>

Wednesday, February 16, 2011

Pilihan Raya Kampus : Pro M Dakwa Menang 13 Kerusi di UIA

Penamaan calon untuk pilihan raya kampus UIA telah diadakan pada 16 Februari 2011, pengundian akan diadakan pada 22 Februari 2011. Setelah penamaan calon ditutup pada jam 3 petang tadi, Pro Mahasiswa telah mendakwa menang 13 kerusi di UIA berbanding 26 kerusi yang dipertandingkan. Berita kemenangan di UIA tersebut telah tersiar dalam Harakahdaily. Pertembungan dalam pilihan raya kampus di UIA adalah antara Pro Mahasiswa yang menggunakan platform We Unite For Islam (WUFI) dengan Pro Aspirasi yang bersama dengan PKPIM.

Kemenangan Pro Mahasiswa di UIA tentunya akan menghadirkan respon dari Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang berasal dari universiti tersebut. Apakah reaksi Saiffuddin? Kemenangan Pro Mahasiswa juga akan menghadirkan berita gembira buat Azmin Ali dan kelompok muda PAS. Nampaknya PAS masih lagi menguasai kubu kuat mereka di Klang Gate, UIA. Kemenangan Pro Mahasiswa di UIA ini mengulangi kemenangan 17 kerusi pada pilihan raya kampus 2009.

No comments: