>

Wednesday, February 16, 2011

Pilihan Raya Kampus: Provokasi Liar Bermula

Nishaline Priya Pubalan, seorang calon Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya telah dituduh menyambut Valentine Day. Banner tentang sambutan berkenaan telah digantung di Universiti Malaya. Penafian telah dilakukan oleh calon tersebut yang menyatakan banner tersebut bukan dibuat olehnya tetapi mungkin dilakukan oleh pihak lawan yang mahu mensabotajnya dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Apa motif orang yang membuat banner ini ? Motifnya adalah untuk memberi persepsi kepada pelajar Islam bahawa ada calon Penggerak Mahasiswa yang menyambut Valentine Day. Inilah adalah satu kerja provokasi yang amat melampau.

16 Februari 2011, beberapa kejadian provokasi liar turut disasarkan kepada kereta yang disimbah dengan cat oren dan banner yang dibakar. Pihak lawan terus dituduh sebagai bertanggungjawab melakukan perkara ini (baca sini). Kejadian ini bukan pertama kali. 24 Januari 2011, pejabat MPP UIA didapati disimbah dengan cat merah dan ada tulisan ‘f*ck’ dan ‘babi’ disembur dengan spray di atas dinding serta ada Poster-poster yang ditampal di sekitar UIA diconteng dengan tulisan ‘anti WUFI’ (baca sini). Malah dua tahun yang lepas, kejadian yang lebih teruk turut berlaku di Universiti Malaya sewaktu pilihan raya kampus (baca sini). Waktu kejadian dan modus operandi yang sama berulang serta sasaran tuduhan juga pada pihak yang sama. Setiap kali pilihan raya kampus, pasti ada provokasi yang melampau berlaku di Universiti Malaya. Naib Canselor Universiti Malaya haruslah bertanggungjawab sepenuhnya dan perlu memastikan public order sebuah universiti dalam keadaan yang stabil.


"Rejim Jatuh, Bersedialah Kita" entri yang ditulis oleh Muhammad Hafizuddin Bin Muhammed Noor, pelajar UIA atas nama WUFI yang menggelarkan negara ini sebagai
"rejim Zionis-Malaysia".

Persoalannya, apakah orang yang melakukan kerja-kerja provokasi sebegini percaya bahawa mahasiswa mudah terperangkap dengan persepsi yang mereka cuba dicipta? Pelajar sudah matang dalam berpolitik dan mahukan calon yang berkebolehan dan berkemahiran untuk membawa suara pelajar. Malah lebih teruk ada yang taksub hingga melabel negara ini sebagai Zionis-Malaysia sahaja (baca sini). Jika negara ini Zionis, sudah lama pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang disekat pinjaman dan biasiswa mereka.

UIA perlu mengambil tindakan tegas kepada pelajar terbabit dan We Unite For Islam (WUFI). Belajar untuk berterima kasih kepada orang yang memberi. Berapa banyak PAS dan PKR beri untuk menjadi taksub sebegini? Mengapa tidak calon dalam pilihan raya kampus memikirkan sesuatu untuk kebaikan bersama. Bersama-sama berusaha untuk meramaikan lagi pelajar-pelajar untuk kelulusan kelas pertama. Agenda yang lebih besar ini perlu difikirkan untuk faedah bersama. Tinggalkanlah cara provokasi melampau tersebut.

No comments: