>

Friday, May 31, 2013

Video Perancangan Sulit PKR Untuk Kucar Kacirkan Negara Terbongkar


Bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ini, iaitu Sim Tze Min (sekarang Ahli Parlimen Bayan Baru) telah menceritakan secara tertutup strategi halus dan berfokus PKR dalam PRU13. 

Video di bawah ini mendedahkan bahawa PKR memang merancang untuk huru harakan negara. Tidak mustahil apa yang berlaku sekarang iaitu dalam 505 adalah sebahagian daripada "master plan" mereka untuk kucar kacirkan negara.


Akta Salah Guna Media Sosial Akan Dikaji



Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara. 

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihak kementerian sedang memantau kaedah yang diguna pakai negara lain dalam menangani isu berkenaan. 

Katanya, penyalahgunaan media sosial jika tidak dipantau dikhuatiri akan menjurus kepada penyiaran berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya dan juga berbaur hasutan. 

Perlu bertanggungjawab

Isu penyalahgunaan media sosial perlu diteliti kerana dalam melaksanakan undang-undang berkenaan, kita tidak mahu menyekat kebebasan bersuara. 

Semua pengamal media termasuk pengendali media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap bahan berita yang dihasilkan kerana dikhuatiri akan menjadi punca perbalahan kaum dan agama di negara ini, katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, yang menggesa kerajaan Malaysia mengambil contoh Singapura untuk mewajibkan lesen terhadap semua laman web berita di negara ini. 

Azwanddin juga dipetik berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memainkan peranan penting dalam menguatkuasakan lesen kepada pengendali laman web berita bagi memudahkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang menerbitkan berita dan laporan berbaur hasutan.

DAP Bertindak Biadap Di Pulau Pinang


Peguam Negara perlu diambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina Jalur Gemilang. Kejadian ini berlaku di Kompleks Queensbay. Tidak boleh dibiarkan keadaan sebegini berlaku di negara ini. Secara terbuka mereka Jalur Gemilang diterbalikkan untuk paparan umum. Apakah ini disedari oleh pihak pengurusan Queensbay Mall?

Tunku Aziz : Tindakan Ke Atas Red Bean Army Sudah Terlewat

Thursday, May 30, 2013

Cadangan Parti Tunggal BN, Apa Baik & Buruknya.



1) Cadangan parti tunggal adalah idea daripada pemangku Presiden Gerakan, Chong Ko Youn pada 23 Mei 2013.

2) Tujuannnya adalah untuk mendekatkan BN dengan pengundi bandar dan pengundi muda yang disifatkan tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

3) Perlukah semua parti digabungkan semua sekali? Semua 14 komponen parti perlu digabungkan menjadi satu parti?

3) Burukkah prestasi UMNO? Kita lihat pencapaian. UMNO telah bertambah kerusi sejumlah sebanyak 9 kerusi (dari 79 kerusi kepada 88 kerusi) pada PRU13. Pencapaian meningkat daripada 68% kepada 73% pada PRU13. 

4) Burukkah prestasi PBB di Sarawak? PBB cemerlang di Sarawak pada PRU13 dan PRU13, menang 100% kesemua 14 kerusi parlimen.

5) Begitu juga dengan parti SPDP dan PBRS, dua parti komponen BN itu menang 100% dalam PRU12 dan PRU13. 

6) Perlukah parti parti yang meningkat prestasi dan menang 100% ini dikorbankan imej partinya untuk PRU14? 

7) Komponen parti yang teruk kalah adalah MCA, hilang 30 kerusi. Pada PRU12, peratusan menang adalah 38% dan dalam PRU13, peratusan menang hanya 19%. 

8) Yang perlu dibaiki adalah komponen parti yang kalah. Yang perlu ditunggalkan adalah gerak kerja dan strategi parti yang kalah. 

9) BN memang sudah kalah sebelum pilihanraya berlaku lagi. Kalah dari segi mendaftarkan pemilih. Ini berlaku pada tahun 2010 lagi (baca sini).

10) Jangan salahkan pengundi baru yang memilih. Salahkan diri sendiri yang gagal daftarkan pengundi. Kemenangan atau kekalahan PRU14 adalah berdasarkan angka. 

11) Kalau kalah angka sejak 2010 lagi, bagaimana mungkin mengharapkan keputusan yang lebih baik dari 2008 pada 2013. Bila sudah keluar keputusan, 133 adalah angka yang waras untuk usaha mendaftarkan pengundi yang telah dilakukan oleh parti.  

12) Pihak BN hilang tujuh, pembangkang hilang tujuh. Trend pengundi adalah persoalan kedua. Persoalan pertama adalah tentang angka.

13) Oleh itu, parti tunggal bukanlah satu penyelesaian terbaik untuk BN bagi PRU14. Jangan menganggap mengubah sesuatu itu akan menimbulkan impak yang baik. Adakalanya mengubah itu akan memburukkan lagi keadaan.

14) Sudah pasti, ahli ahli bawahan UMNO dan PBB tidak akan bersetuju jika logo parti tersebut dihapuskan untuk bergabung menjadi satu parti. Logo keramat parti dan sejarah parti akan hilang dan lenyap.

15) Yang perlu disatukan adalah parti parti komponen yang kalah. Kuatkan peluang kemenangan parti melalui penambahan pengundi baru bagi hadapi PRU14.  

16) Jangan minta orang yang menang berkorban untuk orang yang kalah. Sepatutnya orang kalah tanya apa strategi dan cara orang yang menang. 

17) Membuatkan orang yang menang marah adalah satu strategi yang silap. Ini boleh membawa kepada kehancuran.



10 Model Kereta Popular Di Negara Ini Telah Menurun 7.3%


43 Produk Bumiputra Islam : Belilah Barangan Keluaran Bumiputra Melayu Islam


Pakatan Pembangkang Menang Di Selangor, Caj Tempat Letak Kereta MBSA Naik 60 Sen


PDRM Harus Tahan Individu Ini, Dipercayai Menghina Sultan Johor dan Pihak Polis


Sudah Hilang Nilai Murni Masyarakat Bila Sikap Sebegini Ditonjolkan


Jangan menghina polis sampai tahap hilang suatu nilai murni yg kita pupuk. Inilah masalahnya bila ada pemimpin pembangkang yang selalu menghasut perkara perkara yang tidak baik tentang pihak polis. Nilai murni yang kita semai tidak harus dibiarkan hancur dan musnah. Generasi masa hadapan perlu dipupuk agar menghormati adab dan budaya masyarakat.

Wednesday, May 29, 2013

Parti Sosialis Malaysia Kecewa Dengan PAS, Anggap PAS Sebagai Parti Yang Tidak Baik




Parti Sosialis Malaysia (PSM) melahirkan kekecewaan terhadap PAS yang disifatkan tidak tegas dan serius dalam menangani isu pertindihan kerusi sehingga menyebabkan kekalahan calon parti itu, terutama di kerusi DUN Kota Damansara.

Setiausaha Agungnya, S Arutchelvan berkata, sikap PAS yang 'berlengah' dalam menangani isu pertidihan kerusi kawasan tersebut menjadi antara punca kekalahan calon PSM yang bertanding atas tiket PKR, Dr Mohd Nasir Hashim.

Dr Nasir adalah penyandang DUN tersebut, sebelum ditewaskan oleh calon Barisan Nasional (BN), Halimaton Saadiah Borhan, pada PRU-13 baru-baru ini. 

Untuk rekod, DUN Kota Damansara menyaksikan pertembungan enam penjuru di antara Dr Nasir (PKR), Halimaton (BN), Ridzuan Ismail (PAS) dan tiga calon Bebas lain. 

Calon PAS, Ridzuan Ismail dilaporkan enggan menarik diri walaupun diarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali supaya berbuat demikian bagi memberikan laluan kepada penyandang kerusi tersebut, Dr Nasir Hashim. Baca lanjut di pautan ini.

Fan Pages Facebook Menteri Komunikasi & Multimedia


Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia mengemakini status Facebook ketika makan tengahari. Like Fan Pages Shabery Cheek di pautan ini.

Video Kekecohan Penonton Di Stadium Darul Makmur Kuantan

Video Lakonan Jayathas Untuk Timbulkan Persepsi Rakyat Terhadap Pihak Polis



Lakonan Jayathas adalah antara taktikal lakonan yang sudah pun dirancang dan pernah dibuat sebelum ini dalam BERSIH 2.0. Suhardi berlakon mati, sedangkan yang matinya adalah arwah Baharuddin dalam BERSIH 2.0.



Harga Sayur Naik Di Kuala Terengganu, KPDNKK Perlu Bertindak Segera

Tuesday, May 28, 2013

Pembangkang Kantoi: Ambil Gambar Bangla Untuk Tipu Rakyat Malaysia


Gambar di atas, adalah gambar yang didakwa oleh penyokong pembangkang terjadi di salah sebuah negeri di Malaysia. Hakikatnya, ianya bukannya gambar kejadian di Malaysia, gambar tersebut adalah di Dhaka, Bangladesh. 

AirAsia Perlu Disiasat

Nyalaan Candlelight Vigil : Umat Islam Jangan Mudah Terpedaya Dengan Dakyah Halus Menyesatkan Akidah



Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah:

Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha.

Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.


Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. 

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)
Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:
“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda“Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”.(Riwayat Muslim)



Monday, May 27, 2013

Kantoi : Lakonan Pengundi Hantu Pembangkang Terdedah Di Kuala Terengganu



Kedudukan Terkini, Akibat Pertikaian Anwar Ibrahim, DAP Berkurang 4 Kerusi Di Parlimen




Kalau mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi, maka urutan jumlah kerusi sepatutnya saperti berikut:

  1. BN dengan 46.53% undi sebanyak 103 kerusi (sebenarnya 133 kerusi);
  2. PKR dengan 20.03% undi sebanyak 45 kerusi (sebenarnya 30 kerusi);
  3. DAP dengan 15.42% undi sebanyak 34 kerusi (sebenarnya 38 kerusi);
  4. PAS dengan 14.51% undi sebanyak 32 kerusi (sebenarnya 21 kerusi);
  5. Bebas dengan 1.71% undi sebanyak 4 kerusi (sebenarnya tiada kerusi);
  6. Undi rosak sebanyak 1.8% mewakili 4 kerusi.

Persoalannya ialah bagaimana DAP yang memperolehi undi popular ketiga sebanyak 15.42% sepatutnya hanya mendapat tempat ketiga dengan 34 kerusi kalau mengikut kaedah perkiraaan undi popular. Tetapi sebaliknya DAP mendapat jumlah kerusi kedua terbanyak iaitu 38 melebihi PKR yang kononnya mendapat undi popular kedua terbanyak?

Sedangkan PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga!

Mengapa Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP?

Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi yang kena batang hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll!

Bacaan selanjutnya di pautan ini.

Video Biro Politik PKR Berlakon Pengsan Atas Jalan Raya, Jangan Contohi Perangai Ini


Di bawah adalah video aksi S.Jayathas, ahli Biro Politik PKR, yang berlakon dengan berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

Kejadian berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira pukul 11 pagi untuk membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini.



Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu.

Jayathas yang merupakan bekas Ketua Penerangan Hindraf tiba-tiba dilihat menjatuhkan diri sebaik sahaja dia cuba meluru melepasi beberapa anggota yang berkawal di pekarangan IPD itu. 

Video boleh dilihat di pautan ini.




Polis tak buat apa-apa pun tapi Jayathas meluru kepada mereka

Tahu-tahu aja sudah tersungkur 'pengsan' walau pun hanya beberapa saat.

Dua Wakil Rakyat Pembangkang Didakwa Di Mahkamah Sesyen Ipoh

UMNO Kelantan Akan Kemuka Petisyen Pilihan Raya

Siapakah Izyan Isteri Ketiga Azhar Idrus?


Ustaz azhar idrus uai kahwin isteri ketiga izyan 1 sah ustaz azhar idrus uai nikah isteri ketiga izyan

Ustaz azhar idrus uai nikah isteri ketiga 3 sah ustaz azhar idrus uai nikah isteri ketiga izyan





Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 49, selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar di Hulu Klang, Gombak, semalam.


Azhar yang berbaju kelabu dan berkopiah hadir ditemani isteri pertama dan keduanya, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, sebelum dinikahkan jam 11.52 pagi.



Majlis pernikahan itu turut dihadiri saudara-mara, kenalan serta tetamu diundang.



Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun yang turut hadir pada majlis itu berkata isteri Azhar dikenali sebagai Izyan, 27, dan berasal dari Johor.



“Saya dimaklumkan wanita dinikahi Ustaz Azhar adalah Izyan, berasal dari Johor dan kini menetap di Keramat.



