>

Thursday, February 24, 2011

Saifuddin Gelar HEP "Mubarak Kecil"?

Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) menyatakan dalam Malaysiakini beliau hanya memberi pandangan kepada pihak UPM mengenai jalan terbaik untuk menangani isu bukan mengarahkan pihak universiti tersebut untuk kekalkan status calon-calon Pro Mahasiswa. Benarkah Saiffudin tidak mempengaruhi langsung keputusan HEP di UPM?

Dalam page facebook, Saifuddin menulis entri "UPM diarah kekalkan status calon MPP, jangan sampai dilabel macam Burma" pada 23 Februari 2011. Ayat diarah tersebut memang jelas tertulis dalam page facebook Saifuddin sendiri. Mengapa hendak nafikan lagi? Akuilah bahawa beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya kes pecah pintu di UPM.


Dalam demonstrasi pada 23 Februari 2011, pelajar pelajar Pro Militan menjerit jerit "kita mesti tiru semangat pemuda-pemuda di Dataran Tahrir" pekik mereka sebelum merempuh unit keselamatan kampus hingga pecah pintu kaca. Inspirasi daripada mana pekikan tersebut? Pertama mungkin hadir secara tidak lansung daripada demonstrasi di Mesir. Kedua, mungkin juga berpunca daripada gelaran "mubarak kecil" yang ditulis dalam page facebook Saifuddin pada 20 Februari 2011.

"Mubarak kecil" dirujuk oleh Saifuddin kepada HEP nampaknya yang menghalang pelajar kononnya. Jika tidak berpihak dan memperjuangkan kebenaran, mengapa Saifuddin tidak mengecam pelajar Pro Militan yang merempuh pintu pejabat TNC HEP UM hingga pecah pada 17 Februari 2011? Akibat gelaran tersebut, pelajar pelajar Pro Militan terus menjadi taksub dan hilang akal hingga mengulangi sekali lagi perbuatan merempuh pintu di UPM pada 23 Februari 2011. Saifuddin perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Tidak perlu berdalih dalih lagi. Di mana pembelaan sewajarnya pada unit keselamatan yang dikasari di UM dan UPM? Mereka juga manusia yang ada perasaan dan hak asasi. Lagi pendedahan tentang Saifuddin di sini.

6 comments:

Average Joe said...

Khas utk Pro-M UPM dan Datuk Seri Saifuddin Abdullah...

Atas alasan apakah anda menyamakan pengurusan UPM laksana "Little Mubarak"? Adakah pengurusan UPM...

1. menaikkan yuran pengajian berlipat ganda sehingga tidak mampu ditampung dengan PTPTN/biasiswa?
2. menaikkan yuran asrama dan kos makan berlipat ganda?
3. menyekat kebebasan berkumpul dan bersuara (selagi mana tidak keterlaluan)?
4. bersekongkol dengan pihak2 yg ingin menghancurkan UPM sendiri?
5. tidak menyediakan tempat tinggal untuk pelajar dan membiarkan pelajar2 tidur di tepi jalan tanpa penginapan?
6. menggagalkan pelajar sewenang-wenang tanpa sebab?
7. menafikan peluang dan hak pelajar untuk berusaha ke arah cemerlang dalam akaedmik, penyelidikan dan sahsiah?

bagi ketujuh-tujuh soalan yg di atas jawapan utk kesemuanya sudah pasti "TIDAK". jadi, apakah yg mewajarkan Pro-M bertindak GANAS sedemikian rupa?

Timb Menteri Pengajian Tinggi sila jawab...!!! menteri kerajaan tapi nada macam pembangkang...!!!

C L J said...

Kata pepatah api itu kecil kecil menjadi kawan; kalau dah besar ia menjadi lawan.

Bagaimana dengan api negetisma yang sedang dicurah minyak ini. Nak kita relakan ia menjadi besar ke ?

C L J said...

Hamba sebulat kata dengan Average Joe; Kita kena semak perkara ini dan tunggu seketika untuk memberi peluang kepada Menteri sendiri mengeluarkan kenyataannya secara terbuka atau melalui saluran yang kita boleh tembus.

Pertimbangan kita ialah untuk menyokong atau tidak nama nama ini kekal dalam senarai tokoh tokoh dalam arus perdana.

Anonymous said...

antara menteri paling bangang dalam kabinet DSR Najib.Buangkan saja.banyak kenyataan yang tak menyebelahi kerajaan.Sampah dalam Kabinet BN.

Anonymous said...

die mmg pembangkang pn Timb.Menteri KPT..die yg menjadi punca segala bdak2 militan ni dok merusuh..ayuh singkirkan Timb. Menteri Yg x berguna ni..Singkirkan Saifuddin..die punca segala-galanya kebangkita rusuhan diseluruh semua universiti

Anonymous said...

Minta semua blogers kerajaan serang saifuddin hingga keluar dari kabinet, baru dia tau diuntung. Nak tiru Nazri Aziz la tu, Nazri Aziz pun tak lama dahh.