>

Sunday, February 6, 2011

Selamatkan Pelajar Di Mesir: Kerajaan BN Dimaki Hamun

Inilah perangai blogger PAS. Tidak ada kerja lain, melainkan memaki hamun kerajaan yang menyelamatkan pelajar di Mesir daripada kawasan bahaya. Blogger terbabit terus menyebarkan cerita yang tidak benar di Mesir untuk menghasut pelajar agar marah pada kerajaan. Sedangkan pada hakikatnya kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan PKR di Selangor dan kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak membantu pun pelajar terbabit.

Pembangkang lebih suka mengupah beribu ribu ringgit untuk blogger sebegini memaki hamun kerajaan Barisan Nasional, siang dan malam. Lebih baik duit mengupah blogger ini diberikan kepada pelajar yang lebih memerlukan. Inilah sebahagian daripada cara jahiliah yang masih ada dalam PAS.

Ajakan debat oleh Ustaz Mohd Noor Deris telah dibalas dengan menuduh yang bukan-bukan oleh blogger-blogger PAS (baca sini). Nik Aziz tidak berani berhadapan dengan Mohd Noor Deris dalam membincangkan pakatan Ahzab PAS dengan DAP. Ternyata Nik Aziz tahu bahawa dia akan kalah dengan Mohd Noor Deris sebab itulah Nik Aziz tolak perdebatan tersebut. Bila dah kalah, maka adalah character assasination terhadap Mohd Noor Deris, hingga dimaki hamun dengan begitu teruk sekali (baca sini). Ajaran PAS amat ekstrem terhadap saudara sesama muslim, tetapi terhadap DAP yang jelas mencabar kedudukan Islam, mereka tunduk mengalah.

No comments: