>

Tuesday, July 23, 2013

34 Tahun Dulu #KualaBesut Pilih BN, Esok #KualaBesut Akan Bertambah Biru Dengan BN @Barisanasional @NajibRazak




Puisi yang dideklamasikan oleh CK Rahman ini amat mendalam maknanya. Dikarang khas buat anaknya keempatnya itu pada 9 Julai 2013 di Dataran Kuala Besut.

Lahir pada 1939 di Kuala Besut, Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah pernah bertugas di Besut sebagai guru sekolah Nurul Ittifaq 1958-1975, kemudian pada tahun 1975-1978 telah menjawat jawatan Pengurus Projek LKIM di Kuala Besut. 

Kemudian bertugas di Jerteh sebagai Pembantu Dakwah Yayasan Islam Terengganu pada 1980-1981, berkhidmat sebagai Pegawai Pembimbing Koperasi Tajaan Kerajaan Terengganu pada 1981-1995. Pada 1995-2001 menjadi pegawai penyelaras pentadbiran masjid Daerah Kemaman.

Cerita dan dakwaan PAS kononnnya CK Rahman adalah orang Kemaman dan bukannya orang Kuala Besut adalah tidak benar.

Surau Kampung Nail

CK Rahman adalah antara orang yang mula mengasaskan UMNO Cawangan Kuala Besut di Surau Kampung Nail pada 22 Februari 1957. Pada waktu itu, CK Rahman dilantik sebagai Penolong Setiausaha UMNO Cawangan.

Pilihan raya kecil bukanlah kali pertama berlaku di Kuala Besut. Ianya pernah berlaku 34 tahun yang lalu bila ADUN Kuala Besut, Zakarian Muda meninggal dunia pada 24 Jun 1979. 

Difahamkan mengalami kesakitan yang sama seperti arwah Dr A Rahman Mokthar yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013.

Dato Wan Zakaria dan Idris Jusoh, dua orang kuat Besut.

Pada tahun 1979, Dato Wan Zakaria yang ketika itu menjadi ADO Besut telah dipilih untuk menjadi calon Barisan Nasional. Manakala PAS pula memilih orang Hulu Besut iaitu Husin Jusoh sebagai calon PAS. 

Menariknya, pilihan raya kecil pada 1979 itu juga diadakan dalam bulan puasa. Sama skripnya dalam 2013, kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat di Besut (sebelum bertukar ke Putrajaya pada Februari 2013) juga terpilih untuk memberi khidmat pada rakyat Kuala Besut.


Tengku Zaihan, duduk paling kiri adalah anak kampung Kuala Besut, ketika bermain dengan rakan sepermain waktu kecil.

Ketika Dato Wan Zakaria menjadi calon pada 1979, usianya baru 36 tahun. Sejarah seakan sama bila ore muda yang berusia 37 tahun dipilih menjadi calon BN di Kuala Besut pada 2013. 

Semua yang berlaku adalah ketentuan dan takdir Allah SWT. Apa yang pasti rakyat Kuala Besut akan membuat pilihan yang terbaik bagi masa anak dan cucu pada masa hadapan di Kuala Besut dan Terengganu pada esok hari.

UMNO sudah terbukti berkhidmat untuk anak bangsa. Gambar Tun Abdul Razak merasmikan Sekolah Nurul Ittifak, Kuala Besut.

Pilihan yang pastinya tidak sukar kerana sejarah dan tradisi sudah membuktikan BN adalah parti yang berkhidmat untuk rakyat di Kuala Besut. 

BN adalah pilihan terbaik demi masa depan umat Melayu & Islam di negara ini. 

No comments: