Tuesday, March 13, 2012

Modus Operandi Pelajar Pembangkang Ditiru Dari Luar Negara

Pandangan dan pendedahan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2004/05 tentang kenapa kumpulan pro pembangkang yang menggunakan warna oren setelah tumpas teruk dalam pilihan raya kampus sebelum itu. 

 

Pengaruh warna amat penting dalam mempengaruhi sokongan. Disebabkan itulah, mahasiswa pro pembangkang menjenamakan semula gerakan mereka dengan warna oren bagi memancing undi pelajar di kampus. Pro Mahasiswa meniru color revolution yang digunakan pakai di negara luar (baca sini). 


Di Ukraine, pengaruh warna oren digunakan dalam revolusi untuk menjatuhkan Victor Yanukovych pada Oktober 2004. Rapat umum diadakan setiap hari di Independence Square di Kiev untuk menuntut kerajaan mengadakan kiraaan semula undi. Tidak sampai sebulan revolusi Oren ini telah menjatuhkan Yanukovych dan diganti dengan Yushchencko. 

Bukan kampus sahaja yang disasarkan oleh Pro M tetapi mereka mahu menjatuhkan kerajaan dan memberi laluan kepada pakatan pembangkang (DAP, PKR dan PAS) berada di Putrajaya.
Ini adalah pemprotes dalam revolusi oren di Ukraine. Kini, budaya seksualiti merdeka sebegini cuba dibawa masuk ke negara ini. 

Cara untuk mengulingkan Yanukovych adalah modus operandi yang sama yang diajar hari ini oleh Optor untuk mencetuskan Revolusi Tulip dan menjatuhkan Hosni Mubarak.

Kaedah ini ditiru oleh gerakan mahasiswa pembangkang di negara ini sebagai taktikal kempen mereka di kampus. Tidak hairanlah kenapa mereka sanggup usung keranda, pecahkan CPU komputer dan rempuh pintu bila ada sesuatu yang mereka tidak puas hati. 
Budaya mana yang dimasuk ini? Memanjat pagar universiti pada jam 2 pagi. Apakah ini sebahagian ajaran ganas yang cuba dibawa masuk oleh Mat Sabu dan Hishamuddin Rais?

Ada mahasiswa tidur atas jalanraya jam 2 pagi. Patutlah mereka buat slogan baru berbunyi "Mahasiswa Bangkit", memang sesuai dengan tabiat mereka yang suka tidur atas jalan dan buat buat tidur atas katil hospital. 

Jika dikaji kembali apa motifnya seorang pelajar yang digantung universiti, pelajar yang gagal belajar dan pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik begitu beriya-iya hendak mencetuskan kekacauan di kampus? 

Soalan mudah, kalau sudah gagal belajar dan tidak bekerja, dari mana mereka dapat wang untuk biayai semua kegiatan ini? 

Jangan tertipu dengan mahasiswa sebegini. Acuan luar dijadikan model untuk buat angkara yang bakal memusnahkan terus institusi pengajian tinggi yang dibina untuk masa depan anak bangsa.

No comments: