>

Saturday, February 19, 2011

Pilihan Raya Kampus: Emak Calon Diugut Bunuh

Pilihan raya kampus sudah bertukar menjadi medan pengganas untuk menggugut sasaran yang berkaitan dengan calon Penggerak Mahasiswa di Universiti Malaya. Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh blogger kisahpondokusang berkaitan emak seorang calon Penggerak Mahasiswa yang diugut untuk dibunuh.

Berikut adalah SMS ugutan yang dihantar pada calon penggerak tersebut pada 17 Februari 2011 "Ak risau Mpm jadi buruk name sbb ko. ko pk la. P yang pasti parent ko aku slalu phatikan tggl tggu msa je mak ko 2 aku nak BUNUH. Pk masak2 sblum pape tjadi. Ko report Mak ko jd mgsa". Calon tersebut turut diugut agar jangan menceritakan atau melaporkan SMS berikut jika tidak emaknya akan menjadi mangsa. Taktik ugutan ini adalah satu bentuk ancaman secara terrorist.

Keganasan Pro Mahasiswa di Universiti Malaya (lihat video ini)

Sesudah pintu pejabat TNC HEP dipecahkan, emak calon juga telah diugut. Tidak salah jika dikatakan sudah ada kumpulan "militan kampus" di universiti. Dengan terikan "rempuh...rempuh" dan "undur...undur TNC HEP", kumpulan pelajar Pro Mahasiswa ini bertindak ganas dan dengan penuh ekstrem menolak anggota keselamatan universiti hingga pintu pejabat HEP pecah. Turut dikesan dalam video tersebut adalah bekas pelajar Universiti Malaya iaitu Shazni Munir. Mengapa orang luar perlu berada di situ?

Calon Penggerak Mahasiswa juga turut difitnah sebagai jalang. Sampai begitu sekali.

Inilah budaya revolusi cara PAS dan PKR yang diajar kepada pelajar kampus. Habis rosak budaya ilmu di universiti bila pelajar menjadi taksub sedemikian. Sanggup mereka membuat propaganda memburukkan imej seorang calon India, membaling batu dan merempuh dengan ganas pintu pejabat HEP di UM. Kalau dikenakan tindakan keras jangan persalahkan pula undang-undang selepas ini. Mengapa mereka berani buat begini?, sebabnya nanti akan ada wakil rakyat pembangkang akan membela mereka di luar (baca sini). Mahasiswa perlu mengajar Pro Mahasiswa ini melalui cara bijak dan berhikmah, nafikan kemenangan mereka melalui kuasa mengundi.

No comments: