Thursday, November 24, 2011

Pinda AUKU Satu Penyelesaian Terbaik?


24 November 2011, Perdana Menteri membentangkan cadangan di parlimen untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan mahasiswa yang berusia 21 tahun boleh terlibat dalam parti politik. Meminda AUKU yang diwartakan pada 24 Februari 1971. Pindaan tersebut bukan kali pertama, beberapa kali pindaan telah diadakan sejak AUKU diluluskan parlimen pada 18 Mac 1971 lagi.

Biarpun dipinda, tetapi isu kebebasan masih lagi timbul di kampus. Pindaan tidak memuaskan hati pihak-pihak yang sebenarnya mahukan akta itu dihapuskan secara total. Sama seperti pengumuman pada 24 November, masih ada lagi pihak yang tidak puas hati (baca sini). Seksyen 15 yang diwujudkan adalah untuk mengawal pelajar dan persatuan pelajar daripada tidak digunakan oleh politik kepartisan. Keanjalan seksyen 15 memang sudah sedia ada, cumanya memang pihak yang meminta kebebasan mutlak itu tidak ingin dan ego hendak meminta izin dari Naib Canselor.


Mengapa ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, beliau sendiri tidak mahu memansuhkan AUKU? Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim pada 28 Ogos 1990 dalam Utusan Malaysia. Anwar menggunakan pendapat Peguam Negara untuk menyokong AUKU dikekalkan.



Hari ini siapa yang kuat mahu memberi kebebasan yang mutlak kepada pelajar? Siapa yang menghasut pelajar mengatakan AUKU sebagai zalim dan drakonian? Bukankah orang itu dulu pernah menjadi Menteri Pelajaran? Mengapa dia tidak mansuhkan AUKU pada waktu itu? Meminda AUKU tidak akan menyelesaikan masalah kerana ada pihak yang benar-benar mahu mansuhkan AUKU.

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam SIASAH, 28 April 2006, bila sudah menjadi pembangkang. Amat kontra dan jelas satu kenyataan retorik. Mengapa ketika berkuasa tidak mansuh AUKU?

Sejauh mana kesediaan pihak universiti untuk mengelak individu yang terlibat dan berjawatan dalam parti politik daripada tidak menjadi aktivis dan menggerakkan aktiviti politik dalam kampus? Bagaimana pula jadinya jika seorang Presiden Majlis Perwakilan Pelajar tersebut juga berjawatan sebagai Ketua Cabang dalam parti politik? Mungkinkah akan ada markas tarbiyah PAS di beberapa kampus atau cabang PKR di beberapa buah kolej?

Sudah tentu akan ada pertembungan antara parti politik untuk menguasai bukan sahaja Majlis Perwakilan Pelajar tetapi persatuan dan jawatankuasa kolej untuk memenangkan parti-parti tertentu di kampus. Individu yang berjawatan dalam politik tersebut sudah tentu akan dicaturkan untuk berada di kedudukan-kedudukan strategik itu. Polemik kepartian dalam kampus akan lebih teruk dan parah. Ianya sudah pasti menganggu fokus pelajar yang mahukan kedamaian akademik dalam kampus.

Bagaimana pula halnya jika ada seorang pelajar yang berjawatan politik membawa pengikutnya untuk terlibat dalam perhimpunan haram di luar kampus?

Bagaimana pula jadinya kalau pengetua atau pensyarah yang tidak separti politik dengan pelajar yang sudah berjawatan dalam parti di luar kampus? Implikasi implikasi ini perlu ditanggani sebelum sesuatu pindaan dan pembaharuan dilakukan. Usah sudah terhantuk baru hendak menyesal. Majoriti yang menyokong sewajarnya didampingi bukannya memberi muka kepada pihak yang sememangnya mahu menconteng arang ke muka. Perdana Menteri perlu mendengar pandangan golongan majoriti. Melayan pihak yang tidak pernah puas hati tidak akan menyelesaikan masalah. Malah menyakitkan hati kumpulan yang majoriti.

2 comments:

anti bohmau said...

cakap mcm pariah ni nak diambik kira? berbelit2, kluk klek mcm ular lidi cap daun...

kejap nak Islam, kejap kata murtad hak individu, kejap sokong orang nak hudud, kejap cakap pr tak akan terima hudud pas, kejap kata orang tak ikut undang2 Islam, karpal suh bertaubat dia tak mahu, last2 nampak belang nwar sbg PENDOKONG KUAT LGBT, PENDOKONG PLURALISME...

NAK PEMUHONG SAPA LAGI???

abu idris said...

arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam