Wednesday, February 23, 2011

Pilihan Raya Kampus: Pro Pelajar 16, Pro Pembangkang 3


Kumpulan Pro Aspirasi Pelajar terus mengungguli pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2011/2012 apabila berjaya mengukuhkan kedudukan di tujuh buah universiti awam di negara ini. Antara universiti yang dikuasai oleh kumpulan yang melabelkan diri mereka selari dengan aspirasi kerajaan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurut Kosmo, Aspirasi kuasai 7 IPTA, namun calon-calon pro pembangkang berjaya juga ditumbangkan di 9 IPTA lain iaitu UUM, UNIMAS, USIM, UMP, UMT, UMK, UPSI, UTeM, UNISZA

Sementara itu, di Universiti Utara Malaysia, calon PERUBAHAN telah berjaya mengalahkan calon Pro Mahasiswa dengan 29-3, dua calon BEBAS dan GPMS turut berjaya menang di UUM. Di UNIMAS, calon Pro Mahasiswa kalah teruk di umum dan fakulti. Begitu juga di USIM, UMP dan UTeM yang mana mahasiswa menolak fahaman pembangkang yang cuba dibawakan oleh kumpulan pelajar pro pembangkang itu. Di UMT, kumpulan pelajar pro pembangkang tidak mendapat sambutan langsung daripada pelajar. Di UNISZA, buat pertama kalinya wujud dua orang calon MPP yang pro pembangkang. Secara keseluruhan, kumpuan pelajar pro pembangkang berjaya menguasai hanya tiga IPTA iaitu UIA, UM dan UKM manakala pelajar yang beridealisme pelajar kuasai 16 IPT yang lain. Dipercayai target kumpulan pelajar pro pembangkang selepas ini adalah untuk menawan UPM, USM dan UTM.

4 comments:

hangkedee said...

Petanda pembangkang kuat sehingga surau di Bakar

Anonymous said...

kalah di tiga U adalah kerana Saifuddin...Timbalan Menteri yang tak jaga U tapi hanya pandai cari glamour

mediakampus said...

tuan, layari blog kami. video dan gambar2 mereka yang terlibat akan kami upload dari masa ke semasa. mungkin besok akan berlaku lagi. kami akan update apa yang berlaku....

mediakampus said...

layari blog kami. sudah upload video kejadian serta mereka yang terlibat. mengatakan inilah suara baru pemuda sambil disokong timb menteri. gaya polotik jalanan di bawa ke kampus UPM. sejarah buruk serta hari gelap UPM pada tahun ini.