Tuesday, July 23, 2013

Benarkah Ada Pelajar Makan Dalam Tandas Sekolah?


Ada nampak gambar mangkuk tandas dalam gambar di atas?


Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.  

Berita itu kini tersebar secara meluas  di media sosial.


Saya ingin  MEMPERBETULKAN  dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan  kepada  saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu  kini tersebar di internet  BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN  telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua  meja serta beberapa  sinki untuk  memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.


"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu  kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di  bilik air, mengapakah perakam  tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu,  Sekoalah Rendah  Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.


"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

2 comments:

Anonymous said...

fakta kebenaran dari murid sekolah itu sendiri

https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10201111186796874&id=1085168988&set=p.10201111186796874&refid=18

puak Pakatan Rakyat sedang hebat memainkan isu perkauman dan agama untuk menanamkan kebencian terhadap orang Islam di Malaysia !! Jahanam Pakatan Rakyat

Anonymous said...

wow bilik persalinan berkenaan nampak beribu kali lebih bersih daripada dapur kebanyakan murid sekolah yg ada! makanya apa isunya?