Tuesday, July 30, 2013

Mazidul Akmal Buktikan Bilik Persalinan SK Sri Pristina


OK Tiada masalah. 

Sebelum ini sebilangan pihak menyebarkan berita kononnya BILIK PERSALINAN dijadikan ruang makan alternatif ini kotor. Pelajar pelbagai bangsa duduk dan makan di sini menggunakan kemudahan meja dan kerusi. Cuma di bulan Ramadan, tiada pelajar Melayu Islam menggunakan ruang alternatif terbabit kerana mereka berpuasa.

Sebenarnya, premis ini bersih dan saya buktikan. BUKAN sekadar melontarkan komen NEGATIF tanpa usul periksa. 

NO ISSUE at all. Berikutan penutupan ruang ini ramai pelajar sekolah terpaksa kembali makan di tepi longkang dan duduk di atas jalan tar untuk makan selepas bulan puasa kelak kerana kantin bersaiz kecil.

Timbalan Menteri Pendidikan II datang melawat kantin menyedari masalah ruang kantin terhad lalu menyumbang RM10,000 untuk membina struktur tambahan beratap.

MOHON Rakan dan sahabat untuk menyebarkan gambar ini. HENTIKAN FITNAH DAN SENTIMEN PERKAUMAN DAN AGAMA. Maaf ya, saya TIDAK dibayar atau menerima sebarang imbuhan untuk berkunjung ke lokasi ini.

Duit minyak saya bayar sendiri. Penat saya tanggung sendiri.

- Facebook Mazidul Akmal


1 comment:

Anonymous said...

Nanti bila [epas raya nanti harap sapa2 tolong ambil gambar budak2 sekolah tu tengah makan tepi longkang dan kita tengok apa komen mangkok2 hayun yang dok kutok pengetua tu dulu