>

Tuesday, February 22, 2011

Pro Aspirasi Kuasai USM dan UTM

Pilihan raya kampus yang diadakan di UTM pada 21 Februari 2011 telah menyaksikan kumpulan Evolusi Mahasiswa menumbangkan kumpulan mahasiswa pro pembangkang dengan 41-14, manakala 2 kerusi lagi di menangi oleh calon Bebas. Peratusan keluar mengundi adalah sejumlah 85.47%.
Di Universiti Sains Malaysia, kumpulan pelajar Pro Aspirasi turut menguasai Majlis Perwakilan Pelajar dengan memenangi 24 kerusi berbanding Pro Mahasiswa yang hanya menang 14 kerusi. Kemenangan Aspirasi di USM, UTM dan UPM ini telah memberi imbangan semula terhadap kemenangan Pro Mahasiswa di UKM dan UM. Selamat bertuagas kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang baru, tugas sebagai MPP perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Pelajar didahulukan, kebajikan diutamakan.

2 comments:

Bzzz It said...

Tahniah .... USM

C L J said...

Jangan pula menjadi pendorong kepada demonstrasi ...