyesal dengan tindakan kita yang silap.

Sunday, August 18, 2013

Video Ini Menjelaskan Mengapa Mursi Mahu Digulingkan Di Mesir






Diterbitkan pada 16/08/2013


Satu video taklimat inteligen Israel yang beredar di Youtube. Didalam satu forum yang dihadiri orang-orang kanan dan pengawai tertinggi, seorang komandan inteligen menjelaskan sebab utama mengapa Presiden Mursi perlu disingkirkan daripada pemerintahan di Mesir.

Pertama, menurutnya, Mursi membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah seperti di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jordan.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan.

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura. Sebuah merupakan konsep permusyawaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas yaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rezim non-demokratik pada masa demokrasi tidak bisa memadamkannya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Universitas Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat. Tetapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh negara.

Dua misi besar tersebut akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka. Maka partai-partai Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai peneraju utama yang bertanggung jawab. Tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh/kuat.

Jadi kudeta terhadap Ikhwan pada hakikatnya bertujuan untuk menghalangi tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. 


Sumber dari rakan facebook.

Syiah : Kenyataan Mat Sabu Ini Amat Mengelirukan

Friday, August 16, 2013

Video Tragedi Pembunuhan di Medan Rabiatul Adawiyah Mesir



Bersamalah kita mendoakan keselamatan umat Islam di Mesir. Satu persatu dunia Islam menjadi huru hara. Yang menjadi dalang dan tangan di belakang semua konflik ini terus menerus merancang agenda yang lebih besar untuk menguasai dunia.

Kekejaman ini harus dikecam dan dihentikan serta merta. Balasan Tuhan akan sampai ke tangan mereka yang membuat kedurjanaan di muka bumi terhadap manusia lain. Ingatlah doa orang yang dianiaya itu pasti dimakbulkan Allah SWT. 

Moga kejadian ini menjadi pengajaran dan pencetus kebangkitan umat Islam di seluruh dunia bersatu mengecam sebarang bentuk kekejaman sebegini. 

Ada sesuatu yang masih dijajah di Mesir dan menjadi kebanggaan di seluruh dunia Islam, iaitu Universiti Al Azhar. Inilah sebenarnya target musuh musuh Islam. 

Pemandu Teksi Didakwa Bunuh Pengasas AmBank

Reaksi Tun Mahathir Tentang Krisis Yang Berlaku Di Mesir


Apa Sudah Jadi Dengan Pejabat PAS Kelana Jaya Ini?


Tiga Beradik Yang Hilang Sudah Ditemui

Thursday, August 15, 2013

Individu Yang Pukul Isteri Dalam Lif Sudah Dikesan


Bersamalah kita mencari individu ini bagi membantu siasatan.
Dikenalpasti sebagai bernama Fendi, marilah kita bersama mengesan lelaki ini. Apa yang dilakukannya tidak berperikemanusian langsung.


Video Wanita Ditembak Di Mesir Ketika Sedang Merakam Gambar



Moga Allah SWT pelihara umat Islam di bumi anbiya Mesir. Doa umat Islam di seluruh dunia agar segalanya menjadi tenang dan kembali aman. 

Nga Kor Ming Sengaja Cari Pasal Dengan Umat Islam Di Malaysia


Ketika pilihan raya kecil di Bukit Gantang pada April 2009, Nga Kor Ming dengan sengaja membuat terjemahan sendiri terhadap ayat ayat suci Al Quran atas pentas ceramah PAS (baca sini). 

Kini sesudah hampir 4 tahun, kelakuan yang sama diulang oleh Nga Kor Ming. Kali ini mempertikaikan pula kejadian yang berlaku di sebuah resort di Johor bila upacara Buddha diadakan dalam surau. 

Mengambil contoh kejadian tersebut, Nga seolah mahu membolehkan masjid digunakan pakai oleh agama lain bagi tujuan ibadat. Sekali lagi Nga pandai pandai membuat terjemahan sendiri. Tweet Nga Kor Ming di atas jelas sekali menampakkan sikap ingin cari pasal ahli parlimen DAP itu.

Mengapa Nga Kor Ming berani buat begini? Orang Melayu dalam PAS dan PKR sudah lupa apa yang Nga Kor Ming buat terhadap kedudukan Islam di negara ini. Mereka biarkan sahaja kerana terlalu takut pada DAP.


Empat tahun lalu juga, Nga Kor Ming itulah yang mempertikaikan mengapa masjid dibina di negara ini dalam parlimen (baca sini). Oleh itu, tanya balik jawapan ini pada Nga Kor Ming. Siapa sebenarnya yang lebih ekstrem? Jawapannya adalah DAP. 

JAKIM Perlu Siasat Video Ini, Apa Sebenarnya Yang Berlaku Atas Mimbar?

Ayuh Kita Membantu Adik Ini



Video Penjelasan Mangsa, Mengapa Dia Dipukul Dalam Lif Oleh Suaminya

Wednesday, August 14, 2013

Chong Chieng Jen Berniat Jahat & Membuat Tuduhan Tidak Berasas


Tuduhan tidak berasas Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen DAP Kuching) ini adalah tidak berasas dan jelas sekali berniat jahat. Kenyataan penuhnya boleh dibaca di sini.

Kenyataan melulu yang dibuat oleh Chong Chieng Jen ini jelas sekali menunjukkan bahawa DAP tidak rasional dan tidak mahu bersama sama membasmi kegiatan jenayah yang berlaku di negara ini.

Laporan sudah dibuat oleh Pemuda UMNO, Chong Chieng Jen wajar ditahan dan disiasat. Menuduh dengan niat yang jahat.

Penjawat Awam Pukul Isteri Dalam Lif Sedang Dijejaki Pihak Polis



GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu. 



"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini. 

Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku. 

"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya. 

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku #Merdeka56


Sudah 56 tahun negara berdaulat ini mendapat kemerdekaan. Usianya masih muda jika dibanding usia penjajahan selama 446 tahun. Usianya masih muda jika dibanding dengan kerajaan Melayu Melaka yang berusia hampir 110 tahun. Baru setengah daripada usia kerajaan Melayu Melaka.

Namun sudah 22 tahun, usia Wawasan 2020. Satu gagasan yang diasaskan pada 1991 untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju pada 2020. Hanya tinggal lagi 7 tahun untuk mencapai misi tersebut. 

Dalam tempoh 29 tahun (1991-2020), Wawasan 2020 mesti dicapai untuk membawa Malaysia ke status yang lebih baik dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Gagasan murni ini dapat dicapai dengan kombinasi kesungguhan kerja pemimpin dan komitmen padu rakyat. 

Pada tahun 2020 nanti, usia kemerdekaan negara sudah mencapai 63 tahun. Seusia dengan umur baginda Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW pada hari ini diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Baik dari segi akidah, ancaman keselamatan dan juga cabaran ekonomi.

Ada umat Islam yang saban hari mencari satu saat masa yang aman dan damai. Nikmat aman itu bernilai kerana mereka dalam keadaan peperangan dan huru hara. Kestabilan merupakan nikmat yang mereka pohon dan cari. 

Ada umat Islam di negara lain sedang meraikan Aidilfitri dalam keadaan sederhana kerana kesempitan kewangan yang dialami mereka. Nikmat kegembiraan dan kebahagian disambut dalam keadaan bersederhana. 

Berbeza dengan umat Islam di Malaysia. Ini kerana nikmat keamanan dan kebahagiaan itu dikongsi secara bersama oleh umat Islam negara ini. 



Usah hancurkan segala-galanya. Umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang terbaik di akhir zaman. Tegakkan syiar Islam di Malaysia dengan bersama menjaga tanah tumpahnya darah kita ini. 

Kedaulatan negara ini adalah sesuatu yang amat bernilai. Berterima kasihlah kita pada yang memberi dan syukurlah kita pada Allah SWT. 

Kecam Majlis Agama Seperti Taliban, Siapa Dalang Disebalik Lawyers For Liberty?


13 Ogos 2013, dalam satu artikel di Malaysiakini, sebuah NGO pro pembangkang yang bertopengkan nama hak asasi manusia telah mengecam tindakan Majlis Agama Islam Johor merobohkan surau dan menyifatkan tindakan itu seperti Taliban.

Tulisan dalam Twitter Lawyers For Liberty (LFL) itu telah diberi nafas populariti dalam Malaysiakini. Bermaksud, Malaysiakini sengaja memberi highlight kepada tweet LFL untuk menambahkan lagi tuduhan Taliban LFL kepada Majlis Agama Islam. Tuduhannya LFL hanya mengguna logik akal dan intuisi hak asasi semata mata.


Siapa sebenarnya di belakang LFL ini? Beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, LFL dilihat banyak mempromosikan pakatan pembangkang dalam portal, facebook dan twitternya. 

Yang tidak fahamnya, LFL tidak mahu menerima hakikat bahawa tindakan yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor itu adalah dalam bidang kuasa tugas dan undang undang agama negeri Johor. Majoriti lawyer dalam LFL mungkin tidak faham undang undang agaknya.

Apa hak LFL untuk campur tangan? Mengapa mahu menjadikan isu di surau itu sebagai isu hak asasi sedangkan ianya jelas sekali adalah isu yang berkaitan dengan agama. 


Di atas ini adalah tulisan N. Surendran (Naib Presiden PKR) untuk menyokong Anwar Ibrahim dalam portal LFL. Apakah N. Surendran, yang juga merupakan seorang lawyers adalah penggerak di belakang LFL? 

Kalau di SUARAM, penggeraknya adalah Sivarasa Rasiah, juga pernah menjawat jawatan Naib Presiden. Apakah SUARAM dan LFL ini adalah bidang tugas Naib Presiden PKR?


Di atas ini pula adalah pengendali (admin) kepada Group LFL di Facebook. Ada enam pengendalinya, 5 orang wanita Islam dan seorang wanita bukan Islam bernama Michelle Yesudas. 

Tinggal di Petaling Jaya jika dilihat dalam Facebooknya tetapi sedang belajar di University Warwick. Berkemungkinan Michelle Yesudas ini adalah fake profile. Apa pun lihat profilnya di sini.

Mengapa enam orang pengendali di Open Group Facebook ini didedahkan? Ini kerana berkemungkinan 6 orang ini adalah orang yang sama mengendalikan akaun twitter LFL yang mengecam Majlis Agama Islam Johor sebagai Taliban.


Kita sudah dapat meneka apa sebenarnya motif LFL mahu masuk campur urusan Majlis Agama Islam di Johor. Mahu mencampur adukkan sentimen hak asasi dalam urusan agama dan akhirnya mahu membawa kepada kepentingan politik PKR dan pembangkang.

Agaknya, sebab itulah LFL dijemput hadir untuk berucap dalam Kongres PKR pada 2011. LFL mungkin sudah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sayap parti PKR. 

Pihak Majlis Agama Islam Johor perlu mengambil tindakan terhadap niat jahat LFL untuk melabelkan MAIJ sebagai Taliban. Jangan dibiar puak puak hak asasi ini menghancur dan memperlekehkan institusi agama Islam di negara ini?

Hairan ya, mengapa LFL tidak persoal kesalahan yang dibuat oleh penganut Buddha dalam surau tersebut?