Tuesday, February 8, 2011

Pilihan Raya Kampus UIA 2011

Selepas pilihan raya kecil di Tenang dan sebelum pilihan raya kecil di Merlimau, PAS pastinya akan bertungkus lumus habis habisan di kubu kuatnya untuk pengundi muda iaitu di UIA. Bukan sahaja PAS, tetapi Azmin Ali turut melihat kubu ini sebagai safe deposit untuk kemenangannya pada PRU13. Penamaan calon untuk pilihan raya kampus UIA adalah pada 16 Februari 2011 dan pengundian pada 22 Februari 2011 (baca sini). Kampus UIA sering menjadi kubu kuat bagi PAS dan PKR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun pada tahun lepas UIA lepas daripada cengkaman tersebut bila calon pro Aspirasi menguasai pilihan raya kampus (baca sini).


13 calon Aspirasi telah menang berbanding tiga calon Pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus yang lepas. Pilihan raya kampus kali ini dijangkakan menjadi tumpuan berikutan timbulnya isu simbahan cat merah di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar yang pro Aspirasi pada 24 Januari 2011 (baca sini). Diharapkan kejadian berbentuk provokasi melampau seperti itu tidak berulang dan pelajar dapat berdemokrasi dengan cara yang sihat dan bijaksana.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dijangka terus berpakat dengan We Unite For Islam (WUFI) untuk memenangkan proksi PAS di UIA. Kemenangan pakatan proksi PAS dan PKR yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa di UIA adalah amat penting untuk menghalang momentum penolakan teruk PAS di Tenang. Jika menang di UIA, PAS boleh menarik nafas lega kerana peluang di Merlimau agak tipis kerana penolakan orang tempatan pada parti tersebut. Menang di UIA bagi PAS seolah menang satu kawasan Dewan Undangan Negeri. Oleh itu, pelajar perlu memilih dengan baik pemimpin yang mereka mahu harapkan menjadi wakil mereka di MPP. Usah memilih pemimpin pelajar yang hanya mahu berkokok untuk kepentingan pihak luar (baca sini). Lepas habis jawatan MPP bertandinglah mereka untuk parti PAS.

8 comments:

Anonymous said...

MAULIDUR RASUL SAW 1431: DI MASJID AL-FALAH USJ 9
pada :
1)
ISNIN , 14 FEB 2011
(11 RABIUL AWAL 1432)
BERMULA JAM 6.00 PETANG

BERSAMA
- HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID
- HABIB ALI ZAINAL ABIDIN AL-HAMID ,

2)
SELASA , 15 FEB 2011
(12 RABIUL AWAL 1432)
BERMULA JAM 3.30 PAGI
QIYAMULLAIL
&
BACAAN BURDAH (oleh Kumpulan Nasyed Ahbab Mustofa)

KAMI BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA SEKELUARGA KE MAJLIS INI …

LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

Mohd said...

Pelajar2 Universiti haruslah bijak memilih wakil2 pelajar mereka.
Pilihlah wakil-wakil pelajar yg pro-Kerajaan utk kepentingan pelajar2 sendiri.
Sebagai contohnya, jika duit PTPTN lambat sampai, bolehlah wakil2 pelajar ini berurusan terus dgn mudah dgn Kerajaan. Tetapi kalau wakil2 pelajar itu adalah dpd puak yg pro-Pembangkang - Sorry Bo Layan!

perspektifmuda said...

assalamualaikum

mohon linkkan blog perspektifmuda.blogspot.com .
tq.

ubaid abd akla said...

alamak, mana sumber tuan blogger dapat yek? UIA Pro-M yg pegang MPP, jgn duk petik berita2 je..kaji betul2, turun padang tgok tmpt kejadian..

blogger perlu professional jgn sembrono buat dakwaan. jika btul MPP UIA = Pro A, sila tulis artikel sape Pro A anda! sy cabar anda! kalau ada beran la nk nyatakan. jgn berkokok di blog sndiri je. berpencak pena di media perdana. jika sy media alternatif, sila tuan di media kerajaan. baru jantan namanya. ye tak?

REVO UIA said...

dah kalah tu kalah lah wei...

tak ngaku buat aper....org dah tolak pakatan haram PAS, DAP dan PKR di UIA...pakatan yang halalkan bogel dan babi di Selangor...malu wehh sokong Pro Mahasiswa

Muhammad Firdaus Bin Zainal Abidin said...

Sila nyatakan matlamat hidup anda?

Sila nyatakan prinsip hidup anda?

Sila nyatakan perlembangan hidup anda?

Adakah anda menulis dalam blog ini berlandaskan fakta atau nafsu atau ada kepentingan tertentu?

Sudahkah anda bersedia untuk bertanggungjawab di hadapan Allah dengan segala yang tulis atau apa2 yang anda masukkan dalam blog ini?

Segala jawapan anda memungkinkan kami mengetahui tujuan hidup anda di bumi Allah ini...

Muhammad Firdaus said...

Sila nyatakan matlamat hidup anda?

Sila nyatakan prinsip hidup anda?

Sila nyatakan perlembangan hidup anda?

Adakah anda menulis dalam blog ini berlandaskan fakta atau nafsu atau ada kepentingan tertentu?

Sudahkah anda bersedia untuk bertanggungjawab di hadapan Allah dengan segala yang tulis atau apa2 yang anda masukkan dalam blog ini?

Segala jawapan anda memungkinkan kami mengetahui tujuan hidup anda di bumi Allah ini...

perindu_خلافة said...

blogger bertindak sebagai penyebar maklumat.. bagi memastikan maklumat yang disampaikan benar dan tepat, blogger perlu turun padang; menganalisa setiap sumber.. dan mesti menjauhkan emosi dan nafsu dalam penulisannya,

untuk makluman sahabat yang menulis.. MPP UIA adalah PRO-M dan ini telah lama diketahui ramai apabila kemenangan kali pertama Pro-A pada tahun 2006 adalah kemenangan terakhir mereka di Bumi UIA, penolakan bersebab itu adalah hasil tindak tanduk Pro-A sendiri ketika ConVEST 2006,

p/s: sahabat menyatakan MPP Pro-A di UIA telah disabotaj dgn simbahan cat, tapi keadaan adalah sebaliknya kerana MPP UIA terdiri dari kalangan Pro-M.. makanya sahabat perlu renungkan kembali ^__^