Thursday, July 25, 2013

Che Long Gembira Orang #KualaBesut Dapat Projek RM400 juta Pemberian BN


BESUT 26 Julai - Calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, menerima kekalahannya di tangan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman 

dengan menyifatkannya sebagai takdir Allah

Kontraktor yang dikatakan banyak menyumbang kepada dana partinya itu berkata, pengalaman yang dilalui sepanjang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menjadikannya lebih matang.

Menurut Endot, beliau menerima kekalahan dengan hati terbuka dan menganggap ia adat pertandingan, walaupun sudah berusaha sebaik mungkin sepanjang 12 hari tempoh berkempen.

Walaupun tewas, beliau tidak menolak akan terus menjadi calon sekiranya diberi kepercayaan sekali lagii pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

"Saya kalah, tetapi saya gembira kerana kerajaan BN menjanjikan pelbagai projek pembangunan bernilai lebih RM400 juta untuk rakyat Kuala Besut.

"Selepas ini saya akan terus memperjuangkan Islam bersama Pas dan InsyaAllah tidak menolak jika dicalonkan lagi walaupun ia bukanlah keutamaan saya," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Pas d Kampung Baharu, Kuala Besut, di sini, semalam. 



CALON Pas, Endot@Azlan Yusof tertunduk selepas tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pilihan raya itu, di Markaz Pas di Kg. Baru, Kuala Besut malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID

2 comments:

Anonymous said...

Che Long,
harap dapat juga projek dari RM400j tu,
untuk kambus duit yg di sedekah kepada pas sebagai 'balasan' dilantik menjadi calon.

Otak geliga said...

nasib kau la Che Long.....byk duit kau diPERAH PAS....nak buat mcm mana, PAS tak ble menang dgn majoriti 50,000.....kehkehkeh

nasib baik terima kekalahan....bukan mcm majoriti PR melalak, melolong tak ingat qada' Qadar

harap lepas ni ble lg sauk projek dr kerajaan zalim BN je Che Long