Thursday, November 22, 2012

Annapolis Summit : Bukti Anwar Sokong Israel #SaveGaza

   


Pada 1 Disember 2006, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru kepada semua reformis di dalam dan luar negara bersama-samanya membina satu institusi yang berkesan untuk negara demokratik.

Rice menyatakan perbincangan tentang reformasi di konteks serantau (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan penyelesaian konflik Israel-Palestin merupakan agenda terpenting kepada dirinya dan Presiden Bush.

Di samping itu, Rice turut menyebut nama bekas Hakim Mahkamah Agung, Sandra Day O’Conor dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai tokoh penting dalam FFF yang akan bekerjasama dengan reformasi-reformasi di kawasan rantau untuk menjayakan agenda pembaharuan.

Catatan matlamat dan hala tuju FFF seperti di atas merupakan salah satu daripada 267 dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS kepada Government Accountability Project (GAP), yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS.

Shelley Walden, pegawai antarabangsa GAP menggunakan saluran Akta Kebebasan Maklumat AS (U.S. Freedom of Information Act – FOIA) dan dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk mendapatkan dokumen-dokumen serta menulis laporan tentang badan FFF yang ditaja oleh Jabatan Negara AS itu.

Anwar Tandatangan Lobi ‘Two State Solution’
Selain terlibat dalam FFF, Anwar juga turut terlibat dalam badan antarabangsa tajaan George Soros, ICG (International Crisis Group).


Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi ‘two state solution’ dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin sepertimana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf Negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf Negara Sah Israel.

Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (Pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.

Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir AS iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.

Menurut sourcewatch, USMEP adalah organisasi yang dibentuk oleh Council on Foreign Relations (CFR) pada tahun 1994 untuk membuat kajian khusus tentang Timur Tengah.

Manakala New America Foundation pula merupakan badan pemikir yang berpengkalan di Washington DC yang mendapat tajaan yayasan-yayasan dana Yahudi termasuk Open Society Institute (OSI), Ford Foundation, Rockefeller Foundation dan lain-lain.

Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.

Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sini dan di sini

Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA. (baca lanjut pendedahan tersebut di sini).

No comments: