>

Thursday, March 31, 2011

Bazar Tok Guru Disiasat SPRM


31 Mac 2011, 30 peniaga Pasar Lama MPKB membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan dibuat berhubung transaksi wang bernilai RM44.8 juta membabitkan urusan jual beli pasar itu, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.

Peniaga terbabit mendakwa, transaksi tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan Kerajaan PAS Kelantan dikatakan telah menjual Pasr Lama MPKB dengan nilai RM3.8 juta kepada sebuah syarikat swasta dan pada masa sama membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka di situ.

Mohd. Zaman Yusoff yang mengetuai kumpulan peniaga terbabit berkata, Bazar Tok Guru juga perlu disiasat, bagaimana bazar itu yang asalnya dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar kelantan (PMBK), akhirnya terpaksa dibeli balik daripada pemaju swasta dengan jumlah RM23 juta.

"Kami mahu tahu kenapa Kerajaan Pas Kelantan jual Pasar Lama MPKB dengan harga hanya RM3.8 juta tapi beli Bazar Tengku Anis dengan harga sangat tinggi bernilai RM18 juta untuk tempatkan peniaga yang asalnya berniaga di Pasar Lama MPKB".


"Lepas tu tanpa pasal-pasal boleh pula beli Bazar Tok Guru berharga RM23 juta, sedangkan asalnya memang milik Kerajaan Pas Kelantan. Kenapa perlu beli balik," kata Mohd. Zaman Yusoff. PAS akan disiasat oleh SPRM. Perlu disiasat secara menyeluruh tanpa mengira anak menantu Nik Aziz atau pun tidak. Kebenaran perlu didedahkan.

4 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Dah tahu dah tak ada bersihnya kerajaan PAS Kelantan. Kalau tak takan tanah rakyat dirampas untuk dijadikan ladang rakyat.... Sebab dah banyak sangat makan rasuah hasil kerja pun cincai. Bodoh betul jual murah beli mahal. Teringat kes Agusta dizaman Dollah.

Blooger Maniac said...

tu la rasa pelik jugak harga pasar tu cuma rm3.8 juta..tanah seluas itu sepatutnya melebihi 5 juta..lagi2 dia berada dikawasan palaing bernilai di kota bharu.Cuma bayangkan tanah dikawasan kota bharu ada yang dijual dalam nilai rm 1juta untuk tanah seluas 300 depa..rasanya pasar lebih luas dari itu

Anonymous said...

baru buat laporan & menggesa SPRM rupenye. Tajuk kata 'disiasat'. Macam haram artikel ni. Buang masa aku je.

hafeezDotMy said...

anon 12.47 am sila baca betul2 dan tgk tarikh artikel..terima kasih