Thursday, February 17, 2011

Pilihan Raya Kampus: Pelajar Pembangkang Mula Mengganas

17 Februari 2011, 150 orang pelajar pro pembangkang yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa telah bertindak ganas dengan membaling batu, mengasari pihak keselamatan dan merosakkan pintu pejabat (baca sini). Timbalan Naib Canselor HEP. Mereka tidak puas hati bila empat orang calon mereka ditolak untuk bertanding dalam pilihan raya kampus (baca sini). Jika tidak puas hati sekali pun, mengapa menjadikan undang-undang rimba sebagai pilihan? Setiap sesuatu ada peraturan dan hikmahnya bukannya boleh diikut perasaan dan undang-undang sendiri. Di mana akhlak dan moral seorang pelajar akademi pengajian Islam?

Budaya mana yang cuba dibawa oleh pelajar-pelajar ini? Tahun lepas mereka bertindak "mengkarate CPU komputer" kerana membantah keputusan pilihan raya. Tahun ini mereka buat amukan lagi di kampus tertua di Malaysia itu. Ketika perarakan penamaan calon turut hadir sama adalah Chegu Bard (AMK PKR), Nazree Yunos (Presiden Gerak) dan Shazni Munir (bekas pelajar UM). Pro Mahasiswa masih ada lagi 25 calon yang bertanding dalam pilihan raya kampus, jika beginilah perangai mereka, mahasiswa perlulah menolak kesemua calon Pro Mahasiswa ini. Mereka merusuh kerana tidak menghantar calon yang cukup dan kesilapan yang berlaku adalah kerana salah sendiri. Tahniah kepada Penggerak Mahasiswa yang sudah menang 11 kerusi tanpa bertanding daripada 43 kerusi keseluruhan.

3 comments:

C L J said...

4 dpd 25 tu tak sampai 20% kecillah tu kalau diambil kira kalangan orang orang yang tidak mematuhi peraturan.

Biasalah dalam hidup. Kita janganlah harap nak dapat semua yang kita mahukan. Lumrahlah tu.

Kalau suka bawa perangai menolak peraturan dan menolak lumrah alam begitu kelak seluruh mahasiswa akan naik jelak dan menolak juga yang 21 lagi tu jangan kecewalah pula.

Penyertaan orang luar tu pula apa ke halnya. Inilah yang kena dijaga oleh AUKU ni ? Jangan nak salahkan AUKU pula. Sebab orang orang luar tu ada kaitan dengan politiking di luar sana kan ??

Muhammad said...

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDURRASUL AL-KUBRO AL-JENDERAMI KE-11 : http://wp.me/piAx4-443

Sambutan Maulid al-Rasul di Baalawi KL : http://wp.me/piAx4-45i

MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH DI SURAU/MASJID AL-MAHDI, BUKIT SUBANG : http://wp.me/piAx4-4c5

SENARAI MAJLIS2 TERKINI MAULIDURRASUL : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

anti bohmau said...

sudah hilang jatidiri melayu atau memperkukuhkan pe'el yg negatif seperti mengamuk macam jebat durhaka atau membuka pintu negeri kpd musuh spt pateh karma wijaya? apa nak jadi dgn siswa2 ni????

memperlekehkan undang2 yg digariskan sama spt menggalakkan anak2 kecil berbohong, kononnya "tak apa kita buat onar utk menegakkan kebenaran"!!!

muahasabahlah diri jika sudah gagal di tahap ini. bukannya asyik mencari publisiti murah lagi menjengkelkan begini. kena ingat...pe'el buruk ni akan menjadi penyakit keturunan! keturunan pemberontak!!!! esok2 jgn marahkan anak2 & cucu2 sekiranya mrk mbangun menentang anda sediri krn anda yg menanam benihnya sekarang. diam bukan bererti mengalah tetapi mencari jalan bagaimana mengurai yg kusut, melepas yg tersekat & mengaman yg bertelagah.

pe'el berdemonstrasi & menjahanamkan harta awam adalah pe'el puak2 bangsat. kita yg bernegara aman begini perlu menilai peranan kita...mengikut membabi buta atau memberi teladan yg baik???? yg mana satu anjuran Islam????