SAKSIKAN GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERKAHWINAN USTAZ AZHAR IDRUS DENGAN ISTERI KETIGA PADA 26 MEI 2013 


Biodata Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus


Nama : Izyan

Umur : 27 tahun
Status: Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus
Asal : Pekan Pagoh, Muar, Johor
Tempat Menetap : Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
Lain-Lain : Anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Taha, Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1







AirAsia Akan Terus Diboikot Selagi Kekalkan Dua Orang Ini






Sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sehingga didesak dilucutkan jawatannya berikutan serangan secara terbukanya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa sebagai rasis baru-baru ini.

Banyak pihak telah membidas keras dan ada yang menganggap Azran sebagai lupa daratan dan buta sejarah. Beliau perlu ingat bahawa beliau adalah produk daripada perjuangan orang Melayu dahulu berdasarkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dia tidak sedar semua itu kerana nikmat tersebut hanya dirasai oleh ibu bapa dan nenek moyangnya.

“Walau pun dia tidak memerlukan sebarang bentuk bantuan kerajaan, tetapi jangan sewenang-wenangnya mempertikaikan peranan akhbar Utusan Malaysia sebagai nadi perjuangan memartabat maruah orang Melayu Islam," kata Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail. Baca Sini

Rupa-rupanya, isu besar yang menjatuhkan imej Air Asia ini bukan sahaja masih belum selesai tetapi kenyataan Azran Osman-Rani itu turut disokong oleh seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah AirAsia, DS Kalimullah Hassan!

Laporan media menyatakan bahawa PERKASA tidak teragak-agak untuk menyertai Kelab Veteran UMNO, pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memboikot AirAsia serta AirAsia X jika Kalimullah Hassan tidak minta maaf.

“Selain itu, Perkasa juga mahu tahu sama ada Kalimullah menyokong tindakan Azran itu kerana dendam dan mahu mengalihkan perhatian orang ramai. 
“Kami juga ingin bertanya adakah benar dakwaan mengatakan beliau rapat dengan peguam M. Puravalen yang mengatur pertemuan antara PI Bala dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau mengulas tindakan Kalimullah menyokong ‘serangan’ Azran terhadap Utusan Malaysia menerusi akaun Twitter milik beliau dengan melahirkan rasa bangga melihat rakyat bersatu mengutuk akhbar itu yang didakwanya sebagai rasis. 

Malah, beliau berkata: “Only the bigots will find comments like that of Azran Osman-Rani offensive. He is a true Malaysian." (Hanya orang yang taksub akan melihat kenyataan Azran Osman-Rani sebagai menyakitkan. Dia adalah rakyat Malaysia sejati." 

Beliau menambah: “I wonder sometimes under which rock some of these Utusan personalities crawled out from. Must be a real sank dark place." (Saya tertanya-tanya, dari mana munculnya personaliti Utusan ini. Mesti dari ceruk mana )." - UM





Anwar Ibrahim Adalah Jahil Murakkab



Bekas Pemimpin PKR Dedah Perancangan Jahat Anwar Ibrahim



KUALA LUMPUR: A FORMER PKR LEADER HAS CLAIMED THAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM IS UTILISING A BAND OF CYBER TROOPERS, KNOWN AS THE RED BEAN ARMY (RBA), IN AN ELABORATE EFFORT TO INCITE HATRED AGAINST THE GOVERNMENT BY SPREADING FALSEHOODS OVER SOCIAL MEDIA.

Ex-PKR Youth information bureau secretary Nordin Ahmad told the New Sunday Times Anwar was fully aware of the existence of the RBA, which he claimed had been operating for the past six years.
"Among others, this group is responsible for the vicious rumour circulating online that several polling centres had suffered blackouts during the vote-counting process on May 5, sparking claims of election irregularities."
He also claimed that Anwar had employed the services of the RBA, which is believed to be DAP-funded, after Pakatan was formed in March 2008.
Nordin said the group's subtle but effective propaganda had managed to influence many Malaysians into thinking that the elections were mired with fraud, thus enabling Anwar to stage a series of rallies called Blackout 505.
"When Pakatan appeared to be losing that day, social network sites like Facebook were bombarded with claims of blackouts and many Malaysians chose to believe the rumours. That's the extent of the RBA's influence."
Nordin, who was a strong supporter of Anwar in 1999, explained that the series of alleged blackouts had "conveniently" given Anwar a valid reason not to retire from politics despite promising to do so should the opposition pact fail to win the election.
"Now Anwar says he cannot retire until the Barisan Nasional government and the Election Commission admit that the election was fraudulent in nature. That is why he had been openly supporting the Bersih rallies in the past," he said.
Nordin said the recent Bersih rallies, which called for free and fair elections, had provided Anwar a platform to convince the public that the EC was untrustworthy.
"After the people became certain that the EC's credibility was compromised, all the RBA had to do was to post a picture purportedly showing EC staff counting votes in the dark to ignite the Blackout movement."
However, EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar had said on Friday that the photograph was taken prior to the polls.
"They had staged the act even before the elections and spread it on the Internet as a ploy to show that a blackout had occurred.
"The EC staff shown in the photo were not even wearing EC uniforms," he had said.
Nordin pointed out several of the RBA's alleged postings, which included rumours of price hikes, had been proven to be mere hoaxes meant to deceive the public and stir up hatred against the government.
The RBA, which is believed to consist of 3,000 members, is said to be a dedicated network based in Komtar in Penang and Concorde Hotel.-NST

Sunday, May 26, 2013

ADUN DAP Nafi Ada BlackOut Di Bentong

ADUN DAP nafi undi dikira dalam gelap


Kuantan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen, semalam tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu.

Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Akui berada di dewan

 Ketika dihubungi BH semalam, Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari, Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Toantowee Mohd Lotfie.

“Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi... mana ada gangguan bekalan elektrik pun.

“Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan,” katanya.

Chin Chen yang menang kerusi DUN Ketari selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong Choo Yak dengan majoriti 4,243 undi pada PRU-13, mengaku beliau juga pelik dengan dakwaan itu dan tidak pasti pihak mana yang menyebarkan tuduhan berkenaan.

Dakyah terbabit disebarkan media sosial sebaik PRU-13 berakhir, malah turut ditambah kononnya kejadian itu turut mencetuskan kekecohan dan tunjuk perasaan.


Isteri Ustaz Azizan Razak Kesal Dengan Sikap Keterlaluan Blogger PAS


Kata Datin Seri Faekah…

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” – Isteri Ustaz Azizan.

Baca selanjutnya di sini.

Fakta Yang Hadi Awang Tidak Mahu Tengok


Shamsul Iskandar Tidak Puas Hati Dengan Presiden PAS




PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9 di sini hari ini.

“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia,” tambah beliau.

Semasa kempen PRU13 lalu, Abdul Hadi berkata pertindihan kerusi di antara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.

Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan cederung kearah ideologi komunis.

“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan...dengan DAP sahaja. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” memetik kenyataan beliau.

Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya Pakatan menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen Pakatan memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa PRU13.

“Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus “Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto,” kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

Pada pilihan raya lalu, Shamsul berjaya menewaskan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

Media Thailand Dedah Perancangan Jahat Anwar Ibrahim Di Negara Ini #AnwarPenipu


Pendedahan dibuat oleh media Thailand ini tentu merunsingkan rakyat Malaysia. Baca pendedahan lanjut di sini.

Apa Ustaz PAS Ini Buat Ketika Himpunan Di Kelana Jaya?


Belia Perlu Fahami Sistem Demokrasi Negara @NajibRazak

Video Menteri Belia & Sukan Malaysia Main Drum di Festival Belia Putrajaya @KhairyKJ

Video Eksklusif Temubual Bersama Menteri Besar Perlis

Kantoi Penipuan Blackout Kuantan Terbongkar #AnwarPenipu

PAKATAN RAKYAT LOST POPULAR VOTE IN 9 STATES, LABUAN & PUTRAJAYA

I knew there was something not right about this "we won the popular vote" crap that is being bandied about by the Pakatan Rakyat. 

Folks, numbers dont lie - so they say.  I was waiting for information like the following table to come out from the Pakatan Rakyat. This table is from Malaysiakini. 

I hope others will also analyse these numbers. This will put a stop to their claims of winning the popular votes.  It is all bullshit. I repeat - it is all bullshit.

This table is from Malaysiakini ok - a Pakatan Rakyat website. I repeat  this table is from Malaysiakini - a Pakatan Rakyat website. 




From the tabulation provided by Malaysiakini you can see straight away that the Barisan Nasional won the POPULAR VOTES in NINE States PLUS in the Wilayah Persekutuan areas of Labuan and Putrajaya.

I am not talking about Parliamentary seats. I am talking about Popular Votes. The Barisan Nasional has caried the POPULAR VOTE in NINE STATES and the Wilayah Persekutuan areas of Labuan and Putrajaya.

The Pakatan Rakyat has carried the popular votes only in the FOUR States of Kelantan, Penang, Perak and Selangor. 

PLEASE READ CAREFULLY OK 

1. THE BARISAN NASIONAL HAS CARRIED THE POPULAR VOTE IN NINE  STATES PLUS THE WILAYAH PERSEKUTUAN OF LABUAN AND PUTRAJAYA.

2.  THE PAKATAN RAKYAT HAS CARRIED THE POPULAR VOTE IN ONLY FOUR STATES. 

Now lets look at the numbers in detail. 

The Pakatan Rakyat won a total of  5,624,084 votes throughout Malaysia (including Sabah and Sarawak). 

The Barisan Nasional won a total of 5,262,983 votes throughout Malaysia (including Sabah and Sarawak). 

This means the Pakatan Rakyat won 5,624,084 - 5,262,983 = 361,101 more votes than the BN throughout Malaysia. 

But the Pakatan Rakyat HAS LOST the POPULAR VOTE IN NINE STATES AND IN THE WILAYAH PERSEKUTUAN OF LABUAN AND PUTRAJAYA. 

So how did the Pakatan Rakyat get that extra 361,101 votes? 

Here is the answer :  

i. In Kelantan the Pakatan Rakyat won 412,949 - 355,627 = 57,332 extra votes. 

ii. In Penang the Pakatan won 492,863 - 229,859 = 263,004 extra votes.

iii. In Perak the Pakatan won 624,344 - 512451 = 111,893 extra votes

iv. In Selangor the Pakatan won 1,044,758 - 685,502 = 359,256 extra votes.

v. In KL the Pakatan won 425,352 - 227,268 = 198,084 extra votes.

You can see very, very clearly that the Pakatan Rakyat has won the popular vote in those States with large Chinese populations ie Penang, Perak and Selangor plus WP Kuala Lumpur. This is where their extra 361,101 votes came from.  

Even in Malay majority Kelantan, the Pakatan's majority of the popular vote is very slim - only 57,332 extra votes.  Wherever Malays are predominant, even in Kelantan, the BN has won more Malay votes.

If we add up the Pakatan's majority votes in the three States of Penang, Perak,  Selangor and KL (with large numbers of Chinese voters) it adds up to  932,237 votes. Plus Kelantan their total majority throughout Malaysia is 989,569 votes.  

Very, very clearly these are Chinese votes from Penang, Perak, Selangor and KL.

Quite obviously then this 989,569 vote majority in Penang, Perak, Selangor, Kelantan and KL has been diluted by the BN in other states, resulting in a final majority of only 361,101 votes for the Pakatan throughout Malaysia.  

This is a huge wallop for the Pakatan Rakyat. With a 989,569 majority they should have caried the whole country. But they did not. Why not? Because the huge bulk of their votes are found among large Chinese voter populations in Penang, Perak, Selangor and Kuala Lumpur.  

This confirms that the PR carried the huge majority of Chinese votes. This also confirms that the PR does not represent the majority of the Malay votes. That is why they cannot win the general elections. The Pakatan does NOT have the Malay vote.

SO THE PAKATAN RAKYAT HAS LOST THE POPULAR VOTE IN :
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Terengganu
  4. Pahang
  5. Negeri Sembilan
  6. Johor
  7. Melaka
  8. Sabah
  9. Sarawak 
  10. WP of Labuan & Putrajaya

Saya harap sahabat Bloggers, Media dan pihak Penerangan UMNO dan BN akan menyebarkan analisa ini untuk fahaman ramai. Fakta-fakta ini harus di sebarkan secara meluas supaya paling ramai orang akan faham kebenaran ini. BN telah menang undi popular di sembilan buah negeri serta WP Labuan & Putrajaya. 

Pakatan Rakyat menang undi popular hanya di empat buah negeri saja. Selain Kelantan, Pakatan Rakyat menang undi popular di Pulau Pinang, Perak dan Selangor di mana terdapatnya paling ramai pengundi Cina. - Sumber OutSyed The Box