>

Friday, February 4, 2011

Sokongan Terbuka Soros Pada El Baradei


"Kerjasama Ikhwanul Muslimin dengan Mohamed ElBaradei, pemenang Nobel yang ingin mencalonkan diri sebagai presiden, merupakan tanda harapan bahawa mereka berniat untuk memainkan peranan konstruktif dalam sistem politik demokratik" tulis Soros dalam Washington Post pada 3 Februari 2011. Satu sokongan terbuka daripada Soros terhadap El Baradei sebagai calon Presiden untuk gantikan Hosni Mubarak (baca sini).

"In reality, Israel has as much to gain from the spread of democracy in the Middle East as the United States has. But Israel is unlikely to recognize its own best interests because the change is too sudden and carries too many risks" tulis Soros mengenai pertukaran kerajaan yang bakal berlaku di Mesir.

Memang diakui oleh Soros, penyebaran demokrasi di Timur Tengah akan menguntungkan Israel sebagai satu kuasa yang tidak akan tergugat di tengah-tengah dunia Arab. Dalam jangka masa pendek, Soros menyatakan Israel tidak akan mendapat keuntungan segera kerana perubahan yang berlaku di Tunisia dan Mesir adalah secara mendadak. Hanya Soros yang untung dalam jangka masa pendek kerana manipulasi harga minyak. Namun dalam jangka masa panjang, siapa yang untung?


"I hope President Obama will expeditiously support the people of Egypt. My foundations are prepared to contribute what they can" tulis Soros lagi. George Soros nampaknya sudah mendesak Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat untuk masuk campur dalam krisis di Mesir dan menuruti kehendaknya iaitu meletakkan El Baradei sebagai Presiden. Malah Soros sedia menyumbang dana kepada perubahan tersebut.

Soros sudah jelas akui peranan yang dimainkannya sebagai pencatur politik di Timur Tengah. Hingga mendesak Obama dan mengecam tindakan lambat Amerika Syarikat terhadap perubahan kuasa di Mesir. Orang Islam perlu membuka mata luas-luas pada tulisan Soros ini. Sesama Islam berbaling batu sedangkan Israel sedang membuat untung dari sengketa tersebut. Usahlah kita menari mengikut gendang yang sedang dipalu Soros.

No comments: