Sunday, July 28, 2013

Haram Segera Filem Komunis Ini, Mudarat Yang Lebih Besar Jika Ditayang




Satu demi satu kejutan berlaku dalam bulan Ramadhan ini, lepas Alvin & Vivian, datang pula ratu cantik muslim yang menyanggah Majlis Fatwa, terbaru filem komunis pula sudah diluluskan untuk tayangan pada umum. 

Ini sudah gila, bagaimana mungkin komunis yang mengakibatkan ramai perwira negara terkorban semasa darurat pula yang diangkat menjadi hero di pawagam. Gamaknya ini yang Mat Sabu inginkan. Belum pun ditayang, filem yang dimuat naik di Youtube itu sudah mendapat 1,427 dislikes. 

Mahu ditayang pada hari kemerdekaan. Ini satu provokasi atau apa? Sebelum pemikiran rakyat ini menjadi huru hara kerana penjajahan minda komunis ini, eloklah dicari jalan baik penyelesaiannya. 

Luka lama akan berdarah kembali. Jangan salahkan bekas bekas perwira negara jika mereka bingkas bertindak menggunakan kuasa yang ada untuk menentang komunis ini di pawagam. 

Jangan beri muka pada komunis ini, jika beri juga esok lusa mereka akan minta kuasa pula di negara ini. Umat Melayu harus bersatu dalam isu ini. Ingatlah, komunis hanya meletak senjata namun ideologi mereka masih ada. Ianya akan dihidupkan semula macam filem ini. 

Bendunglah segera, bahaya filem ini boleh mengundang kemudaratan pada keselamatan negara.


1 comment:

Anonymous said...

JANGAN DITANGGUHKAN SAHAJA TAYANGANNYA TETAPI DIHARAMKAN TERUS. FILEM KELUARAN ORANG MELAYU TANDA PUTRA DIKOTAKKATIKKAN DAN DIPERMAINKAN WALAU PUN IANYA MEMBICARAKAN MENGENAI FAKTA SEBENAR???? JANGAN TERSILAP LANGKAH AKKHIRNYA FILEM INI AKAN DIBENARKAN UNTUK TAYANGAN NANTI.