>

Tuesday, February 22, 2011

Taktik Solat Hajat di UPM dan UM

Selepas taktik usung keranda di UM dan UPM, taktik solat hajat pula digunakan di UM dan UPM. Pada 19 Februari 2011, sekumpulan 50 orang pelajar Pro Mahasiswa UPM telah menunaikan solat hajat di kawasan parkir Pusat Kesihatan, Universiti Putra Malaysia untuk memohon kemenangan kepada kumpulan tersebut dalam pilihan raya kampus. Mengapa solat hajat perlu dibuat di kawasan parkir? Kenapa tidak bersolat hajat di masjid? Solat hajat tersebut diimamkan oleh saudara Hazim Mohd Noh (baca sini).

Sehari sebelum itu, pada jam 3 pagi, 18 Februari 2011, Hazim telah mendakwa motorsikalnya telah dilanggar lari. Hazim menuduh kumpulan Pro Aspirasi yang melanggarnya. Cerita Hazim telah dilanggar oleh Aspirasi mula tersebar di kampus UPM. Menggunakan alasan "kemalangan", Hazim tidak hadir pada kelas ko-kurikulum Memancing yang diadakan pada 19 Februari 2011. Apakah benar Hazim dilanggar lari atau cerita tersebut hanya sekadar rekaan untuk meraih simpati? Ini kerana pada malam tersebut, Hazim hadir menjadi imam solat hajat di kawasan parkir terbuka.

Solat hajat secara terbuka juga diadakan di kampus Universiti Malaya. Solat hajat secara terbuka itu diadakan oleh emak Masturah iaitu Mariam (baca sini). Selepas solat hajat, Mariam terus berkempen secara terbuka di kampus pada 20 Februari 2011 ketika anaknya didakwa hilang. Persoalannya, solat hajat di tempat terbuka ini dilihat seolah cuba menarik perhatian umum dan meraih undi. Untuk mencapai matlamat apa sahaja akan dilakukan ke arah maksud itu.

Ada emak calon yang sanggup turun ke kampus untuk berkempen bagi kemenangan anaknya yang didakwa hilang. Masturah pula mendakwa dirinya dipukau dan tidak ingat apa yang berlaku. Benarkah Masturah dipukau atau pengundi yang terpukau dengan cerita Masturah? Dalam pilhan raya kampus sesi 2008/09, Pro Mahasiswa menang tipis dengan 23-22 di UM bila ramai pengundi bersimpati dengan isu kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam (baca sini). Pilihan raya kali ini, mereka meraih simpati lagi dengan isu "Masturah Balik Kampus". Lama-kelamaan, mahasiswa akan menilai mana satu yang benar dan mana satu yang hanya sekadar propaganda.

6 comments:

hangkedee said...

Kasihan nak solat pun tak ada tempat.Bagaimana ya kalu Dap memerintah?????

Anonymous said...

isu solat hajat di upm

pmi memberitahu bahawa mereka memohon untuk diadakan solat hajat di surau2 dan masjid upm.. namun alasan yg diberikan adalah "Masjid/surau bukan tempat utk berpolitik".. disebabkan tiada tempat, maka dorg jalankan solat hajat di dataran PKu.. it apa yg saya ta la..

Anonymous said...

jadi solat hajat ini memang untuk tujuan politik la ni...bijak betul komen saudara ini. terdedah habis hajat sebenar

Anonymous said...

Nabi pun berpolitik di masjid..hang apa tau..bukan ikut wahyu..ikut atak hang aje

C L J said...

Yang memukau tu ibunya sendiri. Yang terpukau itu pengundi.

Tak tahulah esok nak jadi apa ...

Anonymous said...

bukan setakat kat um dan upm jer..... rasenyer bnyk kampus lain juga begitu.....di USM pun care yang samer duk solat hajat sebelum rapat umum