Monday, July 22, 2013

"Calon Pil Kuda" Hendak Saman Hadi Awang #KualaBesut



Mengapa ketika pilihan raya kecil di Kuala Besut baru hendak kemukakan saman? Apakah ini satu sabotaj dalaman PKR terhadap PAS di Kuala Besut. 

Sesudah Azmin Ali mempertikaikan kelulusan calon PAS yang hanya sekadar SPM, gred 3, kini ketika hampir hari pengundian maka tampil pula calon PKR untuk menyaman Hadi Awang.

Atau apakah ini game plan jangka panjang Husam Musa untuk menjatuhkan Hadi Awang semasa PRK di Kuala Besut? 

Jika begitu, apakah orang orang PAS Terengganu faham benarlah mengapa Husam Musa dan Hatta Ramli (orang Kelantan) dipilih mengetuai pilihan raya kecil di Terengganu.

Rupa rupanya agenda tersiratnya adalah untuk lawan Hadi Awang dalam muktamar nanti. Oleh itu, jangan hairanlah kenapa Che Long (seorang kontraktor kelas A) dipilih untuk bertanding di Kuala Besut. Husam sudah pasang strategi serampang dua mata.

No comments: