Wednesday, February 23, 2011

Pro M : Pengganas Pintu


Kejadian yang berlaku di UPM pada 23 Februari 2011 adalah satu tragedi hitam dalam demokrasi pelajar. Politik kampus telah dikotori dengan kelakuan ganas oleh kumpulan Pro M, yang selayaknya digelar sebagai Pro Militan setelah berkelakuan seperti hilang akal dalam menuntut hak mereka. Sudah hilang budaya inteligensia yang selama ini dikagumi oleh orang luar terhadap menara gading. Kesucian pilihan raya kampus juga telah dicemari dengan darah unit keselamatan yang dirempuh ganas oleh 100 orang pelajar "pengganas pintu".

Darah unit keselamatan UPM yang menahan asakan 100 orang pelajar yang memecahkan pintu kaca pejabat pentadbiran HEP di UPM. Inilah impak keganasan "pengganas pintu".

Dalam rempuhan pintu di UM pada 17 Februari 2011, Shazni Munir (bekas pelajar UM, gagal keluar dari universiti) didapati berada di sana. Ketika rempuhan pintu kali kedua di UPM pada 23 Februari 2011, kelibat Shazni Munir dikesan lagi. Apakah Shazni Munir menjadi perancang kepada rempuhan ganas ini? Shazni Munir juga pernah dikaitkan dengan beberapa kes sebelum ini di UM (baca sini). UPM dan UM perlu semak betul-betul apakah yang merempuh itu benar-benar pelajar universiti atau orang luar yang dibawa masuk?

Paling mengelirukan adalah tindakan Timbalan Menteri yang dilihat menyokong tindakan pelajar tersebut berkelakuan sedemikian (baca sini). Unit keselamatan yang menjaga kampus hingga berdarah darah itu juga perlukan keadilan. Inilah gaya "politik baru", habis kacau bilau kampus. Kera dihutan dimanjakan, anak dalam dukungan dicubit-cubitkan. Esok lusa kera itu akan merempuh dan pijak kepala nanti. Percayalah pada anak sendiri, biarpun pedas kata-katanya. Kelak jangan sudah terpijak baru hendak terasa sakit dan menyesal.

4 comments:

Hafidzan said...

Sdra Azrinizam,

Yang dikesali adalah sokongan YB Timb. Menteri Pengajian Tinggi atas dasar 'kebebasan mahasiswa'.

YB ini mungkin tak belajar daripada zaman keterbukaan Pak Lah yang menyebabkan BN hampir tumbang dahulu.

YB ini tidak fikir bahawa setiap tahun puluhan ribu graduan universiti keluar dan boleh menjadi pengundi.

Apa akan jadi jika mereka memihak kepada pembangkang. YB tu pun mungkin tergugat di Parlimennya!!

Inilah bahana bila MOHE ditadbir oleh YB UMNO yang tak berjiwa UMNO! Menteri pun sama!

Ingat lagi semasa Khaled Nordin jadi Menteri Koperasi dan Usahawan masa zaman aku di kampus dahulu. Boleh dia cakap, 'Saya tak berminat dengan politik budak U ni.'!

Org macam ni DS Najib letak kat MOHE, memang salah percaturan. Ranking U tak naik, yang naik pengaruh pembangkang. Tahniah!!

- Hafidzan, UKM -

Akal Normal said...

Tindakan biadab!
Oleh golongan2 yang kononnya inteligensia...

Harap pihak UPM dapat beri tindakan yang sepatutnya kepada manusia2 yang tidak tahu bersyukur & tidak tahu berterima kasih!!

Anonymous said...

ini hasil galakkan timbalan menteri yg dikasihi yg suruh mahasiswa berpolitik..timbalan menteri mengagung-agungkan Pro- Mahasiswa..adakah ini yg betulnya tugas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi..ini lah hasilnya di UPM

Bedaduz said...

Dr Mat, inilah pemikiran sebenar mahasiswa UPM yg bencikan keganasan pro-M:

http://bedaduz2.blogspot.com/2011/02/some-words-from-student-to-saifuddin.html