Sunday, May 6, 2012

Ugut Bunuh Polis, Gelar Polis Anjing Dianggap Kebebasan Bagi Budak Budak Ini


"Kebebasan akademik" ditafsir sebagai bebas berbuat apa sahaja termasuklah membuat ugutan membunuh orang dalam Facebook? Kebebasan itu juga ditafsirkan sebagai bebas berkhemah di tempat umum, bebas membuat maksiat lelaki dan perempuan dalam satu khemah dan bebas membuat ritual agama bukan Islam terhadap pemimpin Islam. 

Itulah tafsiran kebebasan agaknya bagi sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai bebas. Tafsiran songsang yang cuba merosak pemikiran masyarakat. Sama seperti tajuk Malaysiakini di atas yang cuba membuat persepsi kononnya imam Syiah UiTM tersebut ditahan kerana Facebook. 

Ianya tidak benar kerana Khalid Ismath ditahan kerana ugutan bunuhnya dalam media sosial tersebut. Seorang lagi rakan Khalid iaitu Adam lagi teruk hingga menyamakan anggota polis dengan binatang (baca sini). Beginikah kebebasan yang dimahukan? Habis rosak generasi akan datang kalau fahaman Syiah yang ektrems ini tidak dibendung. 

2 comments:

Anonymous said...

Kita rakyat Malaysia mungkin merasa bijak dalam segala hal. Tetapi ada kalanya kita banyak berangan. Kita rasa hak asasi itu adalah kebebasan melakukan apa-apa. Hak asasi yang tertua didunia adalah "hormat sesama manusia". Saya rasa kita belum bersedia memikul erti 'kebebasan' keseluruhannya. Cubalah pergi ke perpustakaan di mana-mana universiti. Walaupun telah di katakan tidak dibenarkan membawa makanan dan merokok di dalam perpustakaan, masih ada yang melakukan. Bila diletakkan Pak Guard di depan pintu barulah pelajar mengikuti peraturan yang ditetapkan. Perkara yang mudah susah diikuti dan sekarang mahukan perubahan di negara. Saya malu dengan perangai setengah pelajar yang angkuh dan sombong.

Anonymous said...

Oiii Ismith..kenapa kau kata "anak saya bukan penjenayah atau mat rempit?"

Apa? kau ingat mat rempit penjenayah ke? BODOH punya orang tua tak sedar diri.

Mat rempit hanya ditangkap dijalanraya diambil keterangan dan diberi amaran aje.

Mat rempit tidak dikeluarkan gambar disurat khabar seluruh negara UNTUK DITANGKAP.Kalau ada pun muka kami dikaburkan.

Mat rempit tak kata nak bunuh polis.

Mat rempit tak huru harakan negara.

Mat rempit tak pernah lawan kerajaan

Mat rempit tak pernah DERHAKA pada negara.

Oiii Ismith 3 Abdul...cakap jangan sebarang cakap....